Rabu, Disember 22, 2021

Allah berikanlah kemudahan dan rahmat kepada saudaraku yang terkena musibah ini.

Keadaan di batu tiga, Shah Alam sesak dengan kenderaan yg berikut air sungai Damansara melimpah ke atas Jalan semalam akibat hujan turun tak berhenti dalam masa 24 jam. - NSTP/Owee Ah Chun

 Melihatkan gambar yang disiarkan di dalam akhbar Berita Harian menyebabkan aku terfikir banyak pekara.  Bagaimanakah ibu dan ayah yang terpisah dengan anak-anak dirumah?  Apakah nasib anak-anak tersebut?  Bagaimana mereka di jalan ni dah makan ke atau bagaimana keluarga mereka di rumah? selamatkah? Allah mesti resah mesti ada yang berusaha untuk melaluinya kerana berfikirkan perihal keluarga.

Keadaan banjir di sekitar Seksyen 22, Shah Alam. - NSTP/Aziah Azmee 

Pasti pemandu yang dipaparkan dalam Berita Harian pasti tidak berfikir panjang demi keluarga terus mengharung banjir ini.  Mesti dalam fikiran mereka sedang berdoa agar keluarga nya sihat serta selamat dan mungkin juga air mata kerunsingan telah mengalir keluar.  

Terfikir juga aku yang didalam deretan kenderaan dan tersusun itu mungkin anggota Bomba, Polis atau Agensi Penyelamat lain yang turut tersadai dan membimbangi keluarga mereka yang turut berada di dalam kawasan tersebut.  Mungkin ketika ini terfikir dalam fikiran mereka alangkah bagus ada pelampung atau inflated boat  dalam kenderaan.  Jiwa menyelamat mesti membara walaubagaimana diri serta keluarga mereka mesti diselamat terlebih dahulu.

Bila teringatkan isu hujan lebat dan banjir teringat aku berkaitan Hadis Rasulullah S.A.W. berbunyi lebih kurang “Ajarilah anak-anak kalian berkuda, bermain pedang, berenang dan memanah” taraf hadith ini adalah sahih  Riwayat  Imam Bukhari dan Imam Muslim.  Berapa pentingnya berenang dan tidak terfikir kita kenapa Rasulullah S.A.W.  boleh meminta umat islam ketika itu berada di padang pasir yang kering kontang.  Rupanya galakan itu terpakai hingga sekarang dimana umat Islam berada di seluruh dunia tak kira di tanah gersang atau subur.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

semoga allah menganugerahkan kebaikan keatas semua mangsa musibah ini

Search more info here

Custom Search

Tiada ulasan: