Memaparkan catatan dengan label Cadangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cadangan. Papar semua catatan

Selasa, November 30, 2010



Isu kehilangan wang kerajaan melalui subsidi minyak kepada para nelayan bagi aku bukan pekara baharu.  Pekara sebegini pasti akan berlaku diantara manusia terutama kepada mereka yang ingin hidup senang,  samada senang dapat untung atau senang dapat duit tanpa menitikan peluh lelah.  Kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang sangat perihatin dan terlalu banyak sabsidi dan bantuan kepada rakyat semua ini memang bagus tetapi masalahnya adalah kaedah pengagihan tidak sempurna.

Satu masa dulu kita pernah dengar suara menteri dengan lantang mengatakan kerajaan tidak mampu menanggung kenaikan harga minyak dan terpaksa menaikan harga bahan mentah itu di pasaran, dimasa yang sama mengekalkan susidi (rasa menaikan kadar) untuk para nelayan.  Masa tu aku pernah bertanya kepada kawan-kawan aku apa sebab dia naikan 15 sen?

Itu kos subsidi untuk rakyat Malaysia ke? tetapi kerajaan tahuke berapa banyakk yang hilang nilai subsidi tersebut sebenarnya tidak kepada rakyat Malaysia.  Subsidi diberi bagi tujuan mengagihkan kekayaan negara kepada semua rakyat, bagaimana rakyat yang berbasikal? atau yang hanya berjalan kaki dan bermotosikal? adakah jumlah subsidi yang diperolehi mereka ini sama denagan mereka yang menaiki kereta mewah yang berkuasa tinggi yang menggunakan jumlah yang banyak? adil kah?

Masalahnya bukan subsidi tetapi kaedah pengagihannya kita tak pernah mengkaji atau kita hanya mengkaji pada dasar dan bukan secara mendalam mengenai kaedah dan kesanya.  Mengambil contoh pengagihan komputer 1 Malaysia.  Kenapa tidak semua pelajar mendapatnya? adakah yang mendapat komputer tersebut benar miskin? bagaimana pelajar yang berpendapatan sederhana di kawasan bandar? bagaimana pula pelajar dengan keluarga yangbesar mempunyai pendapatan sederhana?

Nampak semuanya simple tetapi kalau kita lihat sebenarnya ianya lebih menghala kearah politik dan bukan bantuan sebenar.  Sekiranya ingin membantu pastikan semua dapat atau semua tak dapat atau semua mendapat sebahagian.  Sebagai contoh sekiranya haraga satu komputar 1000.00 kerajaan cuma mampu agih kepada 1juta orang,  Tapi kalau diberi saguhati RM 500 pasti 2 juta orang  pelajar akan mempunyai peluang untuk memiliki dengan tambahan wang sendiri (terutama mereka yang berkeluarga besar dengan pendapatan sederhana ini).  Yang tak mahu beli terpulanglah yang penting semua mendapat peluang yang sama adil.

Isu subsidi minyak nelayan ni paling mudah diselesai dengan mengagihkan batuan bulanan dengan nilai tertentu dalam bentuk duit bagi setiap pemunyabot bantuan untuk membeli minyak.  terpulanglah kepada mereka hendak makan atau memulakan perniagaan kalau merka enggan berniaga tarik sahaja pembayaran itu cara ini lebih selamat untuk mengelakkan penyalahan guna wang sabsidi oelh orang tertentu yang mengambil kesempatan.













Isnin, Ogos 09, 2010

Kaedah Mengira KPI cara MAMPU

Bukan aku nak hina Jabatan Kerajaan tetapi sebenarnya permasalahan yang timbul dalam Jabatan sebenarnya adalah berpunca dari sistem pengurusan yang lemah.  Tapi memang ada faktor lain seperti tekanan luar, kewangan, sumber dan pakar tetapi yang utama semua itu adalah disumbang dari kegagalan sistem pengurusan itu sendiri.

Sebenarnya Kerajaan sendiri sedar kelemahan tersebut dan sebab itulah kerajaan mengujudkan pelbagai bahagian atau unit yang bertanggung jawab seperti NPC, Intan dll bagi memberi latihan dan tunjuk ajar kearah memantapkan serta memperbaiki sistem pengurusan.  Tetapi soalanya ka setelah keujudan bahagian tersebut kelemahan masih berlaku? dari pandangan mata aku mudah sahaja sifat manusia seperti ego, bangga diri, memandang rendah, rasa terlalu pandai sehi tidak  di ubah besar kepala.

Baru ini aku telah diarah untuk menghadiri kursus penyediaan KPI dianjur INTAN.  Aku menghadirinya bersama seorang rakan yang mana pangkat aku C32 dan rakan aku J26.  Apa yang aku boleh buat bila balik ke Jabatan bukan aku sahaja maramai lagi pegawai yang hadir itu adalah pada ranking yang hampir sama kecuali DCA dan Penjara menghantar gred 41.

Yang pertama aku pelajari adalah kaedah penetapan work load pegawai di Jabatan aku selama ini memang tidak langsung mengikut kaedah disarankan MAMPU. Sebagai pegawai sokongan adakah aku mampu untuk memaklumkan kaedah yang dia pakai tak betul sedangkan dia berada di gred 58.  Jabatan aku penetapan KPI adalah mengikut suka hati pengarah tanpa melihat beban akhirnya tugas yang diberi tidak seimbang. 

Kaedah mampu mudah sahaja objektif, misi dan visi serta tetap pengukuran..... tugas aku ke nak ceritakan benda ini kepada pengurusan sebab ku bukan yag menentukan semua itu.  Bagi aku lah sekiranya Jabatan kerajaan ingin berubah yangpertama, mereka yang akan menjadi peneraju Jabatan perlu menghadiri latihan intensf pengurusan baru boleh maju kalaidak mutu Jabatan akan terus menjadi sebegini seperti sediakala

Sabtu, Julai 10, 2010

Think Out Of Box

The issues raise by our PM. Memang benar sekiranya kita inginkan kemajuan dan kerjayaan  yang berterusan kita kenalah sentiasa merubah cara pemikiran dan cara kita menjalankan tugas.  Sekiranya 20 tahun yang lalu kita perlu kan masa bertahun tahun untuk membina 1 km longkang apakah pada masa sekarang kita masih memerlukan masa sepanjang itu?

Kita perlu berubah ... but for us to change almost 'difficult' kalau kita tidak rasional dan tidak kreatif.  Akku pernah menyaran beberapa pekara kepada pihak pengurusan malah ke peringkat tertinggi.  Nak aku tegaskan di sini saranan aku adalah ikhlas dan telus dari pemikiran aku.  Tapi adilkah kalau disebabkan saranan aku itu, aku dilabel sebagai seorang yang nak tunjuk 'teror' (di rankingkan sebagai terorist).  Seruan PM dan kerajaan aku rasakan sebagai satu saranan sahaja tapi sebenarnya tidak membuah apa makna kerana otak kita masih di 'ambang' kemajuan, konsep ketuanan masih kuat tidak seperti di negara maju cadangan dari individu akan di beri perhatian sewajarnya tanpa mengira pangkat atau status.

Khamis, Jun 24, 2010

Global Warming dan Politik

Negara Malysia telah meula melangkah ke era Negara maju tetapi yang agak mengecewakan  adalah pemikiran kita masih kurang maju.  Akku terbaca isu berkaitan global warming di internet mengenai perjumpaan wakil negara seluruh dunia berhimpun di Conphenhegen bagi memperbincangkan hala tuju persidangan Kyoto.

Ianya telah di hadiri Ngara besar seperti US, India, China, Jepun dan banyak lagi.  Seperti yang diketahui Amerika tidak pernah menandatangani persetujuan dalam pekaraini, sekali telah menggagalkan persidangan tersebut.  Tidak seperti Nagara Jepun mereka talah membuktikan kejayaan mengurangkan pelepasan Gas Rumah Hijau kepada 10% seperti yang diwar-warkan.  Kalau kedua negara itu telah kita ketahui akan komitmennya bagaimana pula dengan Negara Kita?

Yang peliknya kajian dan pendapat ahli sains dalam pembentangan tersebut juga terdiri dari kalangan orang barat dan cendikiawan Negara mereka senndiri kenapa mereka tidak mahu melakukan sebarang perubahan.  Berbanding dengan negara Jepun kerajaan nya lebih komited dan hasilnya sungguh memberangsangkan.
Health (1-year)
Adakah kita negara yang sedang membangun hanya perlu melihat dan mendengar sahaja atau kita perlu mengambil tindakan? Adakah kita perlu menunding kesalah kepada negara lain apa bila isu penebangan hutan dan pembakaran hutan?  Pada siapakah yang harus kita persoal sekiranya berlaku bencana seperti banjir, tanah runtuh kemarau panjang, puting beliung? samada kita perlu persoaal Jabatan Alakitar? atau Jabatan Hutan?, Jabatan Saliran?  Dimanakah letaknya tanggung jawab dalam memastikan ini semua dapat dikawal?