Rabu, Mac 03, 2021

Kroni atau kerja sama

Assalamualaikum semua.

Rasanya semua pernah dengar isu kroni.  Ramai yang marah bila dipecah gemburkan kisah syarikat sipolan menjadi kroni utama dalam pembangunaan negara.  Katanya segala projek mega akan diperolehinya. Kita yang dok kedai kopi pun turut merungut.

Soalan yang selalu ditanya ;
Keluarga dan adik beradik dia sahaja yang nak kaya?
Kita orang kampung dapat apa?
Dia dapaat juta kita dapat apa?

Soalan panas yang kita selalu dengar di pondok  atau kedai kopi tempat orang kampung bekumpul sambil bermain dam haji.  Orang politik mana yang berkuasa mereka itulah yang akan dicap pengamal kronism. Dari projwk kecil motong rumput sampailah ke projek bina LRT atau  keretapi laju semua dia kaitkan kroni.

Ya aku setuju kalau kita lihat satu hala sahaja ,tapi adakah kita tidak rasa sebarang  hasil dari pembangunan itu. Aku taklah pandai ekonomi sangat tapi apa jua pembangunan mega akan tempias kepada swmua orang 

Ya ada oarang yang mendapat untung yang banyak dari pembangunan tersebut tapi ada yang dapat tempiasnya.  Yang tempias ni tak sedarpun tapi semua dah nikmatinya lama.

Pernah kita terpikir  syarikat yang diberi tanggunjawab iitu  selalunya 'listed' dibursa saham. Kita tak tahu keuntungan syarikat ini dikongsi juga dengan ratusan pemegang saham. Jadi yang di harapkan oleh kerajaan, budaya memiliki saham dalam syarikat.

Kronism ni cuma gamilan ciptaan politik kononya menguntungkan satu pihak, tapi bila bertukar tangan sama juga diamalkan.

Marilah kita berusaha untuk majukan diri kita.  Tak usah fikirkan isu orang lain.  Mari kita cuba bangunkan diri kita sehingga  kita dapat membantu orang lain. Semoga Allah memberi rahmatnya kepada kita.

Banyak bantuan kerajaan sediakan., cepat kita ambil kesempatan ini. Belajar belajarlah dan terus belajar. Kalau kita tak mampu projek landasan lrt mungkin kita boleh menjadi pembekal screw atau sebagainya. Tak perlulah di ceritakan dikedai kopi.

Ini cuma pandangan aku sendiri 

Sekian.



Search more info here
Custom Search

Ahad, Februari 28, 2021

kerjaan Malaysia terlibat kospirasi?

Bismillahirhmanirahim,

Assalamualaikum semua, entah macammana aku terdengar tuduhan segelintir rakyat mengatakan kerajaan terlibat dengan teori konspirasi 'The Great Reset'.  Aku cuba cari dari mana benda ini bermula atau betulkah ianya berlaku.  Setelah cari di interner aku bertemu beberapa blog dan laporan mengenai pekara tersebut dan kebanyakan laporan bukan bermula dari Malaysia tetapi dari ngara Jiran.

Banyak penulis mengaikan pandemik cononavirus ini berkaitan dengan beberapa lagi isu besar diperingkat dunia.  Banyak penulis menyebutkan pandemik ada kaitan dengan pembangunan teknologi 5G dan keadaan ekonomi dunia ketika ini.  Selain itu, penghasilan vaksin Covid-19 ini juga dikaitkan dengan teori ini.  Diburukan lagi dengan kata-kata vaksin mengandungi chipyang boleh mengawal otak para manusia.

Aku mula mencari maklumat berkaitan pekara ini, betulkah ada chip yang boleh dimasukan dalam badan manusia dalam bentuk cecair? hasil pemeriksaan amat mengejutkan. Satu laporan akhbar tahun 2018, memaklumkan satu hasil pembangunan yang luar biasa.  Satu teknologi pembangunan module eletronik bolah dibangunkan dalam komposisi airdan bukan saja silicon. Penghasilan module eletronik dengan saik kecil iaitu bersaiz nano sesuai antaranya untuk digunakan pada manusia atau haiwan.  Para pencipta mencadangkan sebagai alat penyimpanan memori.

Ini dilanjutkan dengan pengenalan sistem Jaringan 5G yang mana dikatakan mampu mencuri maklumat peribadi penggunanya.  5G mula di gunakan pada awal tahun 2019 dan sistem perhungan melalui telepfon dan boleh mengawal peralatan lain penghasilanya sangat penting dalam industri perubatan, transportation, pendidikan dan lain-lain kerana kelajuanya. pembanggunan teknologi 5G akan membatu membagunkan sektor ekonomi dengan lebih keberuntungan.

Negara seperti US,Europe, Australia dan New Zealand telah menghalang penggunaan telepon berkeupayaan tinggi in iaitu 5G huawei beroperasi di negara-negara tersebut kerana dituduh mencuri maklumat pengguna serta maklumat ketenteraan  negara tertentu.  Walaubagaimanapun tiada sebarang bukti dalam pekaratersebut.

Dan akhir sekali belaku wabak pendemik Covid-19 di hujung tahun 2019 yang bermula dari satu daerah wuhan China.  Ada juga mengaitkan Coronavirus berpunca dari makmal kajian milik Kerajaan China (juga tiada bukti tepat).  Ada pada awalnya mengatakan diciptakan bagi membalas tindakan US dan negara europah yang pengharaman penggunaan google prisian di dalam Huawei.

 A young woman looking at a Huawei smartphone

Akhir sekali mengaitkan penghasilan vaksin covid-19 dengan chip kawalan otak yang dijual agar dapat disemak sebarang perbuatan rakyat.  Inilah perkaitan yang digembar gembur oleh blogger jiran.  Tapi kalau ditanya kepada aku adakah benda ini betul ?

Pembangunan teknologi itu adalah benar dan mampu melakukan sedemikian tapi tanya apakah keuntungannya kepada Kerajaan Malaysia melabur sedemikian tinggi hanya nak kawal rakyatnya? terpulanglah pada tuan puan.

Search more info here

Custom Search

ADA PULAK YANG CORONA NI TIPU?

 Abah .. ramai yang kata penyakit ni tipu.

"Apasal pulak?" jawab aku

Tengok tahun lepas hanya berapa puluh je orang yang kena tapi kalini sampai ribu," sambung bini aku. "Dalam facebook ramai yang tulis kata bilangan pesakit tu tipu nak bagi takut supaya orang ambik vaksin dan vaksin tu sebenarnya bukan ubat," terangnya lagi

"la.. memang vaksin tu bukan ubat," jawab aku pendek.

Jenoh juga aku nak bagi tahu bini aku tentang Corona Virus,  lepastu teori conspirasi Yahudi dan vaksin.  Dalam tu juga timbul pulak persoalan ujian swab serta PKP.  Kalau nak jelaskan pekara ini kepadaa seorangpun dah susah bagaimana nak jelaskan kepada rakyat?  Apatah lagi dalam ramai-ramai rakyat Malaysia mesti ada segelintir yang terlebih pandai atau yang jenis tidak mau terima penerangan, golongan yang sengaja menimbulkankeraguan.

Macamana dia tahu bilngan akan turun dalam bulan tertentu?

Dah buat Swab test mestilah banyak yang positif kalau tak buat mesti tiada penambahan!

Lagipunmana ada ubat buat apa ke hospital.

Vaksin tu cimpaan Yahudi yang boleh mengawal manusia seluruh dunia. 

baiklah hari ini aku cuba menulis sedikit mengenai virus dan vaksin mengikut pengetahuan aku.  kebetulan aku ada sedikit pengetahuan mengenai 'benda allah' ini.  Kebetulan juga 25 tahun dulu aku ada belajar sedikit mengenai virus dan kemudian praktikal di Institud Medical Research (IMR).  Pada masa itu tempat aku belajar hanya mampu membuat analisa virus jenis T4 sahaja walaupun masa tu telah banyak virus yang diketahui.

Secara amnya Virus adalah makhluk yang paling kecil selepas bakteria, yis,  protoazua dan lain lain.  Hidupan satu sel dan tidak memerlukan makanan.  Sistem pembiakan hidupan lain memerlukan sistem DNA dab RNA tetapi virus hanyaada RNA

Ini adalah virus Aids 

HIV/AIDS Symptoms, Signs, About Virus, Infection, Transmission, Treatment -  Ashray 

 dan ini pula adalah virus Corona virus

Coronavirus & COVID-19 Overview: Symptoms, Risks, Prevention, Treatment &  More

Dalam kajian virologi,  hampir semua virus akan mempunya binaan seperti crown atau sesungut sebenarnya kegunaanya adalah untuk melekat pada sel perumah.  Setiap sesungut tersebut hanya akan melekat pada sel khas sahaja dan tidak pada sel lain.  Contohnya coronavirus hanya melekat pada sel paru paru sahaja dan tidak pada sel lain.

Selepas melekat pada sel berkaitan virus ini akan memasukan RNA ke dalam sistem sel perumah.  RNA atau rebunukleik asid merupakan bahan penting dalam sistem repoduksi.  RNA virus akan mengambil alih RNA perumah menyebabkan salinan DNA cell perumah bertukar menghasilkan virus baharu. Katalain sel perumah yang akan menghasilkan virus baharu.  Ini adalah salah satu sebab kenapa  tempoh inkubasi virus lebih lama.

Vaksin pulasatu kaedah bagi menghalang pembiakan atau menghalang serangan virus pada sel perumah.  Ada vaksin dihasilkan berasas kepada halangan kepada penyantuman antena virus dan sel perumah,  ada juga dihasilkan berasaskan ketahanan RNA ataupu serangan kepada sel virus sendiri.

Pada zaman aku belajardulu diketauhi virus yangmenjadi punca kepada penyakit akan dilemahkan secara kimia atau fizikal dan sel yang lemah ini adalah dikenali sebagai vaksin.  Yang perlu diingat vaksin bukan ubat tetapi menaikandaya tahan kepada virus yang specifik.  Zaman telah berubah maka kaedah sekarang mungkin telah berbeza dan ada pelbagai cara.

cukup untuk kali ini saya akan cuba ceritakan berkaitan pekara lain pula dalam kiriman saya yang akan datang

 

Search more info here

Custom Search

Sabtu, Februari 27, 2021

CORONAVIRUS

Sudah bertahun lamanya aku nak menulis dalam blog aku ni dan blog ini juga terbiar tanpa pengawasan dan pemantauan.  Semalam baru masuk line unifi jadi hari ni bolehalh untuk terus aktif semula.  Sebelum  ini aku ada menulis sedikit berkaitan CORONA VIRUS atau penyakik COVID -19 ni. Hasil tulisan aku semasa itu agak kosong kerana   tiada banyak rujukan yang boleh dibuat masa itu.

Pada hari ini 26 Feb 21, menurut data WHO telah direkodkan sebayak  lebih 15 juta penduduk  dunia dijangkiti virus ini.  Virus ini pada mulanya telah ditemui pada tahun 1920 tetapi tidak  menyerang manusia ketika itu.  Nama CORONA ini merujuk kepada bentuknya yang mana membawa maksud crown dalam bahasa greek.

Virus ini sebenarnya mempunyai bentuk menyerubpai virus penyebab penyakit bahaya seperti SAR, Merc dan juga virus penyebab selsema biasa.  Cronavirus berkemungkinan telah melalui mutasi dan menjadi strain yang lebih berbahaya.

Seluruh dunia bersetuju virus ini telah mula dikesan di sebuah daerah Yu HAN di China.  Walaubagaimanapun siasatan masih dan sedang dijalankan bagi memastikan asal usulnya.  Kerajaan negeri China sendiri tidak mengaku atau bersetuju dengan pandangan tersbut.  Para saintis berpandangan dengan mengesan punca yang tepat akan memudahkan lagi kajian mencari ubatanatan yang sesuai mengubati Convid-19 ini.

 

Search more info

Custom Search

Selasa, Januari 28, 2020

Coronvirus dan N-coV

Apa itu Cronovirus

Virus jenis ini telah lama ujud tetapi sebelum ini lebih banyak menyerang haiwan seperti ayam, lembu dan sebagainya.  Terlalu kurang atau sangat jarang menyerang manusia walaupun sebelum ini ada juga kes yang membawa maut tetapi bilanganya sangat sedikit.

Virus ini menyerang bahagian penafasan. Virus ini unik sedikit kalau manusia dan haiwan lain yang kompleks agen pembiakanya adalah DNA.  Bagi virus berbeza, ianya organisma primitif membiak menggunakan RNA.  Bagi membiak virus perlu melekat pada cel yang tertentu (perumah) kemudian menyuntik rna ke dalam sel perumah mengantikan sistem pembiakan sel perumah menghasilkan virus.

Untuk kes di China,  Cronovirus ini masih belum diberi nama tapi buat masa di panggil N-coV.  Simptom yang dipamirkan sama seperti penyakit spt MERS, SARs, H1n1 dan common cold.

Buat masa ini tiada vaksin yang dihasilkan walaubagaimanapun hospital di china memaklumkan mereka berjaya merawat pesakit menggunakan ubatan bagi pesakit aids.

Elakan diri dari kawasan kepadatan tinggi, elak juga kawasan berisiko tinggi.  Jaga kesihatan dan bersihkan diri.  Semoga Allah melindungi kita semua.


Search more info here
Custom Search

Jumaat, Oktober 09, 2015

Sejauh mana pandangan Agensi diterima?

Aku baharu sahaja di pindah dari Sarawak de Semenanjung dan kini aku ditugaskan di unit pembanggunan di Jabatan.  Ini kali pertama aku menerima tanggung jawab di Bahagian Pembangunan berbeza dengan tugas-tugas aku sebelum ini.  Perbezaan sangat ketara dan aku disini baru 9 bulan dan banyak yang aku pelajari.

Tugas di bahagian pembangunan bagi aku mempunyai cabaran tersendiri dari bahagian penguatkuasaan sebelum ini.  Dulu bila kita berhadapan dengan industri kata-kata lebih mudah diterima apatah lagi bila kita bercakap tentang peraturan dan akta tetapi sekarang pelanggan kita kita berbeza.  Pelanggan kita adalah agensi kerajaan dan mungkin adlah dikalangan orang yang mempunyai kuasa membuat keputusan untuk Negeri.

Menjelaskan kepada orang tidak mahu faham sangatlah susah.  Tamparan paling hebat bila kita pula dikatakan tidak memahami masalah mereka.  Kita faham mereka perlu memikirkan kepentingan pembangunan tetapi mereka-mereka ini tidak faham kita juga ditempat yang sama cuma berbezanya ruang lingkup tugasan kita agak berbeza.  Mereka memekirkan pendapatan tetapi Jabatan aku mementingkan keseimbangan dalam semua bidang termasuk kepentingan generasi akan datang.

Manakah lebih penting dari keseimbangan kehidupan generasi akan datang?


Search more info here
Custom Search