Memaparkan catatan dengan label Isu kakitangan awam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu kakitangan awam. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 30, 2013

Penambah baik perkhidmatan awam

 Assalamualaikum..

Tak lama dulu kita dengar program penambah baikan perkhidmatan Polis dan sebelum itu ada juga penambah baikan Skim Perubatan, ternetra dan Guru mendapat perubahan yang sama.  Baru-baru ini ada penjumutan perkhidmatan Juruteknik dan penambah baikan perkhidmatan tersebut.  Dalam Budget terbaharu ini telah diumumkan  81 Perkhidmatan akan ditambah baik dan Pekeliling tambah baik perkhidmatan awam dikeluar dalam bulan November 2013.

Aku merasa pelik juga,  dalam Kerajaan Malaysia terdapat lebih kurang 250 skim perkhidmatan  kenapa hanya 81 sahaja yang akan ditambah baik? Sekiranya diambil kira jumlah perkhidmatan yang telah di tambah baik sebelum ini tinggal lagi kurang lebih 190 skim yang masih menunggu jauh perbezaanya. Semua kakitangan diskim  tersebut sedang menanti  'bagai kakitangan awam didepan TV ketika budget' atau bagai menunggu buah yang tak gugur.  Kenapa  kerajaan hanya mengumumkan 81 perkhidmatan akan ditambah baik.

Aku cuba semak akhirnya aku berjumpa dengan jawapanya.  Mungkin tidak tepat dapi ada kemungkinana.  Jumpah skim perkidmatan bagi jawatan pengurusan & professional adalah 84 dan sekiranya di tolak jumlah yang telah di tambah baik sebelum ini jumlahnya lebih kurang 81.... jadi?????

Lu pikirlah sendiri siapa yang dapat...





Search more info here
Custom Search

Tiada Perubahan / Penambahan Elaun

Assalamualikum..
Lama aku tidak menulis disini tapi hari ni aku terpanggil untuk memberi secebis coretan berkaitan isu tengah panas dibahaskan diantara kakitangan awam.  Ye ianya ada kaitan dengan pembentangan baudjet yang baru lalu.  Rata-rata kita dengar di  media TV mengatakan mereka telah berpuas hati dengan pembentangan tersebut tetapi sebenarnya ada juga dikalangan PEMIKIR KECIL yang sebenarnya sedang bertelagah mengeluarkan andaian-andain yang ada'relevan'nya dengan isu semasa.

Aku berterima kasih dengan kerajaan yang telah bersusah payah mengeluarkan budget sedemikian yang terpaksa membuat timbangan dan ukuran bagi memuaskan hati lebih 26 juta rakyat.  Mungkin beratus atau beribu jam diperuntukan bagi menjayakan badget tersebut.  Sebagai kakitangan awam aku hanya berminat dalam isu yang berlingkaran dalam lengkaran kerja aku sahaja.  Memang benar aku rakyat Malaysia dan semua yang dibentangkan adalah juga hak rakyat macam aku tetapi hari ini aku hanya boleh komen apa yang  terlibat dengan aku secara langsung.

Perihal bonus aku tidak akan komen sebab sebagai 'anak' berapa juga 'ayah'nya beri kita patut bersyukur tapi aku gusar berkaitan perkara yang lain-lain.  Isu berkaitan penambah baikan perkhidmatan dalam Kerajaan.  Tiada penerangan berkaitan elaun perumahan, COLA, dan lain-lain.  Aku berkhidmat di Kuching dan Wilayah asal aku adalah Pulau Pinang.  Aku hampir di istihar bankrap bila aku berpindah ke Sarawak.  Aku datang bersama anak dan bini aku keluaga aku kini seramai 7 orang.  Gaji aku yang hanya RM 3600 dan seorang bekerja wah... marilah cuba datang ke Sarawak kalau cakap besar boleh manage.

Jumlah elaun aku terima tambahan adalah RM 900 dan korang tahu berapa harga sewa rumah di Kuching? Rumah dengan 3 bilik mencecah RM 800 kecuali di luar kawasan (agak jauh) kos barangan tak payahlah aku nak bicarakan. Berbaki lagi RM 200 dan baki itulah yang terpaksa di gunakan untuk menampung perbezaan  kos hidup di Sarawak.  Tak malu aku katakan disini ada masa-masa tertentu aku dan keluaga terpaksa bergantung kepada mee segera.

Dengan anak yang sedang membesar dan sedang belajar wah aku dan keluarga ku sebenarnya sengsara tapi kerana telah menangani surat aku janji tak boleh buat apa lah...cakap banyak pun tarak guna.  Rungutan aku pihak atasan untuk kembali ke Wilayah asal aku sering disambut dengan kata dua "kalau nak senang berenti kerjalah".

Seorang kawan terpaksa berpindah ke Bintulu lagi teruk.  Seminggu di sana  terus merungut apabila didapatinya sewa rumah mencecah RM 1000 dan satu hari belanja untuk sarapan makan tengahari  mencecah RM 15.00 elaun yang diterima adalah sama banyak dengan aku terima.  Dahlah bidang tugas terpaksa berada diluar pejabat selalu.

Tanpa penstukturan semula elaun ni memang yang berkhidmat di luar seperti kami akan sengsara.  Kadang kala cemburu dan sakit hati juga melihat  rakan di kampung halaman tapi apa hendak di kata kita ada jauh 'orang' datang sekali sekala jadi mestilah tak teringat akan beban kami ni.  Kalau bertanya dengan mereka yang berpangkat tinggi jawapanya pasti tidak sama.... sedih jugalah bila mendengar badget ari tu tapi  sudah ditakdirkan

Jadi jangan korang fikir jadi penjawat awam ni satu yang menyeronokan, terlalu banyak benda yang korang kena korbankan.

Wasalam


Search more info here
Custom Search

Ahad, Ogos 28, 2011

Kakitangan awam dapat ganjaran lapor rasuah

Satu cadangan baru yang hebat diperkatakan dalam menangani masalah rasuah dan meningkatkan intergriti pasukan keselamatan serta jabatan kerajaan.  Ada kebaikan dan kesan kepada program menangani masalah rasuah serta ketidak tentuan halatuju program NKRA tersebut.

Ada beberapa pekara yang aku rasa menjadi kekangan bagi kakitangan awam untuk mendedahkan pekara berkaitan rasuah.  Antara isu yang sangat ditakuti oleh kakitangan awam adalah isu keselamatan diri atau keluarga kakitangan awam itu senndiri.  Sepanjang perkihidmatan aku selama 15 tahun terdapat beberapa cerita yang menakutkan aku walaupun tiada bukti yang kukuh tetapi ianya tetap membimbangkan.

Antaranya seorang pegawai kastam yang engan menerima rasuah menjalan siasatan penguatkuasaan di jeti telah dipukul menyebabkan ianya koma dan rakanya patah tangan dan kaki.

Kisah kedua seorang pegawai kastam juga telah disimbah asid kerana juga enggan menerima rasuah.

Kisah ketiga seorang pegawai JPJ (wanita) yang tidak mahu menerima rasuh telah didatangai tonto di rumah.  Di ganggu adalah anakanaknya di rumah.

Segi cerita kerana hanya tidak mahu menerima.  Kalau kita laporkan bagaimanakah mereka ini sanggup lakukan.  Memang boleh membuat laporan kepada pihak Polis , bolehkah polis mengawal rumah , anak bini kita serta diri kita 24 jam dan 365 hari?  Pesalah kecil mungkin tidak hairan lah tapi kalu kes yang melibatkan penjenayah anatarabangsa dan jenayah terancang sememangnya merka mempunyai organisasiyang juga kukuh.

Kisah Tan Beng Hock juga menjadi satu cerita yang menggerunkan kepada mereka yang hendak melaporkan kejadian rasuah.  Tan Beng Hock adalah seorang saksi dan bukan seorang OKS tapi kenapa sehingga terjatuh?  Ia kelihatan seperti satu tekanan yang tidak tertahan sehingga menyebabkan beliau bertindak diluar batasan.  Aku tak mau ulas sebab aku tak tahu kejadian nanti jadi fitnah tapi yang aku tahu cerita dua orang kakitangan Jabatan aku yang pernah melaporkan cubaan rasuah lebih 15 tahun yang lalu.

Sepulangan mereka dari pejabat BPR terus menyumpah dan kata mereka sumpah taubat aku takan laporkan lagi kejadian cubaan merasuah lagi dan bila ditanya... jawabnya....
Soal siasat saksi lebih kurang menyoal seorang persalah sehingga menepuknepuk meja.  Siap menuduh lagi aduan dibuat kerana jumlah ditawar itu kurang dari yang dikehendaki.

Cerita sebegini yang sentiasamenakutkan orang awam serta juga kakitangan awam.  Sekiranya kerajaan dapat mengubah kaedah dan tatacara pelindungan serta siasatan mungkin akan membantu dan bukan sahaja dengan GANJARAN.  Wang bukan segalanya tetapi keselamatan diri dan keluarga adalah utama.  Mungkin pemberian senjata kepada kakitangan penguatkuasa adalah satu langkah baik bagi melindungi diri dan menyediakan tempat kediaman dikawasan terkawal seperti di kem tentera tu.

Sekarang telah ada akta perlindungan saksi tapi adakah ia boleh terpakai kepada kakitangan awam?  tak mungkin kerana ianya hanyalah untuk orang awam.  Bagi aku lebih baik aku elakkan kejadian daripada aku mengadaikan keselamatan diri dan keluarga aku biarpun ganjaranya 2-3k sekalipun.. tapi kalau satu juta mungkin aku pertimbangkan kerana mungkin boleh lari keluar negara..atau buat biz besar kemudian gajikan pengawal peribadi...


http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0430&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm
http://cuepacs.blogspot.com/2010/06/cuepacs-syor-naikkan-pangkat-gaji-jika.html


Search more info here
Custom Search

Selasa, Februari 08, 2011

Intergriti isu ...Disalahkan, penjawat awam...


"Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr Mohd Tap Salleh berkata kebanyakkan daripada kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan itu berpunca dari-pada ketidakcekapan penjawat awam dan bukan disebabkan penyelewengan.

Berikutan itu, kerajaan te-lah melaksanakan satu ka-edah iaitu Pek Integriti bagi membendung gejala penyelewengan yang mungkin berlaku di kalangan penjawat awam amnya.

“Laporan dalam negara menunjukkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sehingga mencecah RM28 bilion setahun atau lebih disebabkan terlebih bayar kos pembelanjaan dalam pengurusan penjawat awam   ... baca lagi "
 Aku terbaca artikel ini di dalam akhbar terbaharu di Sarawak... sekali aku baca aku sakit hati bila ia menyebut berkaitan penjawat awam dan intergriti.  Mulanya aku beranggapan tidak adil sekiranya setiap kali berkaitan penyelewengan di tujukan kepada kakitangan awam.  Macamlah semua kakitangan awam ni buruk, busuk dan tiada maruah.  Jumlah yang disebutkan juga bukan sedikit....

Tapi setelah aku berulangkali baca  "Laporan dalam negara menunjukkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sehingga mencecah RM28 bilion setahun atau lebih disebabkan terlebih bayar kos pembelanjaan dalam pengurusan penjawat awam....."  aku memang setuju kerana ini juga yang aku lihat dari dalam tempurung JABATAN KERAJAAN.  Ini jugalah yang aku maksudkan di dalam blog aku yang sebelum ini.


Terlalu banyak di suapkan kepada orang atau pemegang Jawatan Tertinggi di dalam struktur organisasi Kerajaan.  Gaji dah besar kemudian disuapkan lagi dengan pelbagai jenis elaun tak cukup dengan itu menggunakan lagi kemudahan yang ada dalam jabatan  walaupun elaun-elaun itu diterima.  Bila kakitangan bawahan membuat tuntutan melebihi RM 40 - 50 dikatakan tidak berintergriti tetapi kalau 'mereka-mereka' ini bagaimana?

Cuba lihat pekeliling berkaitan penggunaan telepon bimbit ini.  Tujuan yang di gariskan:
  1. Penggunaan telefon bimbit untuk pegawai dan kakitangan adalah sebagai satu kemudahan di dalam melaksanakan tugasan rasmi harian. Selaras dengan peredaran zaman, kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi adalah satu medium yang penting bagi meningkatkan sistem penyampaian Kerajaan.
  2. Sehubungan itu, Kerajaan te1ah membenarkan pegawai dan kakitangan tertentu dibekalkan dengan te1efon bimbit beserta talian atau talian sahaja untuk sebarang urusan rasmi. Walau bagaimanapun, penggunaan telefon bimbit ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang ditetapkan.......
Yang aku hairan mereka yang diberi elaun untuk membeli handphone ini adalah mereka yang ber'gred' 44 dan keatas sehingga JUSA. bukankah mereka ini dahpun mempunyai pendapatan tinggi nan mampu membeli Handphone dan bil  kenapa  perlu diberi keistimewaan begini lagi, lagipun mereka ini bukan berada di lapangan yang memerlukan perhubungan segera.  Yang amat memerlukan perkhidmatan tersebut adalah mereka yang berjawatan rendah yang sentiasa berada di lapangan yang perlu menghubungi segera sekiranya keadaan memerlukan.
Disini kita sudah dapat kita lihat bagaimana kepincangan yang berlaku,  yang sentiasa berada dipejabat dan mempunyai ekses telepon serta komputer untuk berhubung diberi lagi kemudahan sedangkan mereka yang memerlukan di lapangan...."belarilah cari pondok telepon".  Apa nak dikata, yang merancang adalah orang berpangkat tinggi semestinya dibuat segalanya untuk kepentingan diri mereka sendiri dan bukan untuk kepentingan negara ataupun kerajaan (pada fikiran aku yang bodoh nilah) ..... bila sebut intergriti semua tunding jari kepada kakitangan awam rendah ..(macam aku)

Yang peliknya dalam artikel ini ia menyebut Penjawat Awam kurang enaklah rasanya sebab kerana nila setitik habis susu sebelanga... atau sebab seorang ketiak busuk habis satu lift kena menikmatinya.


Khamis, Disember 23, 2010

Managing Change perlu ada di Jabatan Kerajaan


 Sebelum ini aku ada menulis berkaitan sikap pihak pengurusan di Jabatan Kerajaan yang kurang sensitif dan kurang serta  jarang menjalankan tanggungjawab yang telah ditetapkan.  Mereka sering melepaskan tugasan mereka kepada orang bawah tanpa mengambil tahu objektif sebenar saranan kerajaan.  Perbuatan ini sering menyebabkan pertelagahan antara kakitangan.

Aku menceritakan sebelum ini bagaimana pejabat aku melaksanakan program Mentor Mantee bagi menyahut arahan kerajaan.  Tetapi tanggungjawab tersebut diserahkan kepada pihak paling bawah dan akhirnya menjadi kucar kacir kerana ketidak serasian dan kurang faham dikalangan kakitangan yang berada di bawah.

Kebetulan hari ini aku menghadiri satu kursus dipanggil Managing Cahange dalam kursus tersebut aku mendapati pendapat penceramah hampir sama dengan aku.  Kita perlu berubah itu lah perkataan pertama penceramah walaupun kita mahu atau tidak, samada kita bersedia atau tidak.  Tetapi perubahan akan menjadi lebih sempurna sekiranya kita dapat merancangnya.

Sabtu, Disember 11, 2010

Gaji Tentera nak Naik Lagi kaki tangan awam LAIN tak Penting ke?



Beberapa bulan lepas aku terbaca di dalam akhbar Utusan Malaysia Keluaran Mei berkaitan kenaikan gaji kakitangan awam.  Berita sedemikian sememangnya di nanti oleh kakitangan awam yang telah lama tidak melihat tangga gaji disemak semula yang biasanya akan dijalankan setiap 5 tahun sekali.  Berita ini menjadi bualan hampir semua kakitangan apabila terdapat banyak lagi berita yang menyokong pandangan dan artikel tersebut seperti di dalam Berita Harian keluaran 20 Mei 2010.

Caritera kenaikan gaji menjadi satu angan-angan kepada kakitangan awam apatah lagi bila PM sendiri melaungkan Malaysia telah menuju kearah Negara Maju dan berpendapatan tinggi.  Laungan yang kelihatan seperti menyokong laporan di media masa tetapi sungguh menyedihkan bila belanjauan diumukan tiada sebarang kenaikan di umumkan bukan sahaja gaji... Bonus pun tarak........

Kaitangan awam selain ATM, Polis dan Pendidikan seperti tidak diendahkan, gaji dan emolument jabatan sedemikian sering di perbaiki.  Kaitangan awam lain sentiasa terbelakang aku dengar di dalam berita malam ini katanya gaji ATM akan disemak, Bulan lepas berita yang sama untuk pendidikan kakitangan awam yang lain bagaimana?

Aku khuatir sakit hati kakitangan awam akan menyebabkan kualiti kerja akan menurun apa tidaknya kita sama-sama berusaha membangunkan negara tapi kenapa hanya 1,2 jabatan sahaja yang mendapat pengiktirafan dan dijaga oleh kerajaan yang lain macam anak tiri...Takut harga naik bila gaji kakitangan naik?  kalau gaji tak naikpun harga barang tetap naik terutama di negeri SARAWAK.