Rabu, Disember 29, 2010

Bab 2: Intergriti Di Jabatan Kerajaan




Isu intergriti sering di perkatakan ketika ini baik dikalangan rakyat serta pemerintah (kerajaan).  Di Jabatan kerajaan intergriti telah menjadi slogan untuk sekian lama dan biasanya terteran di bahagian bawah surat rasmi jabatan "Intergriti Asas Peningkatan Kualiti" Adalah selogan yang digunakan di Jabatan aku, tapi tidak pasti di Jabatan luar yang lain tetapi adakah semua orang tahu apa maksudnya? kalau kita tidak faham pasti kita tidak mampu untuk menghayatinya.

Dari maksud yang didapati di dalam  Kamus Dewan, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai dan boleh pegang cakapnya.  Begitu besar maksud satu perkataan ini dan ini menunjukan betapa pentingnya tapi silap faham lainlah jadinya. 
Tapi aku agak hairan, kenapa bila kerajaan mencanangkan isu Intergriti pihak pengurursan terus menundingkan kepada pihak kakitangan rendah.  Adakah mereka telah mempunyai sikap dan jati diri sedemikian sempurna. Kesempurnaan sampai ketahap yang tiada perlu pembaikan atau tidak boleh dipertikai 'BOSS SENTIASA BETUL'.  Mari kita lihat unsur intergriti yang perlu ada pada kakitangan awam (termasuk boss-boss):
Intergeriti pada dasarnya bukan membawa maksud rasuah tetapi boleh dikaitan dengan perbuatan rasuah tersebut atau boleh menyebabkan berlakunya rasuah.  Aku tidak mahu membincangnakan isu rasuah itu secara mendalam kerana bagi aku kalau semua orang mengamalkan prinsip atau mengamalkan Tunggak 12 (juga mempunyai element intergriti) pasti  masalah rasuah dapat dibendung.

Sebenarnya Intergriti ini bukan isu baharu, di Jabatan kerajaan dan kakitangan awam Tunggak 12 adalah satu pegangan.  Elemen yang ada di dalam Tunggak 12 adalah sama sahaja seperti penjenamaan baharu sahaja.  Tunggak 12 atau intergriti ini sepatutnya dipegang oleh semua kakitangan awam baik diperingkat tertinggi sehinggalah terendah.  Amalanyanya juga berterusan dan mempunyai kesinambungan dengan prinsip dan konsep lain seperti  "bersih, cekap, amanah", "pandang ke timur", "kepimpinan mengikut tauladan" dan sebagainya.

Sekali lagi aku memperkatakan disini aku tidak akan mampu untuk menjelaskan semua element atau nilai yang dipaparkan didalam rajah diatas tetapi akau akan cuba mengaitakan beberapa nilai dan isu yang telah diwar-warkan oleh kerajaan tetapi jarang dan kadang-kadang tidak dilaksanakan di dalam Jabatan Kerajaan sendiri.  Di mana kesilapanya tidak dapat dikesan tapi yang pasti sistem itu sendiri.

Pihak awam biasanya mengkaitkan integriti dengan rasuah, memang benar tetapi ianya kurang tepat, yang sebenarnya rasuah itu berkait dengan intergriti.  Ada mereka yang mungkin tidak menerima rasuah tetapi tidak mengamalkan integriti.  Ini sebenarnya berlaku di dalam Jabatan sendiri dan in lah yang sering menyebabkan tugasan harian menjadi kucar-kacir dan kadangkala dikenali sebagai birokrasi.  Birokrasi tidak membawa keburukan   sehebat Rasuah tetapi ianya juga menyebabkan masalah.

BAB 1 : Pengenalan Kaedah Pengurusan Jabatan Kerajaan



Assalamualaikum! Aku ingin menyusun jari kepada mereka yang membaca tulisan aku ini, sekiranya hasil tulisan aku ini tidak mempunyai persamaan dengan  pandangan kalian.  Tapi tulisan ini semata-mata datang dari pengalaman dan pengatahuan aku yang cetek sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari diri aku sendiri.  Sememangnya Allah menjadikan manusia dari berbilang bangsa dan berlainan rupa dan tiada lain tujuannya selain menduga manusia itu sendiri.

Kalau dah rupa kita berbeza semestinya pandangan kita juga berbeza,  bukan tujuan aku memburukan kakitangan awam atau pihak pengurusan.  Tetapi, dari pengalaman aku yang tak seberapa ini, ada ruang yang perlu dan mesti kita perbaiki bersama tak kira apa pangkat kita.  Tiada sebarang perubahan dapat dilakukan dengan mengharapkan atau dipertanggungjawabkan kepada satu pihak sahaja.  Pembentangan aku adalah berdasarkan pengalaman aku berada di Jabatan aku ini dan mungkin pengalaman di Jabatan lain adalah berbeza dan sudah pasti tidak sama.

Sebagai kakitangan awam aku amat berasa sedih bila ramai diluar sana menghina, mengkeji dan memburukkan perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan awam.  Sebagai manusia yang juga rakyat Malaysia iatu Negara aku cintai ini aku juga terasa tertekan dengan tuduhan dan penghinaan yang dikenakan kepada kakitangan awam.  Keadaan lebih memburukan lagi tiada banyak ruang bagi kakitangan awam mempertahankan diri dari tomahan tersebut sebaliknya terdapat segelintir ketua-ketua Jabatan terus menunding jari dan mempersalahkan kakitangan bawahan.

Kakitangan awam berpangkat rendah (alias sokongan) biasa dikaitkan dengan nilai serta etika yang buruk , apa sahaja keburukan yang berlaku di sesuatu Jabatan kakitangan rendah inilah yang akan mendapat nama.  Tetapi sesuatu kebaikan yang dilakukan oleh kakitangan peringkat bawahan jarang sekali diambil kira apatah lagi pandangan serta cadangan yang luahkan oleh pihak bawahan ini. Dimana silapnya? adakah ini yang patut dilaksanakan dalam sistem pengurusan Jabatan kerajaan menghala 2020?

Sebelum itu perlu kita tahu sedikit perbezaan antara Kerajaan dan Jabatan Kerajaan selain itu kita juga perlu kenal siapakah pentadbir Kerjaan, Pentadbir Jabatan dan kakitangan awam sebelum kita menunding jari sekiranya berlaku sebarang masalah.  Untuk menerangkan berkaitan tajuk tersebut perlu masa yang panjang tapi anda boleh membuat 'search' di laman sesawang ataupun wikipedia pasti  anda akan dapat jawapannya.

Pandangan aku setakat ini kelemahan Jabatan kerajaan bukan pada bilangan kakitangan tetapi sebaliknya adalah pengurusan itu sendiri.  Mengikut statistik Malaysia mempunyai nisbah kakitangan awam yang tinggi berbanding Kerajaan di Asean iaitu 4 % dari bilangan rakyat keseluruhan.  Bilangan kakitangan awam di Malaysia menjangkau 1.2 juta orang dari gred tertinggi sehingga gred terendah .

Ttapi kenapa masih dikatakan sistem penyampaian masih buruk? disebalik itu, adakah semua kakitangan awam itu buruk? atau 50% atau hanya segelintir sahaja?  Dan kenapa mereka menjadi buruk? Bila masalah timbul, alasan yang diberi oleh pihak tertinggi biasanya adalah bilangan kakitangan tidak cukup tapi berapakah bilangan yang akan cukup?
Sebenarnya bukan bilangan kakitangan tidak cukup tetapi pengurusan yang tidak cekap.  Bagi pengurus yang baik adalah seseorang yang mampu menggunakan tenaga secara optimum bagi memberi hasil yang maksimum dan bukan mengunakan tenaga kerja yang maksimum untuk hasil yang optimum. Sistem pengurusan yang bercelaru, objektif yang kurang jelas, organisasi yang lemah dan yang paling membimbangkan prinsip Boss Sentiasa Betul sebenarnya penyumbang kepada kelemahan Jabatan itu sendiri. 

Kadangkala pertindihan kuasa juga menyebabkan kakitangan ramai tetapi tiada tugas dilaksanakan. Lagi satu 'Job sepesifikasi' yang tidak jelas, objektif kurang jelas, tiada visi dan ketiadaan misi yang jelas. Jabatan aku sendiri aku lihat terdapat pegawai / kakitangan yang tiada 'kerja'walau ada tugas sedangkan spegawai yang lain pula tak berhenti-henti bekerja ini menyumbang ketidak puasan hati kalangan kakitangan dan menyebakan sikap positif berubah kepada negatif.

Tiada angka yang tepat tetapi yang pasti setandan kelapa pasti ada yang buruk, kalau kelapa kita boleh tahu mana yang buruk tetapi kalau manusia... susah.  Kalau orang bawah yang buruk pasti mudah diambil tindakan tetapi kalau pengurusan dan jawatan yang tinggi.... alamat ada juga jawatan rendah yang akan menerima padah.






Khamis, Disember 23, 2010

Managing Change perlu ada di Jabatan Kerajaan


 Sebelum ini aku ada menulis berkaitan sikap pihak pengurusan di Jabatan Kerajaan yang kurang sensitif dan kurang serta  jarang menjalankan tanggungjawab yang telah ditetapkan.  Mereka sering melepaskan tugasan mereka kepada orang bawah tanpa mengambil tahu objektif sebenar saranan kerajaan.  Perbuatan ini sering menyebabkan pertelagahan antara kakitangan.

Aku menceritakan sebelum ini bagaimana pejabat aku melaksanakan program Mentor Mantee bagi menyahut arahan kerajaan.  Tetapi tanggungjawab tersebut diserahkan kepada pihak paling bawah dan akhirnya menjadi kucar kacir kerana ketidak serasian dan kurang faham dikalangan kakitangan yang berada di bawah.

Kebetulan hari ini aku menghadiri satu kursus dipanggil Managing Cahange dalam kursus tersebut aku mendapati pendapat penceramah hampir sama dengan aku.  Kita perlu berubah itu lah perkataan pertama penceramah walaupun kita mahu atau tidak, samada kita bersedia atau tidak.  Tetapi perubahan akan menjadi lebih sempurna sekiranya kita dapat merancangnya.

Sabtu, Disember 11, 2010

Gaji Tentera nak Naik Lagi kaki tangan awam LAIN tak Penting ke?



Beberapa bulan lepas aku terbaca di dalam akhbar Utusan Malaysia Keluaran Mei berkaitan kenaikan gaji kakitangan awam.  Berita sedemikian sememangnya di nanti oleh kakitangan awam yang telah lama tidak melihat tangga gaji disemak semula yang biasanya akan dijalankan setiap 5 tahun sekali.  Berita ini menjadi bualan hampir semua kakitangan apabila terdapat banyak lagi berita yang menyokong pandangan dan artikel tersebut seperti di dalam Berita Harian keluaran 20 Mei 2010.

Caritera kenaikan gaji menjadi satu angan-angan kepada kakitangan awam apatah lagi bila PM sendiri melaungkan Malaysia telah menuju kearah Negara Maju dan berpendapatan tinggi.  Laungan yang kelihatan seperti menyokong laporan di media masa tetapi sungguh menyedihkan bila belanjauan diumukan tiada sebarang kenaikan di umumkan bukan sahaja gaji... Bonus pun tarak........

Kaitangan awam selain ATM, Polis dan Pendidikan seperti tidak diendahkan, gaji dan emolument jabatan sedemikian sering di perbaiki.  Kaitangan awam lain sentiasa terbelakang aku dengar di dalam berita malam ini katanya gaji ATM akan disemak, Bulan lepas berita yang sama untuk pendidikan kakitangan awam yang lain bagaimana?

Aku khuatir sakit hati kakitangan awam akan menyebabkan kualiti kerja akan menurun apa tidaknya kita sama-sama berusaha membangunkan negara tapi kenapa hanya 1,2 jabatan sahaja yang mendapat pengiktirafan dan dijaga oleh kerajaan yang lain macam anak tiri...Takut harga naik bila gaji kakitangan naik?  kalau gaji tak naikpun harga barang tetap naik terutama di negeri SARAWAK.