Ahad, Mac 14, 2021

PROSES MEMBUAT UNDANG-UNDANG

 Hari ni nak tulis perihal pengubalan undang-undang di Malaysia seperti yang tertera dalam Rukun Negara yang menjadi asas pembentukan Malaysia.  Keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.  Pada asas semua oarang  tahu apa itu Parlimen walau bagaimanapun sebahagian sahaja yang tahu apakah fungsi Parlimen.  Secara ringkas Parlimen adalah tempat undaang-undang persekutuan dibuatselain membahas polisi kerajaan dan meluluskan belanjawan.

Parlimen terbahagi dewan negara dan dewan rakyat  disinilah rang undang-undang akan dibentangkan dan dibahaskan.  Setelah dibahaskan barulah dibawa kepada yang di Pertuan  Agung untuk perkenanya, pekara semua ini telah diketahui semua tapi bagaimanakan undang-undang itu dibuat sebelum ianya di bawa ke parlimen.  Aku akan cuba tuliskan dengan bahasa kampung agar semua akan mudah faham.

 

Malaysiakini - Data tunjukkan parlimen tak sebebas seperti sepatutnya

Perlembagaan mmembahagikan kuasa kepada 3 bahagian iaitu Parlimen, Kabinet dan Mahkamaah. Semua undang-undang bermula dengan polisi.  Polisi disediakan oleh setiap kementerian dan kebiasaanya polisi akan dibentuk untuk kepentingan pihak awam.  Ianya mungkin terhasil dari keperluan awam yang mendadak serta kehendak antarabangsa.  Sebagai contoh isu semasa yang menjadi perbincangan hangat rakyat sehingga membawa kepada wakil rakyat dan mmenyebabkan satu undang-undang terpaksa digubal atau diubah.  Selain itu keputusan perbincangan peringkat antarabangsa yangmenkehendaki satu pembentukan undang-undang atau penambahbaikan sesuatu peraturan yang ada.

Kita sudah faham rang undang-undang di bahaskan dan diluluskan di Parlimen tetapi bagaimana satu undang-undang ditulis?  bukan satu pekarayang mudah untuk membuat undang-undang ini.  Melibatkan pelbagai pihak seperti Jabatan kerajaan, NGO, pakar teknikal, dewan bahasa , Jabatan Peguam Negara dan lain-lain.

Rang undang-undang boleh di ertikan sebagai menterjemahkan satu idea atau tanggapan kerajaan yang menyentuh oligasi, hak, kelakuan, rangka sosial dan liabiliti yang disusun menjadi undang undang.

Polisi atau dasar ini pula boleh di tafsirkan sebagai rancangan yang telah hdisusu dan ditetapkan.

Aku mengambil contoh bagaimana undang-undang Alam Sekitar di ujudkan pada peringkat awal.  Akta Alam Sekitar diluluskan di parlimen pada tahun 1974.  Sebelum itu satu konvension peringkat dunia telah diadakan dan hasil dari perbincangan mengenai pencemran serta perbentangan kes pencemaran di Negara Jepun, Malaysia telah menandatangan deklarasi penjagaan alam sekitar.  Malaysia ketika itu telah melihat kepentingan dalam menjaga alam sekitar serta keperluan pembentukan polisi dalam kerajaan demi mendapat grant pembangunan seta bantuan kepakaran.  Persidangan tersebut berlaku dalam tahun 1972.

Kerajaan tedak dapat membuat undang-undang terus hasil dari konvensyen tersebut.  Badan yang bertanggungjawab peringkat ini adalah kementerian dan tanggungjawabnya mengkaji dengan mendalam dalam perihal penjagaan alam sekitar.  Kementerian kemudian mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak seperti pihak NGO, Institusi pengajian, pihak yang terlibat (stakeholder).  Perbincangan khusus untuk melihat kepentingan serta kesan sosial, ekonomi, perlaksanaan dan lain.  Kumpulan ini selepas undang-undang diluluskan dinamakan Majlis Alam Sekitar.

Dari hasil perbincangan tersebut, pihak Kemeterian akan menyediakan draf undang-undang beserta surat arahan penhasilan rang undang-undang dan kepentingan serta alasan keperluan rang undang-undang tersebut.  Draft undang-undang akan diserahkan kepada pihak Jabatan Peguam Negara bagi tujuan penelitian.  JPN akan melihat segi faktor-faktor perundangan serta arahan yang dibuat.  Semua faktor akan dilihat termasuk penggunaan bahasa yang betul.  Setelah bersetuju baru pihak JPN mengeluarkan kelulusan.

Sebelum rang undang-undang yang diluluskan pihak JPN boleh di bawa ke parlimen, kementerian kerlu mengeluarkan Momarandum Jemaah menteri.  MJM ini perlu dikemukakan kepada semua jemaah menteri bersama salinan  rang undang-undang.  Setelah persetuju Notis pemberitahuan Rang Undang-undang diserahkan kepada setiausaha dewan rakyat dan dewan negara.

Langakah untuk membuat undang-undang bukanlah mudah seperti yang ramai fikirkan.  Seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling yang di maklumkan tadi hanya dapat diluluskan stelah hampir 2 tahun.  Jadi kita perlu fikirkan semula bila kita katakan undang-undang yang dikuatkuasakan sesuatu Jabatan tidak berguna.  Semua kepentingan negara sosial ekonomi dan lain-lain telahpun di kaji.  

Tapi perlu diingatkan undang-undang di dunia dibuat oleh manusia dan  sememangnya tidak sebaik ciptaan ALLAH yang maha kuasa.  Apayang dibincangkan ini sebenarnya belum habis lagi terdapat lagi beberapa langkah yang perlu dilalui sebelum undang-undang ini dapat di kuatkuasa.  Jika ada perluang saya akan cuba ceritakan lagi berkaitan sebutan pertama sehindda perkenan YDPA, insyaallah dan doakanlah kesihatan yang baik.  

Tulisan saya ini hanyalah untuk pengetahuan tetapi untuk pelajaran munkin tuan/puan perlu menkaji lebih mendalam lagi.

sekian.


Search more info here

Custom Search

Tiada ulasan: