Selasa, Februari 08, 2011

Intergriti isu ...Disalahkan, penjawat awam...


"Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr Mohd Tap Salleh berkata kebanyakkan daripada kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan itu berpunca dari-pada ketidakcekapan penjawat awam dan bukan disebabkan penyelewengan.

Berikutan itu, kerajaan te-lah melaksanakan satu ka-edah iaitu Pek Integriti bagi membendung gejala penyelewengan yang mungkin berlaku di kalangan penjawat awam amnya.

“Laporan dalam negara menunjukkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sehingga mencecah RM28 bilion setahun atau lebih disebabkan terlebih bayar kos pembelanjaan dalam pengurusan penjawat awam   ... baca lagi "
 Aku terbaca artikel ini di dalam akhbar terbaharu di Sarawak... sekali aku baca aku sakit hati bila ia menyebut berkaitan penjawat awam dan intergriti.  Mulanya aku beranggapan tidak adil sekiranya setiap kali berkaitan penyelewengan di tujukan kepada kakitangan awam.  Macamlah semua kakitangan awam ni buruk, busuk dan tiada maruah.  Jumlah yang disebutkan juga bukan sedikit....

Tapi setelah aku berulangkali baca  "Laporan dalam negara menunjukkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sehingga mencecah RM28 bilion setahun atau lebih disebabkan terlebih bayar kos pembelanjaan dalam pengurusan penjawat awam....."  aku memang setuju kerana ini juga yang aku lihat dari dalam tempurung JABATAN KERAJAAN.  Ini jugalah yang aku maksudkan di dalam blog aku yang sebelum ini.


Terlalu banyak di suapkan kepada orang atau pemegang Jawatan Tertinggi di dalam struktur organisasi Kerajaan.  Gaji dah besar kemudian disuapkan lagi dengan pelbagai jenis elaun tak cukup dengan itu menggunakan lagi kemudahan yang ada dalam jabatan  walaupun elaun-elaun itu diterima.  Bila kakitangan bawahan membuat tuntutan melebihi RM 40 - 50 dikatakan tidak berintergriti tetapi kalau 'mereka-mereka' ini bagaimana?

Cuba lihat pekeliling berkaitan penggunaan telepon bimbit ini.  Tujuan yang di gariskan:
  1. Penggunaan telefon bimbit untuk pegawai dan kakitangan adalah sebagai satu kemudahan di dalam melaksanakan tugasan rasmi harian. Selaras dengan peredaran zaman, kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi adalah satu medium yang penting bagi meningkatkan sistem penyampaian Kerajaan.
  2. Sehubungan itu, Kerajaan te1ah membenarkan pegawai dan kakitangan tertentu dibekalkan dengan te1efon bimbit beserta talian atau talian sahaja untuk sebarang urusan rasmi. Walau bagaimanapun, penggunaan telefon bimbit ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang ditetapkan.......
Yang aku hairan mereka yang diberi elaun untuk membeli handphone ini adalah mereka yang ber'gred' 44 dan keatas sehingga JUSA. bukankah mereka ini dahpun mempunyai pendapatan tinggi nan mampu membeli Handphone dan bil  kenapa  perlu diberi keistimewaan begini lagi, lagipun mereka ini bukan berada di lapangan yang memerlukan perhubungan segera.  Yang amat memerlukan perkhidmatan tersebut adalah mereka yang berjawatan rendah yang sentiasa berada di lapangan yang perlu menghubungi segera sekiranya keadaan memerlukan.
Disini kita sudah dapat kita lihat bagaimana kepincangan yang berlaku,  yang sentiasa berada dipejabat dan mempunyai ekses telepon serta komputer untuk berhubung diberi lagi kemudahan sedangkan mereka yang memerlukan di lapangan...."belarilah cari pondok telepon".  Apa nak dikata, yang merancang adalah orang berpangkat tinggi semestinya dibuat segalanya untuk kepentingan diri mereka sendiri dan bukan untuk kepentingan negara ataupun kerajaan (pada fikiran aku yang bodoh nilah) ..... bila sebut intergriti semua tunding jari kepada kakitangan awam rendah ..(macam aku)

Yang peliknya dalam artikel ini ia menyebut Penjawat Awam kurang enaklah rasanya sebab kerana nila setitik habis susu sebelanga... atau sebab seorang ketiak busuk habis satu lift kena menikmatinya.