Selasa, Ogos 11, 2009

Alasan Dan Reason

Before joined government I used to worked in Factory as Microbiologist my paid that times bater than government. I left because, daddy allways said (because he was an army)" kita melayu negara kita perlu jasa dan pengorbanan orang melayu dalam kerajaan" so in 1995 I joined government well suprised! semua dah berbeza... TERBALIK.....

Bodek menjadi resmi pegawai, excuse become reason, idea become "nak tunjuk pandai"... Work load tidak distribute..yang pandai atau tahu buat kerja maka dialah akan jadi sasaran menjadi "BALACI" hahahah tapi tak semuan. Jabatan U all bagus kan..? lain padang lain belalang. Aku percaya semua kakitangan kerajaan yang pernah bekerja swasta sebelum join kerajaan akan bersetuju dalam pekara ini.

Aku sedar ini satu masa dulu di Pejabat lama aku, one day tu the boss call me to give a task and asked me to complete it by 1 weeks. Terus aku jawab sorry with my work load i might need at least 2 weeks but i can promise it completed by 3 weeks. Dia jawab banyak alasan dan memberi task tu seorang pegawai lain yang mengaku boleh buat dalam masa seminggu. Aku sedikit kecewa masa tu apatah lagi boss pandang aku semacam.. nevermind.

After aweeks the officer did not completed the task, the boss asked.. she only replied boss janji.. minggu depan siap... Minggu berikut boss datang lagi and she start given reson similar to mine at first and peliknya boss tak pandang serong lak tak jeling.. and finally the task only completed almost a month time. See what did i said in the firs time....? So his the boss. At the and of the year she got those cemerlang things ... GEEEE thanks boss appreciate that.

IS IT HAPPEN IN YOUR PLACE? WHICH IS REASON AND WHICH IS EXCUSES.

Isnin, Ogos 10, 2009

Government Pollicy in the Making?

Lets try writting in english


PM ask goverment officer to improved thier english.. well thats my problem not even like this english thing.. how ever lets try

Im adore our previous Tun DR. Mahathir the way he thinks and the way he created the overall Malaysian policy, By reading the wawasan 2020 you can understand the writter is well studied person. No body may think like him every thing is explained briefly although its not under his duty. Hecan wrote from economic, sosial saince and technology. ...
fuh tergeliat lak aku nak menulis ... tukar bahasa melayulah


Sebelum ini aku juga ada menulis berkaitan polisi kerajaan yang menjadi persoalannya siapakah yang membuat polisi, samada pollitician atau technical experts. Sekiranya politician yang mengariskan polisi tersebut adakah ianya mendapatkan maklumat yang tepat dari bahagian yang terlibat. Sebaliknya, sekiranya ianya dicadangkan oleh bahagian teknikal .. adakah politician akan faham sebenar-benarnya apa yang dimaksudkan.

Terima kasih kepada Kerajaan kerana membenarkan aku menghadiri kursus di Jepun dan aku ada mempelajari sedikit tentang kaedah yang digunapakai disana. Jepun sebuah negara maju dan berpuluh kali ganda dalam kontek keluasan serta bilangan rakyatnya jika dibandingkan dengan Negara kita. Tetapi Jepun hanya ada 9 buah kementerian untuk mentadbir negara tersebut.

Aku berpeluang untuk bertanya kepada penceramah How you manage your contry like that? Jawabnya.. dulu Jepun pernah mempunyai 23 buah kementerian tetapi mendapati ianya amat sukar kerana lebih banyak kementerian menimbulkan lebih banyak pertindahan kuasa dan tugas menyebabkan pentadbiran menjadi kucar kacir (caca-marba). Dengan kaedah ini juga Jepun juga lebih mudah membuat polisi serta memudahkan tugas penyelarasan serta perlaksanaannya.

Sistem pentadbirannya juga berbeza dan Malaysia mungkin tidak mampu mengekori jejak Jepun kerana di Jepun hanya ada dua parti sahaja jadi isu perkongsian antara parti komponent tidak timbul. Kerajaan persekutuan sebenarnya bertugas memabangunkan negara dengan mengujudkan polisi-polisi berkaitan pembangguan yang menjadi hala tuju pembanggunan negara (aa-ala wawasan 2020)
aku lihat Jepun sebenarnya mencuri idea Malaysia iaitu idea TUN yang memperincikan langkah pembanggunan dengan jelas dan tertib serta menyeluruh


Polisi tersebut akan digariskan setiap 5 tahun dan ianya adalah wajib dilaksanakan. Polisi yang di gubal menjadi undang undang dan setiap province (wilayah) wajib mematuhinya dan menjalankanapa yang diamanakan dalam polisi tersebut. Ketua dalam setiap wilayah adalah wajib untuk menyimpas semua rekod berkaita perlaksanaan dan datanya akan dikaji semula bagi tujuan penambah baikan setiap 5 tahun.

Kejayaan Jepun mungkin boleh dikatakan berlandaskan kepada faktor berikut:
1. Sistem politik
2. Polisi yang sentiasa dikaji dan diperbaiki (bukan setakat diperbaharui)
3. Data yang tepat dan lengkap
4. Tanggungjawab, kerja sama, objektif serta peruntukan kewangan.

Malaysia juga semakin maju dan mungkin perlu mengkaji semula kejayaan sistem pentadbiran JEPUN dmungkin boleh mencedok sedikit kaedah yang digunakan. Wawasan 2020 aku rasa dah di terangkan dan di tulis 10 tahun lalu tapi bagaimana keberkesanan, kejayaan dan langkah pembaikan tidak dijelaskan. Aku takut "setiap kali air bah setiap kali pantai berubah

Ahad, Ogos 09, 2009

Keutamaan Yang Tidak Seimbang

Aku terima pekeliling kerajaan berkaitan pemberian kmudahan alat komunikasi yang keluarkan oleh kerajaan. Anatara lain kerajaan telah bersetuju untuk memberi kemudahan pembelian alat komunikasi serta pembayarab bil kemudahan tersebut kepada pegawai kerajaan. Tahniah kerana kerajaan telah menyedari akan keperluan tersebut. 10 tahun lalu aku pernah mencadangkan kepada pengarah aku di Penang untuk membekalkan alat komunikasi (pada masa itu CLIE) bagi tujuan memudahkan kerja dilapangan dan mengurangkan masa bertindak dan laporan tetpi Jabatan tidak ada kewangan - alasannya

6 Tahun lalu setelah sistem MMS dan GPRS di perkenallkan di Malaysia aku sekali cadangakan kepada Jabatan untuk memberi sedikit peruntukkan pegawai bagi memudahkan merreka melanggan sistem tersebut agar mudah pegawai dilapangan menyalur maklumat kepada ptasan semasa menjalankan siasatan. Cadangn aku tidak di endahan sebab pengarah tidak tahu keujudan pekara tersebut lalu aku gunakan kaedah untuk menghantarkan gambar lawatan kepada beliau menggunakan GPRS dan MMS- alasannya tiaa peruntukan peraturan.

Beberapa pekeliling perbendaharaan dikeluarkab berkaitan perkara ini seperti
Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 4 Tahun 2009
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2009 - Peraturan Mengenai Kemudahan
Alat Komunikasi Mudah Alih

Peraturan pemberian alat komunikasi

Dengan arahan ini aku rasa kerajaan telah melangkah kearah sedikit kemajuan walaupun SEDIKIT LAMBAT ini patut di ucapkan tahniah. Tapi telah aku baca dengan teliti akusedar rupanya pekeliling tersebut hanya untuk pegawai peringkat profesional. Hah satu lagi pemberian yang tidak membawa apa-apa keuntungan. Persoalan aku kenapa pgapangkat sedemikian perlu diberi kemudahan pembilan HP dan langganan sevice telekomunikasi.

Bukankah pegawai sedemikian sentiasa berada dipejabat? Siapakah yang sentiasa berada di lapangan? Siapakah yang perlu menggunakan sistem komunikasi untuk menghubungi sesorang? Siapakah yang perlu menyalurkan maklumat dalam keadan segera? Bukankah pejabat pegawai lebih mudah menghubungi atau dihubungi menggunakan alat komunikasi sedia ada spt talepon dan komputer?

Aku bukan berdengki tetapi aku rasa ianya tidak mencapai kepada matlamat sebenar pekelililng. Sebenarnya peralatan telah boleh diperolehi oleh semua kaitangan terutama yang berpendapatan tinggi tapi kenapa perlu diberi kemudahan kepada mereka yang kurang memerlukan
?

Khamis, Ogos 06, 2009

Polisi Kerajaan

Di Malaysia kita ada lebih kurang 28 buah kementerian dan hampir dua ratus Jabatan yang biasanya dipertanggungjawabkan bagi menjalankan tugas serta melaksanakan objektif serta polici Kerajaan. Setiap Kementerian tersebut akan menyeriakan polisi masing-masing. Tapi siapakah yang membuat polisi tersbut? sapakah yang melaksanakannya?

Aku dalam Jaatan kerajaan kekadang aku sendiri keliru bagaimana polisi disediakan dan bagaimana ianya hendak dilaksanakan. Sering menjadi kekeliruan disebabkan polisi kementerian tidak selaras dengan polisi jabatan-jabatan dibawahnya. Aku sering melihat & mendengar tentang pertelagahan (walau tidak teruk) anatara jabatan tentang tugas masing mamsing.

Setiap Jabatan mungkin tidak jelas tentang fungsi dan objektif polisi tersebut disediakan akhirnya jabatan tersebut mengariskan polisi sendiri yang kadang kala berbeza dari yang disediakan oleh Kementerian. Satu persoalan lagi mungkin setengah jabatan tersebutu merasakan polisi terseb tidak selaras dengan objektif pembentukan jabatan tersebut.

Ini yang mengelirukan...adakah:
Jabatan perlu mengikut polis kementerian atau
kementerian perlu mengikut polis Jabatan.

Ahad, Ogos 02, 2009

Tunjuk Perasaan Jalanan

Mungkin ada sesuatu yang kita tidak suka dengan sistem pentadbiran kerajaan sekarang dulu atau akan datang tapi, aku juga merasakan ada sesuatu yang perlu di perbaiki dalam sistem tersebut. Aku memilih dengan cara ini untuk menceritakan apayang aku rasakan walaupun aku tahu cara ini mungkin kurang berkesan kerana kerajaan tidak akan melihat Blog ini, sekurang-kurangnya dengan cara ini aku tidak akan menyusah kan sesiapa atau merosakkan nama baik akku sertara aku

Yang menjadi masalah dan tidak disukai mungkin 'satu' atau 'seorang' tetapi kenapa balasanya dter atau dibalas kepada semua. Apakah kita merasakan kita lebih berkuasa dari yang ESA sehingga ingin membalasnya dengan menghukum manusia yang lain. Jangan jadi MELAYU BODOH yang menurut perintah tanpa berfikir baik buruknya. Aku bukan alim ulama yang boleh mengeluarkan fatwa, tapi aku pegang pada satu hadith rasulullaha (saw)... "TIDAK AKAN BAU SYURGA SESEORANG ITU YANG MEMPUNYAI WALAU SEBESAR BIJI SAWI AKAN SIFAT TAKABUR".. wallahualam apa pengajarannya kalau kamu warak sekalipun kalau takabur dan bongkak ada dalam hati ... nahuzubillah fikirlah kan...

Merasakan diri terlalu besar , taksub dan bangga diri adalah berlawanan dengan sikap yang dituntut oleh islam dan ALLAH.
Bila dah buat salah dengan membuat rusuhan kemudian dibalas dengan tindakan setimpal kamu salahkan kembali pihak berwajib... adakah ini maksud perjuangan. Aku katakan bodoh orang yang amat bodoh berjuang tanpa tujuanyang merancang bebas makan minum dan sedap menghirup udara segar korang merengkok dalam penjara tanpa tujuan. Kemudian hebahkan anggota keselamatan bertindak kasar apa kejadah nak tunjuk simpati pada pengikut yang disumbat kedalam... aku nak tanya kenapa dia galakkan benda buruk tersebut dilakukan? kenapa mereka tidak bersama dalam rusuhan? kenapa mereka tidak berada dalam penjara? dah kamu buat salah terimalah habuannya ...

Tak kiralah siapa yang memerintah samada pas, umno, mic, dap.. polis tetap akan ada dan undang-undang tetap ada dan tindakan sama akan diambil sekiranya berlaku kenapa mesti menyalahkan orang yang menjalankan tanggung jawab. Mereka telah dibayar upah menjalankan tanggungjawab dari duit cukai yang dikutip dari kita. Kalu mereka tidak melakukan pasti adayang persoalkan makan gaji buta lebih teruk lagi akan dipersoal diakirat nanti. Yang ada dalah JAIL tu ingatlah yer ..surah al baqarah yang bermaksud.
"...aku turunkan bala bencana atas perbuatan manusia itu sendiri agar dia insaf..."

Wahai orang melayu dan orang Malaysia sedarlah berpuluh tahun kita hidup aman.. jangan ketidak samaan fahaman politk kita jadikan medan peperangan sehingga kita tidak sedar pemusuhan kita tidak menguntungkan kita sendiri sebaliknya individu. Politik bukan dijalan-jalan raya di tempat awam... politik ada tempat perjuangannya

BODOH sangat BODOH.. konon berjuang ryat.. tapi merosakkan rakyat.
Bodoh sangat Bodoh.. Baling batu sembunyi tangan
Bodoh memang bodoh.. berjuang untuk mengubah perlembagaan tapi bukan diparlimen

TAPI YANG PALING BODOH YANG MENGIKUT DIBELAKANG TAPI TAK TAHU APA PADAHNYA DIBELAKANG HARI... YANG TAK TAHU APA AGENDA TERSEMBUNYI .. DAN YANG TIDAK TAHU APA KEGUNAANYA...

PELAJARILAH SEJARAH...

NAK JADI JEBAT atau NAK JADI TUAH?
Dua dua nama besar terkenal hingga kini.
Satu memperjuangkan nasib sahabat kerana kecewa dianaiya dan seorang berjuang kerana taat.

Kedua-duanya hilang dari dunia tetapi yang malaun dan perosak bangsa masih bermaharajalela...

Kaedah Kaurantin Selsema Babi

Hari ni dilaporkan kes kematian ke6 berlaku yang disebabkan oleh virus H1N1 di negeri Johor ini menunjukkan wabak tersebut telah merebak dan munkin boleh dikatakan ditahap membimbangkan. Sebab semasa aku belajar dulu , sekiranya wabak telah menyebabkan kematian, peringkat ini akan dianggap sebagai membimbangkan.

Apa yang ingin aku coretkan adalah pengalaman aku semasa di Pulau Pinang, satu masa dulu sewaktu diserang wabak JE. Aku telah menaggotai JK yang ditubuh mengawalselia wabak di peringkat daerah (taklah besar sangat). Semasa perbentangan kertas tindakan, seorang pegawai memaklumkan penyakit/ virus tersebut telah dikesan 5-6 bulan lebih awal sebelum wabak berlaku dan kes pertama jangkitan pada manusia telah dikesan 3 bulan sebelum wabak di ishtiharkan. Semasa perbentangan tersebut juga aku dapati pihak yang membentangkan kertas tersebut belum cukup pengalaman serta belum bersedia menangani wabak tersebut. Oleh kerana masa itu Jawatan aku adalah rendah berbanding pegawai lain aku tak berani untuk mempersoalkan kaedah yang dicadangkan. Walau bagaimanapun aku ada mempersoalkan kaedah pelupusan babi yang dicadangkan kerana ianya benar berada dibawah pegawasan Jabatan aku.

Pihak betanggungjawab mencadangkan kaedah bunuh dan bakar di satu kawasan, dimana lubang besar dikorek dan semua babi akan dilepaskan ke dalam lubang kemudian ditembak. Selepas mati bangkai babi itu akan dilapisi dengan kayu dan dibakar. Aku mempersoalkan kepada yang berwajib, sekiranya berlaku hujan apakah tindakan selanjutnya? dan dengan kuantiti ribuan ekor babi bolehkan dipastikan semuanya terbakar? Jawapan yang aku terima... "sekiranya berlaku masalah kita akan fikirkan kemudian..."

Sekarang berlaku sekali lagi, wabak selsema babi dah hampir 2 bulan sejak pertama kali di kesan di negara barat. Dalam masa negara luar sedang sibuk mencari lagkah kawalan, Kita masih ... "dlm peringkat terkawal". Dua minggu lalu sebuah sekolah di Sarawak, 15 pelajarnya dikesan positif H1N1 tetapi yang aku hairan sekolah ditutup dan pelajar lain diarah pulang kemudian aku terbaca juga di Maktab perguruan dan UITM juga dikesan dan pelajar diarah pulang dan 'sekolah' juga ditutup.

Ini bukan kaedah sebenar yang patut di jalankan. Sepatutnya bagi tujuan kawalan sekiranya satu kes dikesan dikawasan tertentu, keseluruhan kawasan terpaksa dikaurantin. Melepaskan mereka pada masa yang sama sebenarnya memberi risiko merebak kerana virus biasanya akan 'membiak' didalam 'perumah' dalam tempoh 48 jam -7 hari, selepas masa inkubasi tersebut baru mangsa akan menunjukkan simtom penyakit. Pembawa virus mungkin nampak sihat dan pada masa yang sama sekiranya dibenarkan bebas akan menyebabkan penyebaran tanpa tiketahui. .

Dalam hal ini mungkin Kerajaan tidak boleh dipersalahkan secara 100 % tetapi sebenarnya sikap individu itu merupakan penyebabnya. Setiap individu dari peringkat tertinggi sehingga peringkat yang paling rendah. Sikap yang penting diri sendiri, sikap tidak mahu bertanggungjawab, sikap yang degil dan perasaan simpati. Mahu bersikap tegas tetapi ada yang akan memberontak, ingin memberi arahan ada yang tidak mahu bertanggung jawab dan sikap.. "sekiranya berlaku masalah kita akan fikirkan kemudian..."


Walau bagaimanapun sebagai rakyat aku rasa kerajaan patut tegas:
Sikap lebih tegas bagi mengarahkan langkah kawalan yang sesuai.
Menyediakan plan tindakkan yang lebih terperinci dan terang.
Membentuk Jawatan kuasa menangani gejala diperingkat wal wabak dikesan sebelum ia merebak ke peringkat yang lebih teruk.