Memaparkan catatan dengan label Isu Terbaharu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Terbaharu. Papar semua catatan

Selasa, Mei 24, 2011

Isu panas... Harga minyak naik lagi!!!??

Search more info here
Custom Search
Berapakah nilai sebenar subsidi yang dikeluar atau dibayar oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia? dan berapa pula jumlah yang diguna pakai oleh rakyat? dan kenapa Kerajaan mengatakan negara menanggung rugi? Aku bukannya pakar ekonomi atau matematik tapi kalau kita nak bercakap tentang subsidi bermaksud kita kena bercakap tentang dua pekara yang utama tersebut iaitu ekonomi dan juga matematik. Jadi aku cuba untuk menambah maklumat yang aku ada dengan search dalam internet.

Berbagai cara aku cuba tapi aku masih gagal untuk mendapat maklumat yang tepat ataupun maklumat yang boleh dipercayai mengenai kuantiti penggunaan minyak bahan bakar di Malaysia.  Memang sukar nak dapat data statistik ni aku cuba lagi tapi yang aku dapat hanyalah angka anggaran.  Angka tepat dalam negara sebenarnya adalah satu rahsia besar kerajaan.  Sekiranya angka tersebut tersebar keluar alamtnya terdapat kebocoran sabit kesalahan boleh dikenakan denda yang amat tinggi dan silap haribulan.. ISA dan penjara sepanjang hayat...

Sabtu, April 09, 2011

Stratergi Samudera Biru Saranan Najib

Search more info here
Custom Search

Baru-baru ini Datuk Sri Najib mengumumkan berkaitan stratergi baru kerajaan di kenali sebagai Samudera Biru.  Sebenarnya Samudera Biru bukan satu tajuk  baru tetapi merupakan satu tajuk buku yang diedarkan di pasaran dalam tahun 2007 (kalau tak silap).  Kawan aku memaklumkan dalam buku tersebut menceritakan kaedah pengurusan terbaru dengan mengabungkan atau meningkatkan kerjasama bagi mencapai objekfif sesuatu organisasi.


Sebenar isu pertindihan tanggungjawab telah diperbincangkan antara kakitangan awam, tapi yerlah kami hanya berbincang di peringkat kedai kopi dan tidak mampu membawanya ke peringkat yang lebih tinggi.  Mungkin kerajaan mula perasan bagaimana kos kerajaan dapat dikurangkan dengan bantuan penjatuan tanggungjawab serta penyatuan fungi Jabatan.

Tahukah kita semua ada berrapa kementerian dan berapa Jumlah agensi kerajaan yang ada di bawah setiap kementerian? (periksa disini) .  Cuba bayangkan begitu banyak Jabatan dan agensi pasti ada diantara Jabatan tersebut mempunyai fungsi yang sama atau hampir sama.

Sekiranya ada yang sama apasalahya kalau ianya disatukan,  contohnya Jabatan Alam Skitar,  Jabatan Pembentungan, Jabatan Pengurusan Buangan dan juga agensi kerajaan negeri seperti pihak berkuasa tempatan seakan mempunyai fungsi yang hampir sama.

Unit, agensi dan Jabatan ini semuanya berjalan secara berasingan mempunyai arah tuju yang berbeza serta mempunyai perancangan peruntukan yang berbeza.  Sekiranya setiap agensi diberi peruntukan sebanyak RM 1000 bagi menjalankan objektif tersebut sekiranya digabungkan menjadi 1 unit pasti peruntukan tersebut meningkat kepada RM 4000.

Walaubagaimanapun masalahnya ialah mencari  kaedah penyusunan dan pelaksanaan.  Masalah yang utama aku rasa akan dihadapai adalah bagaimana nak menyatukanya.  Adakah kita perlu penstrukturan semula Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi tersebut.  Sekiranya secara berasingan bagaimanakah penilaian serta komunikasi antara pegawai berkuatkuasa?