Rabu, Disember 29, 2010

Bab 2: Intergriti Di Jabatan Kerajaan




Isu intergriti sering di perkatakan ketika ini baik dikalangan rakyat serta pemerintah (kerajaan).  Di Jabatan kerajaan intergriti telah menjadi slogan untuk sekian lama dan biasanya terteran di bahagian bawah surat rasmi jabatan "Intergriti Asas Peningkatan Kualiti" Adalah selogan yang digunakan di Jabatan aku, tapi tidak pasti di Jabatan luar yang lain tetapi adakah semua orang tahu apa maksudnya? kalau kita tidak faham pasti kita tidak mampu untuk menghayatinya.

Dari maksud yang didapati di dalam  Kamus Dewan, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai dan boleh pegang cakapnya.  Begitu besar maksud satu perkataan ini dan ini menunjukan betapa pentingnya tapi silap faham lainlah jadinya. 
Tapi aku agak hairan, kenapa bila kerajaan mencanangkan isu Intergriti pihak pengurursan terus menundingkan kepada pihak kakitangan rendah.  Adakah mereka telah mempunyai sikap dan jati diri sedemikian sempurna. Kesempurnaan sampai ketahap yang tiada perlu pembaikan atau tidak boleh dipertikai 'BOSS SENTIASA BETUL'.  Mari kita lihat unsur intergriti yang perlu ada pada kakitangan awam (termasuk boss-boss):
Intergeriti pada dasarnya bukan membawa maksud rasuah tetapi boleh dikaitan dengan perbuatan rasuah tersebut atau boleh menyebabkan berlakunya rasuah.  Aku tidak mahu membincangnakan isu rasuah itu secara mendalam kerana bagi aku kalau semua orang mengamalkan prinsip atau mengamalkan Tunggak 12 (juga mempunyai element intergriti) pasti  masalah rasuah dapat dibendung.

Sebenarnya Intergriti ini bukan isu baharu, di Jabatan kerajaan dan kakitangan awam Tunggak 12 adalah satu pegangan.  Elemen yang ada di dalam Tunggak 12 adalah sama sahaja seperti penjenamaan baharu sahaja.  Tunggak 12 atau intergriti ini sepatutnya dipegang oleh semua kakitangan awam baik diperingkat tertinggi sehinggalah terendah.  Amalanyanya juga berterusan dan mempunyai kesinambungan dengan prinsip dan konsep lain seperti  "bersih, cekap, amanah", "pandang ke timur", "kepimpinan mengikut tauladan" dan sebagainya.

Sekali lagi aku memperkatakan disini aku tidak akan mampu untuk menjelaskan semua element atau nilai yang dipaparkan didalam rajah diatas tetapi akau akan cuba mengaitakan beberapa nilai dan isu yang telah diwar-warkan oleh kerajaan tetapi jarang dan kadang-kadang tidak dilaksanakan di dalam Jabatan Kerajaan sendiri.  Di mana kesilapanya tidak dapat dikesan tapi yang pasti sistem itu sendiri.

Pihak awam biasanya mengkaitkan integriti dengan rasuah, memang benar tetapi ianya kurang tepat, yang sebenarnya rasuah itu berkait dengan intergriti.  Ada mereka yang mungkin tidak menerima rasuah tetapi tidak mengamalkan integriti.  Ini sebenarnya berlaku di dalam Jabatan sendiri dan in lah yang sering menyebabkan tugasan harian menjadi kucar-kacir dan kadangkala dikenali sebagai birokrasi.  Birokrasi tidak membawa keburukan   sehebat Rasuah tetapi ianya juga menyebabkan masalah.

Tiada ulasan: