Selasa, Julai 12, 2011

Discover more about getting on the journey to perfection. Be #Sunsilk Perfectionista today!

Cubalag tengok kalau boleh buat jangan asyik nak kooplain orang je tak...


Discover more about getting on the journey to perfection. Be #Sunsilk Perfectionista today!

Search for more here.....
Custom Search

Sabtu, Julai 09, 2011

Penyokong Bersih 2.0... bacalah sebagai tauladan.

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya”. Setiap pagi Rasulullah s.a.w mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang Nabi Muhammad s.a.w  wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.
Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah rha. Beliau bertanya kepada anaknya, “Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan”, Aisyah rha menjawab pertanyaan ayahnya, “Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja”. “Apakah itu?”, tanya Abu bakar ra. Setiap pagi Rasulullah s.a.w selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana”, kata Aisyah rha.

Perhimpuran BERSIH 2.0

Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0

Bersihkan senarai undi
Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

Mereformasikan undi pos
SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

Gunakan dakwat kekal
Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
Masa kempen minima 21 hari
Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

Akses media yang bebas dan adil
RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

Ini lah per mintaan kumpulan yang dikatakan mengaku sebagai NGO yang memperjuangkan kebajikan rakyat.  Bagi yang mempercayainya aku rasa satu kebodohan yang tiada landasan bernas.  Baru ini aku berbual dengan seorang kawan di dalam face book aku.. sedih dengan alasan perjuangan tersebut telah dipersetujui oleh MUFTI...

Memberhentikan politik kotor TUNTUTAN KE 8? yang dibuat oleh pembangkang mengikut serta mengalakan rusuhan sebegini  POLITIK BERSIH KE? menyusahkan orang...

Kukuhkan institusi awam? kalau dah pihak berkuasa polis kata jangan kenapa mesti buat juga macammna nak menaikan kualiti pihak penguatkuasa, kakitangan awam kalau beginipun korang tak boleh buat.

HAKIM YANG BERTUGAS SECARA ADIL... SIAPA YANG SERING MENUDUH HAKIP TIDAK ADIL? KALAU MENYEBELAHI "PESALAH(TAHULAH SIAPAKAN)" PASTILAH HAKIM DIANGGAP BAIK DAN ADIL TAPI KALAU MENYEBELAHI PENDAKWA MESTILAH DISEBALIKNYA..

Orang kaya menjadi lebih kaya dan yang miskin terus miskin yang ini aku setuju kerana sikap rasuah akan menyusahkan tapi kalau korang tengok siapa yang terus kaya tu.... adakah satu pihakje?  Tapi aku tengok ada juga yang pembangkang menjadi kaya raya... tak sama ke? melancong keluar negara. berumah diluar negara.

Pengundi hantu... Hish mana ada hantunye.. kalau aku kerajaan aku akan bawa pengundi hantu ke Kelantan untuk memenangi kerusi disana.. PORAH!.. kalau senarai itu kotor dah pasti Penang, Kedah Selangor dan Perak tak jatuh kepada pembangkang.... bodoh tul siapa yang percaya isu yang dibangunkan oleh orang yang tidak layak jadi RAKYAT MALAYSIA INI.

Cuba ingat cerita israk mikraj yang diceritakan

  Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§       Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§       Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang. 

ambillah iktibar benda asas ini dan janganlah kita gunakan agama yang suci untuk berpolitik tapi gunalah agama untuk memperbetulkan politik.... mulakanlah dengan diri  kita terdahulu.  Tiada siapa boleh mengubah orang lain kecuali mereka sendiri ingin merubah diri mereka.... kenapa kita tidak menguabah diri kita dulu?

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud:


“Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknat itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula.” (Riwayat Abu Daud) Maksud laknat ialah jauh daripada rahmat Allah SWT kerana kemurkaan-Nya. Selaku umat Islam yang dididik dengan ajaran mulia, kita dilarang daripada melaknat, bercakap keji atau hina serta mencaci maki orang atau makhluk lain yang tidak berdosa.

Oleh kerana laknat termasuk dalam perkara yang boleh membawa kebinasaan, kita hendaklah sentiasa berwaspada supaya terhindar daripada perbuatan keji yang menyebabkan kutukan masyarakat dan laknat Allah.
Search more info here
Custom Search