Khamis, Mac 25, 2010

Kepincangan Pengurusan Jabatan Kerajaan

Semalam akku terima e-mail dari Pengarah mengenai tugasan yang diberi oleh pengurusan tertinggi berkaitan pengurusan pekerja atau lebih tepat Personel Management. Mungkin ada permasalahan atau ada cadangan untuk memperbesarkan lagi Jabatan aku ini. Sepanjang perkhidmatan aku di Jabatan ini aku rasa dah 3-4 kali pengstrukturan semula Jabatan dibuat tetapi masih juga dijalankan.

Mungkin kehendak persekitaran dan semasa memerlukan pembesaran Jabatan sebegini yelah negara semakin moden, rakyat semakin bijak dan keadaan semakin mencabar. Bagi aku dan pemerhatian aku setiap kali penstrukturan dijalankan Jabatan bukan bertambah baik tetapi semakin kusam dan kusut... Entahlah bagi yang diatas mereka nampak penambah baikan tetapi di peringkat perlaksanan frontliner berbeza.

Penstukturan yang asalnya bagi memperbaiki keberkesanan Jabatan akhirnya menjadi medan mengejar posisi dan kedudukan. Lebih tepat Jawatan dan Gaji yang lebih tinggi tanpa melihat kepada tanggung jawab yang akhirnya menjadi kuchar kachir di peringkat bawah. Apataknya bila struktur baru dibuat yang diun adalah jawatan tertinggi. bilangan dibawah masih sama akibatnya lebih banyaklah yang memijak kita.

Pangkat nak, gaji nak... tangung jawab sorry pengetahun tak seberapa.. akhir lintang pukang.. pangkat 41 dinaik ke 48 back dated RM 20 000 dan lebih. Jawatan 32 hanya diisi selepas 3 tahun kelulusan... back dated? sorrylah...

Aku search intnetadi aku jumpa laporan ini korang bacalah beri pendapat korang pulak:


Di dalam Malaysia

Luar negara