Rabu, Mac 03, 2021

Kroni atau kerja sama

Assalamualaikum semua.

Rasanya semua pernah dengar isu kroni.  Ramai yang marah bila dipecah gemburkan kisah syarikat sipolan menjadi kroni utama dalam pembangunaan negara.  Katanya segala projek mega akan diperolehinya. Kita yang dok kedai kopi pun turut merungut.

Soalan yang selalu ditanya ;
Keluarga dan adik beradik dia sahaja yang nak kaya?
Kita orang kampung dapat apa?
Dia dapaat juta kita dapat apa?

Soalan panas yang kita selalu dengar di pondok  atau kedai kopi tempat orang kampung bekumpul sambil bermain dam haji.  Orang politik mana yang berkuasa mereka itulah yang akan dicap pengamal kronism. Dari projwk kecil motong rumput sampailah ke projek bina LRT atau  keretapi laju semua dia kaitkan kroni.

Ya aku setuju kalau kita lihat satu hala sahaja ,tapi adakah kita tidak rasa sebarang  hasil dari pembangunan itu. Aku taklah pandai ekonomi sangat tapi apa jua pembangunan mega akan tempias kepada swmua orang 

Ya ada oarang yang mendapat untung yang banyak dari pembangunan tersebut tapi ada yang dapat tempiasnya.  Yang tempias ni tak sedarpun tapi semua dah nikmatinya lama.

Pernah kita terpikir  syarikat yang diberi tanggunjawab iitu  selalunya 'listed' dibursa saham. Kita tak tahu keuntungan syarikat ini dikongsi juga dengan ratusan pemegang saham. Jadi yang di harapkan oleh kerajaan, budaya memiliki saham dalam syarikat.

Kronism ni cuma gamilan ciptaan politik kononya menguntungkan satu pihak, tapi bila bertukar tangan sama juga diamalkan.

Marilah kita berusaha untuk majukan diri kita.  Tak usah fikirkan isu orang lain.  Mari kita cuba bangunkan diri kita sehingga  kita dapat membantu orang lain. Semoga Allah memberi rahmatnya kepada kita.

Banyak bantuan kerajaan sediakan., cepat kita ambil kesempatan ini. Belajar belajarlah dan terus belajar. Kalau kita tak mampu projek landasan lrt mungkin kita boleh menjadi pembekal screw atau sebagainya. Tak perlulah di ceritakan dikedai kopi.

Ini cuma pandangan aku sendiri 

Sekian.



Search more info here
Custom Search

Tiada ulasan: