Bermula 19 Disember 21 air mula naik di kawasan Lembah Kelang menyebabkan bajir yang amat etruk dalam sejarah negara. Sektor ekonomi serta awam hampir lumpuh sama sekali. Berita sedih terus meruntun negara Malaysia terdapat mangsa yang masih tidak dapat di selamatkan lagi di kawasan masing-masing kerana kekurangan kelengkapan atau kekurangan tenaga. Ada yang kehilangan nyawa dilaporkan di dalam rumah sendiri. mungkin lepas ini kita kena simpan inflated boat dan pelampung dalam rumah kita.
Gambar dari Kosmo |
Tidak kurang juga mengaitkan kejadian ini dengan teguran Allah kepada hambanya. Aku lebih berminat untuk mendengar pekara sebegini kerana ianya mungkin boleh membaiki diri dan negara serta menaikan kembali keimanan diri. Antara pengajaran yang mungkin kita boleh fikirkan :
PEMBANGGUNAN
Mungkin teguran kerana kita telah telalu banyak mengganggu eko sistem atau habitan flora dan fauna, kita tahu semua hidupan di muka bumi ini sentiasa berzikir kepada Allah dengan pembangunan tidak terkawal maka berkurangan makhluk yang membesarkan Allah.
RUNGUTAN
Mungkin rungutan penduduk setempat yang sering merunggut dan gagal bersyukur dengan rahmat Allah menyebabkan Dia menurunkan peringatan. Kita sering merungut tentang ketiadaan air di kawasan Lembah Kelang, dan kemungkinan semasa kita merunggut tersebut kita telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Kemudian Allah turunkan air hujan bagi mencuci kotoran yang ada di dalam sungai klang tersebut.
KESOMBONGAN
Mungkin kesombongan yang bermaharaja di dalam negara kita. Mungkin kita atau pemimpin negara kita yang bongkak dengan kemajuan dan kejayaan yang di raih negara sehingga kita lupa untuk bersyukur. Apatah lagi mereka yang berterusan menghina kakitangan kerajaan, tidak terlintaskah kemungkinan penghinaan tersebut telah menjadi satu fitnah. Tidak semua kakitangan awam itu rosak dan masih ada yang berintegriti tinggi dan apabila kita menyebut secara umum maka ia menjadi fitnak kepada yang tidak melakukanya.
Apa jua alasan DIA hanya DIA sahaja yang tahu. Kita tidak perlu menunding jari kepada sesiapapun kecuali memperbetulkan diri kita sendiri. Dalam keadaan bencana ini aku sentiasa bebesar hati melihat bagaimana kita akan membantu sesama kita. Sifat yang baik yang telah ada sekian lama di dalam hati rakyat negara kita. Mari terus membantu sesama kita janganlah berkira apa bangsa atau agama hendaknya. Bagi mereka yang tidak mahu membantu biarkan terpulang kepada mereka.
Dipohon jangan memarahi pihak kerajaan mengenai bantuan kerana bilangan kakitangan, peralatan adalah terhad apatah lagi kakitangan itu juga mungkit turut terjejas dalam situasi sekarang. Marilah kita memohon keampunaNYA dan kembali ke jalanyang benar semoga selepas ini tiada lagi bencana yang akan kita hadapi.
Gambar dari Sinar |
Search more info here
Tiada ulasan:
Catat Ulasan