Rabu, Disember 29, 2010

BAB 1 : Pengenalan Kaedah Pengurusan Jabatan Kerajaan



Assalamualaikum! Aku ingin menyusun jari kepada mereka yang membaca tulisan aku ini, sekiranya hasil tulisan aku ini tidak mempunyai persamaan dengan  pandangan kalian.  Tapi tulisan ini semata-mata datang dari pengalaman dan pengatahuan aku yang cetek sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari diri aku sendiri.  Sememangnya Allah menjadikan manusia dari berbilang bangsa dan berlainan rupa dan tiada lain tujuannya selain menduga manusia itu sendiri.

Kalau dah rupa kita berbeza semestinya pandangan kita juga berbeza,  bukan tujuan aku memburukan kakitangan awam atau pihak pengurusan.  Tetapi, dari pengalaman aku yang tak seberapa ini, ada ruang yang perlu dan mesti kita perbaiki bersama tak kira apa pangkat kita.  Tiada sebarang perubahan dapat dilakukan dengan mengharapkan atau dipertanggungjawabkan kepada satu pihak sahaja.  Pembentangan aku adalah berdasarkan pengalaman aku berada di Jabatan aku ini dan mungkin pengalaman di Jabatan lain adalah berbeza dan sudah pasti tidak sama.

Sebagai kakitangan awam aku amat berasa sedih bila ramai diluar sana menghina, mengkeji dan memburukkan perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan awam.  Sebagai manusia yang juga rakyat Malaysia iatu Negara aku cintai ini aku juga terasa tertekan dengan tuduhan dan penghinaan yang dikenakan kepada kakitangan awam.  Keadaan lebih memburukan lagi tiada banyak ruang bagi kakitangan awam mempertahankan diri dari tomahan tersebut sebaliknya terdapat segelintir ketua-ketua Jabatan terus menunding jari dan mempersalahkan kakitangan bawahan.

Kakitangan awam berpangkat rendah (alias sokongan) biasa dikaitkan dengan nilai serta etika yang buruk , apa sahaja keburukan yang berlaku di sesuatu Jabatan kakitangan rendah inilah yang akan mendapat nama.  Tetapi sesuatu kebaikan yang dilakukan oleh kakitangan peringkat bawahan jarang sekali diambil kira apatah lagi pandangan serta cadangan yang luahkan oleh pihak bawahan ini. Dimana silapnya? adakah ini yang patut dilaksanakan dalam sistem pengurusan Jabatan kerajaan menghala 2020?

Sebelum itu perlu kita tahu sedikit perbezaan antara Kerajaan dan Jabatan Kerajaan selain itu kita juga perlu kenal siapakah pentadbir Kerjaan, Pentadbir Jabatan dan kakitangan awam sebelum kita menunding jari sekiranya berlaku sebarang masalah.  Untuk menerangkan berkaitan tajuk tersebut perlu masa yang panjang tapi anda boleh membuat 'search' di laman sesawang ataupun wikipedia pasti  anda akan dapat jawapannya.

Pandangan aku setakat ini kelemahan Jabatan kerajaan bukan pada bilangan kakitangan tetapi sebaliknya adalah pengurusan itu sendiri.  Mengikut statistik Malaysia mempunyai nisbah kakitangan awam yang tinggi berbanding Kerajaan di Asean iaitu 4 % dari bilangan rakyat keseluruhan.  Bilangan kakitangan awam di Malaysia menjangkau 1.2 juta orang dari gred tertinggi sehingga gred terendah .

Ttapi kenapa masih dikatakan sistem penyampaian masih buruk? disebalik itu, adakah semua kakitangan awam itu buruk? atau 50% atau hanya segelintir sahaja?  Dan kenapa mereka menjadi buruk? Bila masalah timbul, alasan yang diberi oleh pihak tertinggi biasanya adalah bilangan kakitangan tidak cukup tapi berapakah bilangan yang akan cukup?
Sebenarnya bukan bilangan kakitangan tidak cukup tetapi pengurusan yang tidak cekap.  Bagi pengurus yang baik adalah seseorang yang mampu menggunakan tenaga secara optimum bagi memberi hasil yang maksimum dan bukan mengunakan tenaga kerja yang maksimum untuk hasil yang optimum. Sistem pengurusan yang bercelaru, objektif yang kurang jelas, organisasi yang lemah dan yang paling membimbangkan prinsip Boss Sentiasa Betul sebenarnya penyumbang kepada kelemahan Jabatan itu sendiri. 

Kadangkala pertindihan kuasa juga menyebabkan kakitangan ramai tetapi tiada tugas dilaksanakan. Lagi satu 'Job sepesifikasi' yang tidak jelas, objektif kurang jelas, tiada visi dan ketiadaan misi yang jelas. Jabatan aku sendiri aku lihat terdapat pegawai / kakitangan yang tiada 'kerja'walau ada tugas sedangkan spegawai yang lain pula tak berhenti-henti bekerja ini menyumbang ketidak puasan hati kalangan kakitangan dan menyebakan sikap positif berubah kepada negatif.

Tiada angka yang tepat tetapi yang pasti setandan kelapa pasti ada yang buruk, kalau kelapa kita boleh tahu mana yang buruk tetapi kalau manusia... susah.  Kalau orang bawah yang buruk pasti mudah diambil tindakan tetapi kalau pengurusan dan jawatan yang tinggi.... alamat ada juga jawatan rendah yang akan menerima padah.






Tiada ulasan: