Sabtu, April 16, 2011

Satu pagi dihari Pilihanraya DUN Sarawak



 Ini video aku ambil dari you tube menunjukan suasana pilihan raya di Sarawak.  Keadaan di Sarawak lebih baik kalau dibandingkan dengan pilihanraya di Semenanjung.  Kalau di Semenanjung hampir dengan pilihan raya lagi banyaklah pergaduhan yang kita dengar tapi di Sarawak ni cuma ada insiden kecil sahaja.  Tapi buka intu yang hendak aku ceritakan


Hari ni, di pagi semua orang bising nak mengundi di Sarawak ni aku dengan isteri membuat keputusan untuk turun ke pasar awal takut nanti pasar akan ditutp kerana orang keluar mengundi.  Aku keluar pada jam lebih kurang 6.30 pagi.  Sampai di Pasar Hari, Satok terkejut aku tengok dah ramai orang menjaja dan menjual keperluan.

Aku di sapa oleh seorang penjaja, " Abang tak mengundi?"  Aku hanya tersenyum dan memaklumkan pekedai itu aku orang 'Melaya' (perkataan merujuk kepada Semenanjung).  Aku bertanya pula kepadanya, "Kitak sik mengundi?".  Di ajawab dengan panjang lebar.

"Kalau pembangkang menang atau kerajaan menangpun kita tetap sama.  Dia orang yang kaya kita kat bawah ni bergaduh sesama kita.  Siapa pun yang menang masalah kita belum tentu dia orang nak dengar atau nak tolong kecuali masalah itu terkena batang hidung mereka atau keluarga mereka sendiri".

Aku tersenyum mendengar penjelasan pekedai tersebut sekali dengar pekedai ni memang boleh digolong kepada orang yang rugi tapi kalau didengar penjelasanya memang ada benarnya.  Apa tujuan pilihan raya dan pemilihan wakil rakyat yang sebenarnaya?  tapi berapa banyakah masalah rakyat yang didengar atau 'didendangkan di Parlimen'?

Aku tertanya juga kalau wakil rakyat dipilih sepatutnya mewakili rakyat tetapi kenapa masih ada yang bermasalah?  Masih ada orang yang susah tetapi tidak terjaga?



Sememangnya YB yang terpilih tidak mampu untuk mencari dan memeriksa seluruh pelusuk kawasan dan negeri bagi mencari masalah tetapi kenapa tidak ada saluran disediakan untuk mencapaikan pekara tersebut kepada wakil yang terpilih?  Sekiranya ada saluran kenapa pekara tersebut tidak sampai ke telinga atau pena YB?  Pasti ada kesilapan atau kepincangan dalam struktur penyampaian tersebut atau saluran yang sedia ada hanya berminat atas pekara yang menguntung diri sendiri dan bukan orang ramai.

Jadi secara tidak langsung aku bersetuju dengan pandangan pekedai tersebut.  Memang patut beliau berpandangan sedemikian setakat ini kita hanya mendengar cerita di parlimen dan DUN hanya berbincang pekara remeh temeh dan bukan yang penting sangat tentang rakyat.  Kalau tak caya dalam google search cuba tulis Parlimen Malaysia cuba dengar isu yang diutarakan lebihbayak pekara berkaitan kepentingan Politik di bahaskan dan bukan isu kepentingan negara dan rakyat kalau adapun hanya digembar gembur bagi mendatangan keuntungan politik dan individu sahaja.


Search more info here
Custom Search

Sabtu, April 09, 2011

Stratergi Samudera Biru Saranan Najib

Search more info here
Custom Search

Baru-baru ini Datuk Sri Najib mengumumkan berkaitan stratergi baru kerajaan di kenali sebagai Samudera Biru.  Sebenarnya Samudera Biru bukan satu tajuk  baru tetapi merupakan satu tajuk buku yang diedarkan di pasaran dalam tahun 2007 (kalau tak silap).  Kawan aku memaklumkan dalam buku tersebut menceritakan kaedah pengurusan terbaru dengan mengabungkan atau meningkatkan kerjasama bagi mencapai objekfif sesuatu organisasi.


Sebenar isu pertindihan tanggungjawab telah diperbincangkan antara kakitangan awam, tapi yerlah kami hanya berbincang di peringkat kedai kopi dan tidak mampu membawanya ke peringkat yang lebih tinggi.  Mungkin kerajaan mula perasan bagaimana kos kerajaan dapat dikurangkan dengan bantuan penjatuan tanggungjawab serta penyatuan fungi Jabatan.

Tahukah kita semua ada berrapa kementerian dan berapa Jumlah agensi kerajaan yang ada di bawah setiap kementerian? (periksa disini) .  Cuba bayangkan begitu banyak Jabatan dan agensi pasti ada diantara Jabatan tersebut mempunyai fungsi yang sama atau hampir sama.

Sekiranya ada yang sama apasalahya kalau ianya disatukan,  contohnya Jabatan Alam Skitar,  Jabatan Pembentungan, Jabatan Pengurusan Buangan dan juga agensi kerajaan negeri seperti pihak berkuasa tempatan seakan mempunyai fungsi yang hampir sama.

Unit, agensi dan Jabatan ini semuanya berjalan secara berasingan mempunyai arah tuju yang berbeza serta mempunyai perancangan peruntukan yang berbeza.  Sekiranya setiap agensi diberi peruntukan sebanyak RM 1000 bagi menjalankan objektif tersebut sekiranya digabungkan menjadi 1 unit pasti peruntukan tersebut meningkat kepada RM 4000.

Walaubagaimanapun masalahnya ialah mencari  kaedah penyusunan dan pelaksanaan.  Masalah yang utama aku rasa akan dihadapai adalah bagaimana nak menyatukanya.  Adakah kita perlu penstrukturan semula Jabatan-Jabatan serta Agensi-Agensi tersebut.  Sekiranya secara berasingan bagaimanakah penilaian serta komunikasi antara pegawai berkuatkuasa?

Khamis, April 07, 2011

Kita Rakyat Malaysia Kurang Sensitif


Hari ini aku terpaksa membawa anak aku ke Klinik Tanah Putih, Kuching, Sarawak kerana dia mengalami sedikit kecederaan. Waduh susah sekalii aku nak dapatkan parking, 2-3 kali aku pusing tak juga aku jumpa last aku park je tepi kilang. Masuk dalam klinik tu fuh yoooo! Ramainyer........ Tapi alhamdullilah layanannya memang TIP TOP aku puas hati walau ada dua tiga orang pelanggan yang komplain pasal parking.
Tapi bukan itu yang hendak aku perkatakan tapi isunya mungkin orang ramai tak berminat dan aku yakin korang pun tak ambil pot. Aku sempat ambil gambar cuba korang 'nangga':




Ada korang nampak kesalahan yang berlaku disini? Pasti japanya tidak kan? Emmm memang iada salah kerana pihak Klinik tersebut mengamalkan konsep 3 R, tapi bukan begini caranya. Ini telah salah, silap dan bahaya. Bekas yang digunakan ini sebenarnya telah di sediakan khas bagi tujuan penyimpanan bahan berbahaya (bio hazards) dan bekas tersebut tidak boleh digunakan semula sehubungan itu bekas ini secara langsung tidak boleh digunakan bagi tujuan 3R.

Perbuatan ini bukan sahaja menjadi kesalahan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia malah aku yakin ianya juga menjadi kesalahan dalam garispanduan pengurusan klinik serta hospital yang juga dikuatkuasakan oleh Kemeterian Kesihatan sendiri.

Walau pun bekas itu belum pernah digunakan lagi ianya juga tidak sesuai kerana ianya membei pendidikan negatif. Sekiranya orang awam apatah lagi kanak-kanak yang melihat pekara ini pasti akan menganggap ianya tidak menjadi sebarang masalah sekiranya mereka terjumpa bahan yang benar-benar berbahaya di dalam bekas yang serupa diamasa atau tempat yang lain. Apakah kesudahanya?
Siapakah yang patut bertanggung jawab?

Khamis, Mac 31, 2011

Bab 3 : Nilai kepimpinan



Di dalam tunggak 12 atau amalan intergriti digariskan nilai kepimpinan seperti syura, berani dan adil.  Inilah sikap yang patut ada pada pemimpin dan kakitangan awam yang bakal menjadi pemimpin.  Tetapi ketiga-tiga nilai ini sukar dimiliki oleh kakitangan awam  kalau adapun mungkin salah satu dari sikap tersebut.  Ini yang biasanya menyebabkan kekurangan  atau kelemahan di dalam Jabatan kerajaan.

Terdapat dikalangan kakitangan yang berani tetapi keberanian mereka sering di salah ertikan oleh pihak atasan.  Kerapkali pendapat yang diterbitkan oleh kakitangan bawahan disalahertikan tiada sebarang perbincangan untuk mengupas pandangan menyebabkan keputusan gagal menjadi adil dan saksama.

Aku percaya ramai yang tidak akan menerima pandangan aku ini, apatah lagi mereka yang berada di kalangan pengurusan tertinggi tapi  jika itu benar ianya telah membuktikan apa yang aku perkatakan ini.  Aku sendiri telah mengalami pekara ini dan aku tidak gentar dengan apa yang ingin aku bawa tetapi aku merasa amat kecewa dengan keputusan pengurusan tertinggi aku dan ada yang mengatakan aku akan di senarai hitamkan atas tindakan aku mengutarakan pandangan yang berlawanan dengan peandangan pihak pengurusan (periksa blog yang lalu) tapi aku peduli kerana pandangan aku semua orang tidak sempurna dan kita perlu menegur tapi teserahlah kalan nak terima atau tidak.

Di jabatan

Pengurusan Sumber Manusia (PSM)

Search more info here
Custom Search

Pengurusan Sumber Manusia (PSM)


Dalam sistem pengurusan, PSM juga lebih dikenali sebagai Human Resorce Management yang mana di bawah PSM ini terbahagi kepada beberapa bahagian lain yang terdiri diantaranya :
1. Penjawatan dan tanggung jawab.
2. Pengajian
3. Komunikasi
4. Keselamatan dan kesihatan
5. Latihan
6. Pengurusan kerjaya

Itu adalah element asas dalam pengurusan sumber manusia yang terdapat d dalam sistem pengurusan syarikat atau organisasi yang berjaya. Kekurangan element dalam pengurursan boleh menyebabkan sistem tidak berfungsi dengan sempurna dan boleh menyebabkan kerugian kepada organisasi itu sendiri. Apa bila terdapat elemen yang pelbagai ini, maka ianya perlu disusun dan diselenggara dengan rapi bagi mencapai objektif oraganisasi tersebut. PSM juga perlu kuat sejak awal penubuhan sesuatu organisasi atau syarikat serta akan berubah mengikut perubahan objektif organisasi tersebut.

Di dalam konsep pengurursan juga akan meletakan satu cabang pengurusan yang agak penting di bawah PSM iatu Pengurusan Personel. Walaupun ianya nampak seakan menjalankan tugasan yang sama tetapi penekanannya lebih kepada pengurusan kakitangan berkaitan tugasjawatan. Pengurusan personel ini telah digunakan sekian lama dalam sistem pengurusan lama. Konsep pengurusan personel biasanya ringkas berbanding PSM iaitu “ADA KERJA ADA GAJI”. Di peringkat ini, kebiasaanya diketuai oleh pegawai yang boleh di kenali sebagai Mandur atau supervisor.

Dalam Sistem Pengurusan Sumber Manusia dalam organisasi yang besar ianya sangat-sangatlah kompleks sebagai contohnya di Jabatan Kerajaan. Dari kepada kementerian kepada Jabatan dan seterusnya ke peringkat bahagian serta cawangan. Walaubagaimanapun sekiranya semua ini tersusun dengan baik pasti ianya menjadi sesuatu yang unik dan baik. Tetapi dalam kebanyakan pengurusan di Jabatan Kerajaan lebih menumpukan kepada sistem Pengurusan Personel dan tersalah tafsir kepada PSM.

Aku yakin sekiranya pihak pengurusan tertinggi di Jabatan Kerajaan membaca hasil tulisan aku ini tidak bersetuju, tapi itulah sebenarnya berlaku. Tetapi yang pasti ianya belaku bukan pada semua tetapi sebahagian dari Jabatan sahaja. Cuba kita kaji sama ada organisasi kita memenuhi syarat PSM yang baik dengan menggunakan kaedah yang di cadangkan oleh MAMPU melalui PKPA atau lebih ringkas kalau kita kaji menggunakan perinsip berikut:

Organisasi
Organisasi dapat didefinisikan sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai matlamat syarikat atau organisasi. ini juga menjelaskan unsur-unsur yang perlu ada di dalam sesebuah organisasi iaitu satu unit sosial, penyatuan usaha, dan hubungan individu dengan individu yang lain.
  1. Sesebuah organisasi dibentuk seharusnya melambangkan identitinya tersendiri dengan itu ianya perlu mempunyai individu yang berkelayakan serta berkemampuan untuk menjalankan fungsi serta objektif organisasi itu sendiri
  2. Organisasi juga perlu menunjukan perbezaani hierarki atau tingkat autoriti. Ini penting bagi membezakan bertanggung-jawab dan memudahkan individu berkomunikasi dengan ketua-ketua mereka yang berada pada peringkat yang lebih tinggi lagi.
  3. Di dalam sesebuah organisasi, terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis pekerjaan atau bahagian yang diwujudkan atau juga dikenali sebagai ‘Job Spesifikasi’.
  4. Bagi menentukan aktiviti organisasi supaya berjalan dengan lebih teratur seperti yang dirancangkan, ia memerlukan sistem pengawasan, penyelarasan dan pengawalan ke atas perjalanan aktiviti. Dengan

Selasa, Februari 08, 2011

Intergriti isu ...Disalahkan, penjawat awam...


"Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr Mohd Tap Salleh berkata kebanyakkan daripada kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan itu berpunca dari-pada ketidakcekapan penjawat awam dan bukan disebabkan penyelewengan.

Berikutan itu, kerajaan te-lah melaksanakan satu ka-edah iaitu Pek Integriti bagi membendung gejala penyelewengan yang mungkin berlaku di kalangan penjawat awam amnya.

“Laporan dalam negara menunjukkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sehingga mencecah RM28 bilion setahun atau lebih disebabkan terlebih bayar kos pembelanjaan dalam pengurusan penjawat awam   ... baca lagi "
 Aku terbaca artikel ini di dalam akhbar terbaharu di Sarawak... sekali aku baca aku sakit hati bila ia menyebut berkaitan penjawat awam dan intergriti.  Mulanya aku beranggapan tidak adil sekiranya setiap kali berkaitan penyelewengan di tujukan kepada kakitangan awam.  Macamlah semua kakitangan awam ni buruk, busuk dan tiada maruah.  Jumlah yang disebutkan juga bukan sedikit....

Tapi setelah aku berulangkali baca  "Laporan dalam negara menunjukkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sehingga mencecah RM28 bilion setahun atau lebih disebabkan terlebih bayar kos pembelanjaan dalam pengurusan penjawat awam....."  aku memang setuju kerana ini juga yang aku lihat dari dalam tempurung JABATAN KERAJAAN.  Ini jugalah yang aku maksudkan di dalam blog aku yang sebelum ini.


Terlalu banyak di suapkan kepada orang atau pemegang Jawatan Tertinggi di dalam struktur organisasi Kerajaan.  Gaji dah besar kemudian disuapkan lagi dengan pelbagai jenis elaun tak cukup dengan itu menggunakan lagi kemudahan yang ada dalam jabatan  walaupun elaun-elaun itu diterima.  Bila kakitangan bawahan membuat tuntutan melebihi RM 40 - 50 dikatakan tidak berintergriti tetapi kalau 'mereka-mereka' ini bagaimana?

Cuba lihat pekeliling berkaitan penggunaan telepon bimbit ini.  Tujuan yang di gariskan:
  1. Penggunaan telefon bimbit untuk pegawai dan kakitangan adalah sebagai satu kemudahan di dalam melaksanakan tugasan rasmi harian. Selaras dengan peredaran zaman, kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi adalah satu medium yang penting bagi meningkatkan sistem penyampaian Kerajaan.
  2. Sehubungan itu, Kerajaan te1ah membenarkan pegawai dan kakitangan tertentu dibekalkan dengan te1efon bimbit beserta talian atau talian sahaja untuk sebarang urusan rasmi. Walau bagaimanapun, penggunaan telefon bimbit ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang ditetapkan.......
Yang aku hairan mereka yang diberi elaun untuk membeli handphone ini adalah mereka yang ber'gred' 44 dan keatas sehingga JUSA. bukankah mereka ini dahpun mempunyai pendapatan tinggi nan mampu membeli Handphone dan bil  kenapa  perlu diberi keistimewaan begini lagi, lagipun mereka ini bukan berada di lapangan yang memerlukan perhubungan segera.  Yang amat memerlukan perkhidmatan tersebut adalah mereka yang berjawatan rendah yang sentiasa berada di lapangan yang perlu menghubungi segera sekiranya keadaan memerlukan.
Disini kita sudah dapat kita lihat bagaimana kepincangan yang berlaku,  yang sentiasa berada dipejabat dan mempunyai ekses telepon serta komputer untuk berhubung diberi lagi kemudahan sedangkan mereka yang memerlukan di lapangan...."belarilah cari pondok telepon".  Apa nak dikata, yang merancang adalah orang berpangkat tinggi semestinya dibuat segalanya untuk kepentingan diri mereka sendiri dan bukan untuk kepentingan negara ataupun kerajaan (pada fikiran aku yang bodoh nilah) ..... bila sebut intergriti semua tunding jari kepada kakitangan awam rendah ..(macam aku)

Yang peliknya dalam artikel ini ia menyebut Penjawat Awam kurang enaklah rasanya sebab kerana nila setitik habis susu sebelanga... atau sebab seorang ketiak busuk habis satu lift kena menikmatinya.