Jumaat, September 17, 2010

Pandangan Rakyat Di Mata Kerajaan

Semalam di dalm berita nasional diumum PM kita melancarkan progam E-poskad kepada perdana menteri bagi memberipeluang kepada rakyat untuk menyampaikan pendapat dan pandangan yang boleh membantu kerajaan membangunkan negara.  Bernama mengumumkan laman web bagi tujuan tersebut akan bermula operasi pada 15 Oktober 2010.  Satu langkah baik bagi membuktikan pandangan rakyat dapattdiambilkira dalam sistem pengurusan kerajaan.

Bagi merka yang berminat boleh mengunjungi laman web tersebut http://poskaduntukpm.com.my/ untuk berusrusan tetapi tunggu sehingga 15 Oktober dulu ok.  Tapi bagaimana PM nak baca poskad anda nanti tidak dimaklumkan tapi yang aku pasti mesti ada kaedah penyaringan yang berlaku dan pastu baru Datuk Sri akan membacanya, walau bagaimanapun initiati ini telah menunjukkan bertapa pentingnya suara rakyat (orang bawah) dalam pengurusan tertinggi.

Persoalan aku hari ini bukan sistem poskad ini atau krediabiliti PM untuk membaca tapi kalau kerajaan atau PM sanggup berbuat denikian tetapi mengapa pengurusan di bawah atau lebih tepat di jabatan-jabatan kerajaan masih mengamalkan dasar tertutup sehingga kakitangan sendiri tidak dapat bersuara untuk memberi pandangan atau pendapat?  Kenapa setiap kali bersuara mereka akan beranggapan pegawai tersebut adalah pegawai yang suka melawan atau engkar perintah? Adakah jawatan merka yang terlalu tinggi sehingga telinga mereka menjadi pekak? atau kita yang rendah ini perlu menjadi bisu? Adakah panddangan kita ini yang kabur atau peglihatan mereka telah dikaburi egoist?

Tiada ulasan: