GAMBAR DARI BEUTIFUL NARA Apalah nak jadi satu lepas satu isu jadi satu isu lagi, isu semakin panas dan boleh menyebabkan huru hara. Apakah silap kita bila orang luar sering ingin menjadi-jadi mempertikaikan kedualatan Negara kita. Adakan Negara malaysia telah menjadi lemah dimata antarabangsa? sekiranya ianya benar kenapakah ianya berlaku? Dulu Malaysia menjadi negara paling dihormati dirantau Asia Tenggara tetapi kenapa sekarang pekara itu tidak lagi 'menjadi'. Kenapa isu sedemikian kecil menjadibesar? Yang menghairankan aku, walaupun Indonesia sering menuduh Nagara kita menggangu kedaulatan kita tapi Negara kita tetap menerima dan akan terus menerima kedatangan mereka dengan tangan yang terbuka. Adakah kita ini satu kesilapan sifat keterbukaan dan sifat baik hati Negara kita terhadap negara jiran kita. Sayang sangatlah kalau madu yang kita curahkan kepada mereka tetapi racun juga yang mereka hendak pulangkan kepada kita. Aku cukup sedih kalau di fikirkan sedalamnya bila berlakunya tsunami di Aceh, Malaysia adalah negara pertama yang menghulurkan tenaga dan wang ringgit bagi membantu. Bukti 'baik hati' kita sekali ditunjukan semasa kejadian kedua di Jawa, rakyat Malaysia lebih tepat Pelajar Malaysia yang berada di sana dengan segera keluar membantu. Tapi mereka terpakasa kembali dengan kawalan keselamatan bila diugut dan diancam oleh segelintir rakyat di seberang sana yang takabur, fanatik dan tidak sedar diri. Tidakkah mereka beribu-ribu rakyat mereka yang menumpang nasib di Negara kita dan tidak seorangpun rakyat Malaysia yang mentempelak mereka dan merusuh kerana mereka. Bilangannya mereka yang bertindak memboikot serta menghina negara kita amat sedikit jika berbanding bilangan rakyat negara mereka yang sebenarnya tapi persoalanya kenapa kerjaannya tidak 'menjaga' rakyat mereka? Kalau di pandang dan difikirkan secara pendek aku akan mengatakan pekara ini mungkin disebabkan oleh 'kuasa' yang tertentu yang mungkin ingin melihat pertelingkahan berlaku. Sebagai Rakyat Malaysia, aku cuma ingin mengigati sahabat serta saudaraku untuk sentiasa bersedia kerana kemungkinan agenda tersebut didalangi kuasa ataumungkin juga kuasa itu juga datang diantara kita yang mempunyai kepentingan peribadi. Kita tidak perlu menyerang mereka dengan najis, batu atau buluh runcing seperti yang mereka lakukan tetapi kita hanya perlu bersatu dan tunjukan kepada mereka kita tetap kukuh dan bersedia membantu sesama kita dan biarkan mereka di negara mereka yang menggung kerugian. Bagi saudara kita yang berada di sana menyumbang ekonomi kepada negara mereka berjaga-jaga dan carilah jalan yang lebih baik untuk 'berlari dalam kegelapan'. |
Walau Malaysia telah melangkah ke dalam era maju tetapi aku rasakan sistem pengurusan Jabatan Kerajaan masih di takok lama. Kita perlu merubah dan berubah untuk terus membangun. Bagi tujuan itu kita pelukan terus memberi pendapat dan cadangan. Mungkin sistem pengurusan tersebut menyukarkan penyaluran idea secara bebas. Kadangkala cadangan juga bersifat teguran yang mungkin akan sukar diterima walau apapun di sini aku adalah IKHLAS...
Sabtu, September 04, 2010
Tuduhan Rakyat Indonesia
Provokasi awal abad: Membangun panca daya, merebut kembali kemanusiaan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan