Ahad, Februari 28, 2021

ADA PULAK YANG CORONA NI TIPU?

 Abah .. ramai yang kata penyakit ni tipu.

"Apasal pulak?" jawab aku

Tengok tahun lepas hanya berapa puluh je orang yang kena tapi kalini sampai ribu," sambung bini aku. "Dalam facebook ramai yang tulis kata bilangan pesakit tu tipu nak bagi takut supaya orang ambik vaksin dan vaksin tu sebenarnya bukan ubat," terangnya lagi

"la.. memang vaksin tu bukan ubat," jawab aku pendek.

Jenoh juga aku nak bagi tahu bini aku tentang Corona Virus,  lepastu teori conspirasi Yahudi dan vaksin.  Dalam tu juga timbul pulak persoalan ujian swab serta PKP.  Kalau nak jelaskan pekara ini kepadaa seorangpun dah susah bagaimana nak jelaskan kepada rakyat?  Apatah lagi dalam ramai-ramai rakyat Malaysia mesti ada segelintir yang terlebih pandai atau yang jenis tidak mau terima penerangan, golongan yang sengaja menimbulkankeraguan.

Macamana dia tahu bilngan akan turun dalam bulan tertentu?

Dah buat Swab test mestilah banyak yang positif kalau tak buat mesti tiada penambahan!

Lagipunmana ada ubat buat apa ke hospital.

Vaksin tu cimpaan Yahudi yang boleh mengawal manusia seluruh dunia. 

baiklah hari ini aku cuba menulis sedikit mengenai virus dan vaksin mengikut pengetahuan aku.  kebetulan aku ada sedikit pengetahuan mengenai 'benda allah' ini.  Kebetulan juga 25 tahun dulu aku ada belajar sedikit mengenai virus dan kemudian praktikal di Institud Medical Research (IMR).  Pada masa itu tempat aku belajar hanya mampu membuat analisa virus jenis T4 sahaja walaupun masa tu telah banyak virus yang diketahui.

Secara amnya Virus adalah makhluk yang paling kecil selepas bakteria, yis,  protoazua dan lain lain.  Hidupan satu sel dan tidak memerlukan makanan.  Sistem pembiakan hidupan lain memerlukan sistem DNA dab RNA tetapi virus hanyaada RNA

Ini adalah virus Aids 

HIV/AIDS Symptoms, Signs, About Virus, Infection, Transmission, Treatment -  Ashray 

 dan ini pula adalah virus Corona virus

Coronavirus & COVID-19 Overview: Symptoms, Risks, Prevention, Treatment &  More

Dalam kajian virologi,  hampir semua virus akan mempunya binaan seperti crown atau sesungut sebenarnya kegunaanya adalah untuk melekat pada sel perumah.  Setiap sesungut tersebut hanya akan melekat pada sel khas sahaja dan tidak pada sel lain.  Contohnya coronavirus hanya melekat pada sel paru paru sahaja dan tidak pada sel lain.

Selepas melekat pada sel berkaitan virus ini akan memasukan RNA ke dalam sistem sel perumah.  RNA atau rebunukleik asid merupakan bahan penting dalam sistem repoduksi.  RNA virus akan mengambil alih RNA perumah menyebabkan salinan DNA cell perumah bertukar menghasilkan virus baharu. Katalain sel perumah yang akan menghasilkan virus baharu.  Ini adalah salah satu sebab kenapa  tempoh inkubasi virus lebih lama.

Vaksin pulasatu kaedah bagi menghalang pembiakan atau menghalang serangan virus pada sel perumah.  Ada vaksin dihasilkan berasas kepada halangan kepada penyantuman antena virus dan sel perumah,  ada juga dihasilkan berasaskan ketahanan RNA ataupu serangan kepada sel virus sendiri.

Pada zaman aku belajardulu diketauhi virus yangmenjadi punca kepada penyakit akan dilemahkan secara kimia atau fizikal dan sel yang lemah ini adalah dikenali sebagai vaksin.  Yang perlu diingat vaksin bukan ubat tetapi menaikandaya tahan kepada virus yang specifik.  Zaman telah berubah maka kaedah sekarang mungkin telah berbeza dan ada pelbagai cara.

cukup untuk kali ini saya akan cuba ceritakan berkaitan pekara lain pula dalam kiriman saya yang akan datang

 

Search more info here

Custom Search

Sabtu, Februari 27, 2021

CORONAVIRUS

Sudah bertahun lamanya aku nak menulis dalam blog aku ni dan blog ini juga terbiar tanpa pengawasan dan pemantauan.  Semalam baru masuk line unifi jadi hari ni bolehalh untuk terus aktif semula.  Sebelum  ini aku ada menulis sedikit berkaitan CORONA VIRUS atau penyakik COVID -19 ni. Hasil tulisan aku semasa itu agak kosong kerana   tiada banyak rujukan yang boleh dibuat masa itu.

Pada hari ini 26 Feb 21, menurut data WHO telah direkodkan sebayak  lebih 15 juta penduduk  dunia dijangkiti virus ini.  Virus ini pada mulanya telah ditemui pada tahun 1920 tetapi tidak  menyerang manusia ketika itu.  Nama CORONA ini merujuk kepada bentuknya yang mana membawa maksud crown dalam bahasa greek.

Virus ini sebenarnya mempunyai bentuk menyerubpai virus penyebab penyakit bahaya seperti SAR, Merc dan juga virus penyebab selsema biasa.  Cronavirus berkemungkinan telah melalui mutasi dan menjadi strain yang lebih berbahaya.

Seluruh dunia bersetuju virus ini telah mula dikesan di sebuah daerah Yu HAN di China.  Walaubagaimanapun siasatan masih dan sedang dijalankan bagi memastikan asal usulnya.  Kerajaan negeri China sendiri tidak mengaku atau bersetuju dengan pandangan tersbut.  Para saintis berpandangan dengan mengesan punca yang tepat akan memudahkan lagi kajian mencari ubatanatan yang sesuai mengubati Convid-19 ini.

 

Search more info

Custom Search

Selasa, Januari 28, 2020

Coronvirus dan N-coV

Apa itu Cronovirus

Virus jenis ini telah lama ujud tetapi sebelum ini lebih banyak menyerang haiwan seperti ayam, lembu dan sebagainya.  Terlalu kurang atau sangat jarang menyerang manusia walaupun sebelum ini ada juga kes yang membawa maut tetapi bilanganya sangat sedikit.

Virus ini menyerang bahagian penafasan. Virus ini unik sedikit kalau manusia dan haiwan lain yang kompleks agen pembiakanya adalah DNA.  Bagi virus berbeza, ianya organisma primitif membiak menggunakan RNA.  Bagi membiak virus perlu melekat pada cel yang tertentu (perumah) kemudian menyuntik rna ke dalam sel perumah mengantikan sistem pembiakan sel perumah menghasilkan virus.

Untuk kes di China,  Cronovirus ini masih belum diberi nama tapi buat masa di panggil N-coV.  Simptom yang dipamirkan sama seperti penyakit spt MERS, SARs, H1n1 dan common cold.

Buat masa ini tiada vaksin yang dihasilkan walaubagaimanapun hospital di china memaklumkan mereka berjaya merawat pesakit menggunakan ubatan bagi pesakit aids.

Elakan diri dari kawasan kepadatan tinggi, elak juga kawasan berisiko tinggi.  Jaga kesihatan dan bersihkan diri.  Semoga Allah melindungi kita semua.


Search more info here
Custom Search

Jumaat, Oktober 09, 2015

Sejauh mana pandangan Agensi diterima?

Aku baharu sahaja di pindah dari Sarawak de Semenanjung dan kini aku ditugaskan di unit pembanggunan di Jabatan.  Ini kali pertama aku menerima tanggung jawab di Bahagian Pembangunan berbeza dengan tugas-tugas aku sebelum ini.  Perbezaan sangat ketara dan aku disini baru 9 bulan dan banyak yang aku pelajari.

Tugas di bahagian pembangunan bagi aku mempunyai cabaran tersendiri dari bahagian penguatkuasaan sebelum ini.  Dulu bila kita berhadapan dengan industri kata-kata lebih mudah diterima apatah lagi bila kita bercakap tentang peraturan dan akta tetapi sekarang pelanggan kita kita berbeza.  Pelanggan kita adalah agensi kerajaan dan mungkin adlah dikalangan orang yang mempunyai kuasa membuat keputusan untuk Negeri.

Menjelaskan kepada orang tidak mahu faham sangatlah susah.  Tamparan paling hebat bila kita pula dikatakan tidak memahami masalah mereka.  Kita faham mereka perlu memikirkan kepentingan pembangunan tetapi mereka-mereka ini tidak faham kita juga ditempat yang sama cuma berbezanya ruang lingkup tugasan kita agak berbeza.  Mereka memekirkan pendapatan tetapi Jabatan aku mementingkan keseimbangan dalam semua bidang termasuk kepentingan generasi akan datang.

Manakah lebih penting dari keseimbangan kehidupan generasi akan datang?


Search more info here
Custom Search

Rabu, Oktober 30, 2013

Penambah baik perkhidmatan awam

 Assalamualaikum..

Tak lama dulu kita dengar program penambah baikan perkhidmatan Polis dan sebelum itu ada juga penambah baikan Skim Perubatan, ternetra dan Guru mendapat perubahan yang sama.  Baru-baru ini ada penjumutan perkhidmatan Juruteknik dan penambah baikan perkhidmatan tersebut.  Dalam Budget terbaharu ini telah diumumkan  81 Perkhidmatan akan ditambah baik dan Pekeliling tambah baik perkhidmatan awam dikeluar dalam bulan November 2013.

Aku merasa pelik juga,  dalam Kerajaan Malaysia terdapat lebih kurang 250 skim perkhidmatan  kenapa hanya 81 sahaja yang akan ditambah baik? Sekiranya diambil kira jumlah perkhidmatan yang telah di tambah baik sebelum ini tinggal lagi kurang lebih 190 skim yang masih menunggu jauh perbezaanya. Semua kakitangan diskim  tersebut sedang menanti  'bagai kakitangan awam didepan TV ketika budget' atau bagai menunggu buah yang tak gugur.  Kenapa  kerajaan hanya mengumumkan 81 perkhidmatan akan ditambah baik.

Aku cuba semak akhirnya aku berjumpa dengan jawapanya.  Mungkin tidak tepat dapi ada kemungkinana.  Jumpah skim perkidmatan bagi jawatan pengurusan & professional adalah 84 dan sekiranya di tolak jumlah yang telah di tambah baik sebelum ini jumlahnya lebih kurang 81.... jadi?????

Lu pikirlah sendiri siapa yang dapat...





Search more info here
Custom Search

Tiada Perubahan / Penambahan Elaun

Assalamualikum..
Lama aku tidak menulis disini tapi hari ni aku terpanggil untuk memberi secebis coretan berkaitan isu tengah panas dibahaskan diantara kakitangan awam.  Ye ianya ada kaitan dengan pembentangan baudjet yang baru lalu.  Rata-rata kita dengar di  media TV mengatakan mereka telah berpuas hati dengan pembentangan tersebut tetapi sebenarnya ada juga dikalangan PEMIKIR KECIL yang sebenarnya sedang bertelagah mengeluarkan andaian-andain yang ada'relevan'nya dengan isu semasa.

Aku berterima kasih dengan kerajaan yang telah bersusah payah mengeluarkan budget sedemikian yang terpaksa membuat timbangan dan ukuran bagi memuaskan hati lebih 26 juta rakyat.  Mungkin beratus atau beribu jam diperuntukan bagi menjayakan badget tersebut.  Sebagai kakitangan awam aku hanya berminat dalam isu yang berlingkaran dalam lengkaran kerja aku sahaja.  Memang benar aku rakyat Malaysia dan semua yang dibentangkan adalah juga hak rakyat macam aku tetapi hari ini aku hanya boleh komen apa yang  terlibat dengan aku secara langsung.

Perihal bonus aku tidak akan komen sebab sebagai 'anak' berapa juga 'ayah'nya beri kita patut bersyukur tapi aku gusar berkaitan perkara yang lain-lain.  Isu berkaitan penambah baikan perkhidmatan dalam Kerajaan.  Tiada penerangan berkaitan elaun perumahan, COLA, dan lain-lain.  Aku berkhidmat di Kuching dan Wilayah asal aku adalah Pulau Pinang.  Aku hampir di istihar bankrap bila aku berpindah ke Sarawak.  Aku datang bersama anak dan bini aku keluaga aku kini seramai 7 orang.  Gaji aku yang hanya RM 3600 dan seorang bekerja wah... marilah cuba datang ke Sarawak kalau cakap besar boleh manage.

Jumlah elaun aku terima tambahan adalah RM 900 dan korang tahu berapa harga sewa rumah di Kuching? Rumah dengan 3 bilik mencecah RM 800 kecuali di luar kawasan (agak jauh) kos barangan tak payahlah aku nak bicarakan. Berbaki lagi RM 200 dan baki itulah yang terpaksa di gunakan untuk menampung perbezaan  kos hidup di Sarawak.  Tak malu aku katakan disini ada masa-masa tertentu aku dan keluaga terpaksa bergantung kepada mee segera.

Dengan anak yang sedang membesar dan sedang belajar wah aku dan keluarga ku sebenarnya sengsara tapi kerana telah menangani surat aku janji tak boleh buat apa lah...cakap banyak pun tarak guna.  Rungutan aku pihak atasan untuk kembali ke Wilayah asal aku sering disambut dengan kata dua "kalau nak senang berenti kerjalah".

Seorang kawan terpaksa berpindah ke Bintulu lagi teruk.  Seminggu di sana  terus merungut apabila didapatinya sewa rumah mencecah RM 1000 dan satu hari belanja untuk sarapan makan tengahari  mencecah RM 15.00 elaun yang diterima adalah sama banyak dengan aku terima.  Dahlah bidang tugas terpaksa berada diluar pejabat selalu.

Tanpa penstukturan semula elaun ni memang yang berkhidmat di luar seperti kami akan sengsara.  Kadang kala cemburu dan sakit hati juga melihat  rakan di kampung halaman tapi apa hendak di kata kita ada jauh 'orang' datang sekali sekala jadi mestilah tak teringat akan beban kami ni.  Kalau bertanya dengan mereka yang berpangkat tinggi jawapanya pasti tidak sama.... sedih jugalah bila mendengar badget ari tu tapi  sudah ditakdirkan

Jadi jangan korang fikir jadi penjawat awam ni satu yang menyeronokan, terlalu banyak benda yang korang kena korbankan.

Wasalam


Search more info here
Custom Search