Isnin, Ogos 09, 2010

Kaedah Mengira KPI cara MAMPU

Bukan aku nak hina Jabatan Kerajaan tetapi sebenarnya permasalahan yang timbul dalam Jabatan sebenarnya adalah berpunca dari sistem pengurusan yang lemah.  Tapi memang ada faktor lain seperti tekanan luar, kewangan, sumber dan pakar tetapi yang utama semua itu adalah disumbang dari kegagalan sistem pengurusan itu sendiri.

Sebenarnya Kerajaan sendiri sedar kelemahan tersebut dan sebab itulah kerajaan mengujudkan pelbagai bahagian atau unit yang bertanggung jawab seperti NPC, Intan dll bagi memberi latihan dan tunjuk ajar kearah memantapkan serta memperbaiki sistem pengurusan.  Tetapi soalanya ka setelah keujudan bahagian tersebut kelemahan masih berlaku? dari pandangan mata aku mudah sahaja sifat manusia seperti ego, bangga diri, memandang rendah, rasa terlalu pandai sehi tidak  di ubah besar kepala.

Baru ini aku telah diarah untuk menghadiri kursus penyediaan KPI dianjur INTAN.  Aku menghadirinya bersama seorang rakan yang mana pangkat aku C32 dan rakan aku J26.  Apa yang aku boleh buat bila balik ke Jabatan bukan aku sahaja maramai lagi pegawai yang hadir itu adalah pada ranking yang hampir sama kecuali DCA dan Penjara menghantar gred 41.

Yang pertama aku pelajari adalah kaedah penetapan work load pegawai di Jabatan aku selama ini memang tidak langsung mengikut kaedah disarankan MAMPU. Sebagai pegawai sokongan adakah aku mampu untuk memaklumkan kaedah yang dia pakai tak betul sedangkan dia berada di gred 58.  Jabatan aku penetapan KPI adalah mengikut suka hati pengarah tanpa melihat beban akhirnya tugas yang diberi tidak seimbang. 

Kaedah mampu mudah sahaja objektif, misi dan visi serta tetap pengukuran..... tugas aku ke nak ceritakan benda ini kepada pengurusan sebab ku bukan yag menentukan semua itu.  Bagi aku lah sekiranya Jabatan kerajaan ingin berubah yangpertama, mereka yang akan menjadi peneraju Jabatan perlu menghadiri latihan intensf pengurusan baru boleh maju kalaidak mutu Jabatan akan terus menjadi sebegini seperti sediakala

Tiada ulasan: