Isnin, Mac 29, 2021

Adil dan Keadilan dalam undang-undang

 Assalamualaikum 

Siri Rahsia Basmallah: 'Hamzah Wasal' hilang dalam Bismillah ? | Jejak  Tarbiah 

Sesungguhnya  aku bukanlah pakar dalam undang-undang dan aku bukan lulusan dalam bidang perundangan tapi aku terpaksa menjalankan amanah Jabatan menjalankan kerja-kerja perundangan dan terpaksa menjadi Pegawai Pendakwa.  Sebagai pegawai pendakwa kenalah aku belajar sedikit sebanyak perundangan.

Ramai yang katakan undang-undang di tulis tidak adil dan menyebelahi setengah pihak, sebelum aku mulakan perkongsian ini aku nak bagi tahu sememangnya tiada undang-undang yang terbaik selain yang ditetapkan Allah.  Dialah maha pencipta dan maha mengetahui tidak seperti manusia yang menulis naskah, dibincang kemudian dibahas dan akhirnya diluluskan sebagai Undang-undang yang diwartakan. Hukum dan undang-undang Allah tertulis di dalam Alquran dan Hadith.


Islam pelopori kedaulatan undang-undang

 Undang-undang ini bukan sahaja menulis tentang kesalahan tetapi lebih tepat adalah garispanduan yang perlu dipatuhi atau ada juga menyebutnya sebagai satu polisi yang tertulis dan perlu dipatuhi.   Kita hanya tahu tentang kesalahan atau larangan bagi melakukan sesuatu kesalahan tetapi terdapat undang-undang yang mentukan cara penyiasat dan undang-undang cara hendak menuduh serta menghukum seseorang.

 Criminal Procedure Code (Act 593) – Pustaka Mukmin KL - Malaysia's Online  Bookstore

 Criminal Procedure Code atau Kanun Prosedur Jenayah disini lah bermula peraturan-peraturan penyiasatan serta perbicaraan ditulis.  Disinilah ditulis bagaimana sesuatu siasatan boleh dijalankan atau tidak boleh, apa yang boleh dilakukan atau apa yang tidak boleh dilakukan, siapa yang boleh melakukan dan siapa yang tidak.

Kadangkala kita hanya mengadu secara lewa seperti didalam facebook atau suratkhabar  atau sebagainya tetapi ia tidak mematuhi kehendak yang ditulis di dalam  CPC.  Pengadu sepatutnya datang ke pejabat dan memberi maklumat tentang aduanya dengan tepat.  Dengan mengadu secara tepat mengikut tatacara,  memang ada hak kepada pengadu untuk mendapat makluman secara lisan atau bertulis mengenai hasil siasatan tetapi sekiranya aduan tidak dipatuhi maka tiada maklum balas yang diberikan dan pengadu akan bising mengatakan aduanya tidak dilayan atau tidak diakmbil tindakan.

Adakah kita tahu seorang penghulu mempunyai kuasa untuk menangkap? Tahukah kita tahu cara menangkap juga telah ditulis dalam undang-undang?  tindak balas anggota Polis terhadap orang yang melawan ketika cuba ditangkap juga tertulis dalam undang-undang.  Bukan itu sahaja dimahkamah sehingga apa yang boleh diberi atau dicakapkan dalam mahkamah juga ditentukan di dalam undang-undang yang dinamakan Akta Keterangan. Sebagai seorang Hakim juga tertakluk kepada polisi/ peraturan/ undang-undang yang tertulis ini.   Jangan kata satu kes yang disiasat oleh mana-mana Jabatan berkaitan perundangan mudah untuk dibawa ke mahkamah dan di hukum.

" Punishment for theft 

Sek 379 Kanun Keseksaan

Whoever commits theft shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years or with fine or with both, and for a second or subsequent offence shall be punished with imprisonment and shall also be liable to fine or to whipping"

 sekiranya berlaku kecurian mesti ada pelaporan dan pelaporan mestilah tepat dimana, siapa, bila, bagaimana dsb.  Dari maklumat inilah berlaku penyiasatan dan penyiasatan adalah mengumpul maklumat dan dalam undang-undang disebut Fakta.  Fakta-fakta ini akan dibentangkan dalam mahkamah yang disebut pula sebagai bahan bukti.  

Dalam mengumpul dan membentangkan fakta dan bahan buktilah perlu pegawai penyiasat serta pegawai pendakwa kena berjaga keran di dalam mahkamah fakta-fakta itu boleh di tentang dan silap sedikit maka fakta serta bahan bukti tidak akan diterima dalam mahkamah.  Hasbab fakta terima maka hakim tidak akan menjatuhi hukum salah.

Benda sebeginilah pihak awam tidak faham, kadangkala memang "ada kes" siasatan dibuat dengan baik tetapi kesilapan minima boleh menyebabkan pesalah dibebaskan.  Disinilah kebiasaanya orang awam menyalah erti sebagai ketidak adilan.  Kita kena faham seorang Hakim adalah manusia dan memastikan hukuman yang saksama Mahkamah akan sentiasa memegang perinsip "membebaskan 10 orang pesalah lebih baik dari menghukum seorang yang tidak bersalah".  Ini membawa maksud penghakiman perlu teliti sebelum menghukum dan bukan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman.

Mencuri sati tin sadin dan mencuri seutas rantai emas bernilairibuan ringgit juga akan dituduh di bawah peraturan yang sama.  Di dalam undang-undang tiada perbezaan antaran nilai bagi kesalahan mencuri tersebut.  Walau bagaimanapun setengah-setengah perundangan ada memberi kouta yang berbeza.

 Lockup High Res Stock Images | Shutterstock

Search more info here

Custom Search

Tiada ulasan: