Ahad, November 11, 2012

Adakah Polisi Kerajaan Kita Berjaya?

Assalamualaikum...
Mohon maaf sekiranya nukilan aku kali ini menyakiti hati sesiapa, sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan buruk itu adalah kesilapan aku sendiri.  Apa yang aku choretkan ini adalah berdasarkan pandangan dan pengalaman aku sendiri sama samlah kita bincangkan.

Aku suka perbandingkan antara Malaysia dengan Jepun.  Adakah polisi kerajaan di Malaysia benar-benar berjaya?

Aku teringat satu ketika dulu bila Proton menandatangani kerjasama dengan Mitsubishi,  ketika itu aku tertanya kenapa negara maju seperti Jepun sanggup berkongsi ilmu dangan negara yang baru membangun.  Segi  keuntugan aku nampak tiada apa yang lebih menguntungan Jepun dari  yang akan diterima oleh Malaysia dengan perjanjian tersebut.

Setelah aku berpeluang ke Jepun baru aku sedar... POLISI DI JEPUN SANGAT KOMPLEKS DAN SANGAT TERSUSUN.  Polisi kerjaan yang dibuat bukan sekadar diatas kertas tetapi berdasarkan penyelidikan yang sangat mendalam.  Maklumat serta data yang diperolehi memang sangat tepat dan terperinci dan sukar untuk dipertikaikan.

Aku suka mengambil contoh kisah Proton dan Mitshubishi kerana  .. aku baru nampak kenapa jepun dan mitsubishi  bersetuju memindah teknologi automobil ke Malaysia.  Jawapanya mungkin disebabkan teknologi yang dipindahkan itu adalah teknologi lama.  Pelupusan teknologi lama oleh Mitsubisi sebenarnya akan menyebabkan industri sampingan (vendor) untuk Mitsubishi akan terpaksa berkubur bersama teknologi Orient ketika itu.

Dengan adanya Proton industri sampingan bagi teknologi engin orient masih boleh diteruskan sementara waktu.  Tahukah kita berapakah kos yang diperlukan oleh industri kecil yang menjadi supporting kepada teknologi enjin tersebut sekiranya dia ingin menukar teknologi baru?  Jadi dengan kehadiran Proton ketika itu industri hiliran bagi mitsubishi tidak berkubur terus dan masih boleh bertahan untuk mendapatkan penggantinya.

Di Malaysia ada polisi seperti apa bila sesebuah syarikat investor ingin menutup kilangnya dia perlu mendapatkan kelulusan dari Kementerian.  Sayang sekali bila polisi kita hanya melihat kepada banifits pekerja di kilang tersebut sahaja.  Polisi kita tidak  melihat kepada pekerja serta perniagaan yang dijalankan yang menjadi supporting yang turut terjejas jadi ianya tidak ada kesinambungan langsung berbeza seperti di negara maju.

Cuba kita ambil contoh sekiranya syarikat mutinasional seperti Intel, Smci atu Motorola memberhentikan operasinya.  Berapa ramaikah kakitangan mereka? Tidak menjadi masalah kerana kakitanganya akan terjaga dengan undang-undang tepi bagaimanapula dengan sup-con yang turut terlibat? syarikat pengangkutan yang terlibat? dan yang lain-lain lebih ramai yang akan teraniaya yang sebenarnya.

Satu lagi semasa di Jepun aku dapati kerajaan mengawal bilangan industri mega yang mempunyai proses sama.  Sebagai contoh satu industri berkaitan kitar semula bahan bernilai.  Bilangan industri sedemikian dihad mengikut daerah yang tertentu.  Sekali pandang polisi sedemikian membuatkan  menghadkan persaingan dan menganggu  kualiti servisnya.

Tapi tidak sebenarnya... malah ianya lebih berkualiti kerana indusrti mega sedemikian sebenarnya memerlikan modal yang besar.  Sekiranya persaingan yang banyak akan menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan bekalan dan bahan mentah.  Bila berlaku kekurangan bahan mentah akan timbul pula masalah kenaikan harga menyebabkan margin keuntungan yang rendah.  Ini akan menyebabkan pelbagai masalah lain yang akan timbul sekiranya dalam bidang Alam Sekitar pihak industri akan cuba mengurangkan kos yang mungkin menyebabkan persekitaran teraniaya.

Cuba bayangkan di Malaysia ada lebih kurang 50 buah premis yang menjalankan proses kitar semula sepenuhnya baik kimia maupun logam berharga.  Undang-undang dunia menghalang pengambilan bahan mentah (buangan) dari negara luar sehububgan dengan itu  Industri sebegini akan bergantung kepada bahan yang ada di Negara kita yeng tidak akan bertambah.  Kekurangan bahan mentah membuatkan harga meningkat dan peningkatan kos membuat keuntungan yang sedikit.  Persaingan sebegini sebenarnya mendatangkan banyak kerugian dari kebaikan

Polisi nagara kita perlu melihat pembangunan indusri perlu selaras dan berdaya maju.  Bilangan tidak membuktikan kejayaan tetapi kualiti sebenarnya yang dinilai.  Ada baiknya kalau kita membawa masuk industri berteknologi tinggi bersertakan teknologi sampingan bagi mengawal bahan buangan yang dihasilkan industri tersebut serta bilangan pemanggunan teknologi sampingan itu pula perlulah dihadkan.

Search more info here
Custom Search
Search more info here
Custom Search

Selasa, November 06, 2012

Kenaikan Gaji dan Kualiti Kerja

Sesuatu yang mengembirakan kakitangan kerajaan baru-baru ini apabila Datuk Sri Najib mengumumkan kenaikan gaji dan diikuti pemberian bonus.  Ini sememangnya di nanti-nantikan kesemua kakitangan awam khususnya yang berjawatan rendah atau lebih dikenali sebagai kaki tangan sokongan.  Dalam masa yang sama terdengar rungutan beberapa pihak yang mengulas dan mengutuk kenaikan tersebut.  Alasan yang biasa di gunakan ialah "KERJA TIDAK SEBERAPA TAPI MAHUKAN KENAIKAN GAJI DAN BONUS" atau "QUALITI KERJA TIDAK SEBERAMA BAYARAN NAK TINGGI"

Aku sebagai seorang kakitangan awam sedikit sebanyak bersetuju dengan ungkapan tersebut kerana aku sendiri merasakan benda yang sama TETAPI bukan semua kakitangan awam yang tidak 'efficient'.  Tapi sebagai kakitangan aku merasakan pihak awam janganlah sekali-kali menyalahkan kekitangan awam sepenuhnya kerana ada kepincangan di dalam sistem kita sendiri.  Sebelum aku mengulas panjang aku ingin menceritakan sedikit pengalaman aku ketika menjalani kursus berkaitan Jabatan di Jepun pada tahun 2008.  Selepas aku melawat negara tersebut baru aku sedar mengapa mantan Perdana Menteri Malaysia Tun pernah melancarkan  kempen Pandang Ke Timur.

Ada kelakuan orang Jepun yang  aku kira agak pelik semasa lawatan aku tersebut ketika aku dalam mebuat perjalanan menuju tapak lawatan bersama peserta lain aku menemui beberapa pekara yang luar biasa.  Aku menjalani kursus di JICA Yokohama menuju Kyoto.  Yang pelik bagi aku ketika itu ialah  penganjur membawa kami ke tapak lawatang dengan  hanya menggunakan sistem pengangkutan awam dan berjalan kaki.  Ini amat  berbeza dengan negara kita, penganjur akan berusaha untuk menyewa kenderaan yang selesa dan mahal.

Ketika aku melewati deretan kedai dan restoran makanan Jepun aku melihat beberapa orang lelaki dan perempuan berdiri ditepi jalan sambil memakai papantanda bertulis perkataan yang aku tidak faham.  Aku memerhati sahaja seketika sehingga seorang kordinator kursus perasaan lalu menegur aku.  Bila di soal kordinator aku hanya menjawab sebahagian dari mereka itu sebenarnya sedang dihukum dan sebahagian lagi mungkin sedang di'raging' jawapanya mnembuat aku terdiam memikirkannya.

Ketika aku  hendak masuk ke setesen keretapi satu lagi fenomena yang sukar ditemui di Malaysia.  Ketika itu aku melihat seorang lelaki sedang bercakap menggunakan pembesar suara ditengah-tengah medan yang kosong tanpa sesiapapun yang sedang menonton atau mendengarnya.  Beribu orang yang lalu lalang buat tidak endah.  Aku terus menaiki kawasan menunggu keretapi sebelum ketibaan keretapi aku sempat lagi menjenguk  kebawah dan ketika itu aku mendapati sudah ada beberapa orang yang sedang bersila dihadapan lelaki yang sedang berucap itu.  Keordinator yang bersama aku terus menerangkan lelaki  itu adalah seorang lelaki yang cuba untuk memasuki bidang politik dan sedang cuba mencari penyokongnya.

Satu lagi keadaan yang mengejut aku bila melihat seorang parking attendent yang sedang bertugas dalam cuaca yang sejuk.  Di parking lot yang amat besar itu aku  lihat hanya ada 3 orang bertugas.  Atendant akan berganti-ganti menjaga lalu lintas baik di luar malah di bahagian dalam parking lot.  Cuba anda fikir ketika keadaan peak bagaimana sibuknya lalu lintas tetapi 3 atendent ini berlari-lari mengambil giliran menjaga lalu lintas serta menyusun kenderaan.

Satu pengalaman yang lebih menakjubkan telah berlaku ketika jamun perpisahan kursus diadakan.  SAtu insiden berlaku menyebabkan Sake yang di jamu telah tumpah ke atas director JICE.  Ketika itu aku lihat semua orang bergegas hendak mencuci pakaian director yang dibasahi Sake.  Bagi kita, kejadian sebegini menunjukan orang Jepun kuat bodek, tetapi kordinator aku yang perasaan terus datang menerangkan kepada aku membuat aku terkejut

Katanya dalam bahasa melayu....

Orang Jepun tidak sama seperti orang Malaysia.  Orang  Malaysia akan menganggapkan ianya sebagai mengampu tetapi orang Jepun  menganggapkan dia sebagai satu penghormatan.  Orang Jepun tidak percaya pada ampuan tetapi lebih mementingkan usaha.  Direktor JICE seorang yang bermula dari peringkat bawah (juruteknik makmal) dan pengalaman dan pengetahuanya membuatkan dia dinaikan pangkat menjadi direktor.  Pengalaman dan pengetahuanya membuatkan dia dihormati semua kakitangan bawahan.  Di Jepun kami sanggup berusaha untuk berjaya tanpa mencari jalan mudah demi kerjaya yang dipilih.

Ungkapan tersebut membuat aku tersedar ada perbezaan antara prinsip kehidupan di Jepun dan di Negara kita.  Kalau di negara kita tiada siapa yang sanggup berdiri tengah sejuk hanya menerima hukuman atas kesilapan menjalankan tugasan di tempat kerja.  Tiada siapa juga akan sanggup berlarii kehulu ke hilir  hanya hendak menjaga lalu lintas ketika menjaga parking.  Tapi kenapa...?

Jawapanya  kerja atas dasar KERJAYA dan bukan sekadar MAKAN GAJI.  Di negara kita semua menganggap menjadi kakitangan awam adalah sebagai 'kuli rakyat' (kata Pak Lah) atau public servan.  Kalau dah jadi kuli kitatidak sepatutnya minta lebih dari apa yang diberi.  Tapi dari pandangan pihak pekerja buat apa kerja lebih kalau kita akan tetap berada di tahap yang sama walau bagaimana bagus dan kreatifnya kita ini.  Ini akan membuat kakitangan awam menjadi lemah semangat atau 'demotivated'.

Benar adanya kenaikan pangakat tapi cuba anda fikirkan persoalan:

  1. Siapakah yang menjalankan tugas utama dalam sesuatu jabatan kerajaan.
  2. Berapa banyakkah kenaikan pangkat yang boleh diterima oleh seorang kakitangan sokongan.
  3. Sejauh manakah seorang kakitangan sokongan boleh meningkat dalam kerjaya
Walupun memang telah ada ruang KPSL untuk meningkatkan kerjaya kakitangan sokongan ke peringkat profesional tetapi sebenarnya ia jarang berlaku terutama di Jabatan aku.  Kalau adapun yang dinakan pangkat akan dianggap sebagai pegawai kelas kedua.  

Pada pandangan aku ini semua berlaku disebabkan keegoan pegawai pangkat tertinggi yang lebih mementingkan kelulusan dari kebolehan, pengalaman dan ilmu yang ada pada kakitangan tersebut.  Polici kerajaan lebih mengutamakan kelulusan sebenarnya menjadi penyumbang kepada kualiti tugasan yang kurang berkesan.  Sebagai contoh mengambil kakitangan fresh graduate untuk jawatan profesional sebenar mendatangkan risiko besar kerana kurang pengalaman dan menyebabkan perasaan yang kurang senang dengan pegawai yang lebih berpengalamn tetapi kurang kelulusanya.

Pembukaan minda pihak kerajaan dengan memberi ruang berdasarkan kredibiliti, pengalaman membolehkan kakitangan awam merancang serta membina kerjaya yang lebih baik serta dengan sendiri membuat kakitangan lebih bermotivasi serta berusha untuk maju kehadapan.


Jumaat, Disember 30, 2011

New look at new year

Bold glossy luscious hair

Brief: RM60 instead of RM169 for Full Hair Coloring + Hair Treatment at Top & Loving Hair Studio, Dataran Sunway [64% OFF]

Usher in the brand new year with a new look! Give your hair a new colour at Top & Loving Hair Studio. Be bold, vibrant, subtle or experience a whole different colour shade.

Get professional hair colouring services from experienced hair stylist and you’ll also receive treatment to make your hair healthy and glossy, just like em’ Vidal Sassoon models!

Tell your friends about this deal and be rewarded with every purchase they make through your link.

get your coupon here....
Get the perfect hair colouring services and treatment by #topnloving #milkadeal

Search for more here.....
Custom Search
Search more info here
Custom Search

Ahad, Ogos 28, 2011

Kakitangan awam dapat ganjaran lapor rasuah

Satu cadangan baru yang hebat diperkatakan dalam menangani masalah rasuah dan meningkatkan intergriti pasukan keselamatan serta jabatan kerajaan.  Ada kebaikan dan kesan kepada program menangani masalah rasuah serta ketidak tentuan halatuju program NKRA tersebut.

Ada beberapa pekara yang aku rasa menjadi kekangan bagi kakitangan awam untuk mendedahkan pekara berkaitan rasuah.  Antara isu yang sangat ditakuti oleh kakitangan awam adalah isu keselamatan diri atau keluarga kakitangan awam itu senndiri.  Sepanjang perkihidmatan aku selama 15 tahun terdapat beberapa cerita yang menakutkan aku walaupun tiada bukti yang kukuh tetapi ianya tetap membimbangkan.

Antaranya seorang pegawai kastam yang engan menerima rasuah menjalan siasatan penguatkuasaan di jeti telah dipukul menyebabkan ianya koma dan rakanya patah tangan dan kaki.

Kisah kedua seorang pegawai kastam juga telah disimbah asid kerana juga enggan menerima rasuah.

Kisah ketiga seorang pegawai JPJ (wanita) yang tidak mahu menerima rasuh telah didatangai tonto di rumah.  Di ganggu adalah anakanaknya di rumah.

Segi cerita kerana hanya tidak mahu menerima.  Kalau kita laporkan bagaimanakah mereka ini sanggup lakukan.  Memang boleh membuat laporan kepada pihak Polis , bolehkah polis mengawal rumah , anak bini kita serta diri kita 24 jam dan 365 hari?  Pesalah kecil mungkin tidak hairan lah tapi kalu kes yang melibatkan penjenayah anatarabangsa dan jenayah terancang sememangnya merka mempunyai organisasiyang juga kukuh.

Kisah Tan Beng Hock juga menjadi satu cerita yang menggerunkan kepada mereka yang hendak melaporkan kejadian rasuah.  Tan Beng Hock adalah seorang saksi dan bukan seorang OKS tapi kenapa sehingga terjatuh?  Ia kelihatan seperti satu tekanan yang tidak tertahan sehingga menyebabkan beliau bertindak diluar batasan.  Aku tak mau ulas sebab aku tak tahu kejadian nanti jadi fitnah tapi yang aku tahu cerita dua orang kakitangan Jabatan aku yang pernah melaporkan cubaan rasuah lebih 15 tahun yang lalu.

Sepulangan mereka dari pejabat BPR terus menyumpah dan kata mereka sumpah taubat aku takan laporkan lagi kejadian cubaan merasuah lagi dan bila ditanya... jawabnya....
Soal siasat saksi lebih kurang menyoal seorang persalah sehingga menepuknepuk meja.  Siap menuduh lagi aduan dibuat kerana jumlah ditawar itu kurang dari yang dikehendaki.

Cerita sebegini yang sentiasamenakutkan orang awam serta juga kakitangan awam.  Sekiranya kerajaan dapat mengubah kaedah dan tatacara pelindungan serta siasatan mungkin akan membantu dan bukan sahaja dengan GANJARAN.  Wang bukan segalanya tetapi keselamatan diri dan keluarga adalah utama.  Mungkin pemberian senjata kepada kakitangan penguatkuasa adalah satu langkah baik bagi melindungi diri dan menyediakan tempat kediaman dikawasan terkawal seperti di kem tentera tu.

Sekarang telah ada akta perlindungan saksi tapi adakah ia boleh terpakai kepada kakitangan awam?  tak mungkin kerana ianya hanyalah untuk orang awam.  Bagi aku lebih baik aku elakkan kejadian daripada aku mengadaikan keselamatan diri dan keluarga aku biarpun ganjaranya 2-3k sekalipun.. tapi kalau satu juta mungkin aku pertimbangkan kerana mungkin boleh lari keluar negara..atau buat biz besar kemudian gajikan pengawal peribadi...


http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0430&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm
http://cuepacs.blogspot.com/2010/06/cuepacs-syor-naikkan-pangkat-gaji-jika.html


Search more info here
Custom Search

Pemohonan Zakat Amat susah dan menyusahkan lagi gelap....

Aku terbaca satu e-mail yang memperburukan sistem pengurusan pengagihan wang zakat... agak menarik kerana aku juga ada mendengar rintihan beberapa 0rang kenalan aku. Ini ada kaitan dengan isu serbuan JAIS ke gereja kristian dan beberapa orang Islam yang telah murtad. Aku tak mau komen pasal murtad tapi hanya berkaitan isu Pengagihan Duit Zakat atau bantuan tabung zakat.

Seorang kawan aku asal dr Sg. Petani bekerja di Kuching dan berkahwin dengan seorang wanita keturunan Jawa Sarawak, anak kepada imam. Sewaktu aku hendak menandatangani borang potongan gaji untuk zakat pendapatan dia berkata,"abang lebih baik abang cari orang miskin dan bayar terus zakat tu kepada mereka." pelik aku terus bertanya kenapa. Jawab dia sungguh beremosi,"Bapa mertua saya kata tak guna bayar ke tabung zakat sebab ramai orang yang memerlukan membuat pemohonan tak dapat sebaliknya orang yang entah apa latar belakangnya dapat pula."
Takut kalau-kalau kita nak buat ibadah tapi akhirnya tiada apa yang kita perolehi. Katanya itulah pesan bapa mertuanya. Tapi aku fikirkan aku adalah orang luar yang bertugas di Kuching mana aku kenal sesiapa yang benar-benar boleh menerima zakat tu... jadi lebih baik aku bayar kepada lembaga zakat aja.

Beberapa bulan kemudian seorang kakitangan pejabat aku mengeluh kerana anaknya dapat memasuki universiti awam di Pahang. Berjawatan sebagai 'PION' dia tak mampu. Abang yang berumur 54 tahun tersebut nampak agak gusar lalu aku memberi pandangan.. "Abang jom kita cua mohon di tabung zakat."... Dia gelak agak besar jugak katanya Mi takyahlah ...dah dua kali pergi mohon pertama kali isi borang pastu hantar borang kata tiada pengesahan YB, cari YB.. tak de...pass tu cari lagi last dia kata tak layak.... tak sakit hati ke..?

Cerita ini ada kaitan dengan e-mail yang aku terima.. Kata e-mail tersebut beliau telah menemuramah mereka yang terlibat dalam murtad di gereja di Bangsar Selangor. Katanya salah satu sebab memohon jabatan agama islam dan zakat banyak rintangan dan susah.. Pegi gereja senang je dapat....

Jika benarlah ulasan email atau pengarangnya memang ada benarnya kalau di seragamkan dengan cerita yang aku debgar ini. Aku agak hairan kenapa berlaku sedemikian? Pungutan telah dimudahkan senang aja dengan potongan gaji dan sebagainya tapi kenapa pengagihan menjadi amat sukar? Kemana sebenarnya wang itu pergi? bagi yang tak faham mesti menganggapnya hilang entah kemana... Yang sering kita dengar bila musim perayaan sahaja diagihkan tapi hari lain bagai mana?

Zakat dah jadi macam politik pula... takut aku nak komen ni tapi itulah apa yang kita rasakan masa kini. Elok diubah sikit method yang sedia ada agar tidak berulang. Kenapa pihak gereja dengan mudah sangat keluarkan wang sedemikian tapi kita ...?

Forum berkaitan:
  1. http://tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=19900&start=120
  2. http://empayar-14.blogspot.com/2010/01/zakat-di-malaysia-mainan-para.html
  3. http://www.islamituindah.my/perkara-sebenar-ketika-pemeriksaan-jais-di-gereja-beserta-bukti 
  4. http://abunaiem.wordpress.com/2007/03/08/agihan-zakat-mufti-selangor-kecewa-dengan-mufti-perlis/


Prosedur memohon bantuan Selangor.
Kaedah pemohonan bantuan negeri Kelantan.
 Asnaf zakat / Orang yang boleh menerima








Search more info here
Custom Searc