Dalam perbentangan belanjawan 2022 oleh Tengku Datuk Sri Zafrul, kakitangan awam akan dibayar bantuan khas sebanyak RM 700.00. Selain itu kerajaan juga mengumumkan, penebusan awal cuti rehat (GCR) sebanyak 80 hari dan jumlah simpanan cuti di naikan dari pada 150 hari kepada 160 hari. Cadangan ini sebenarnya telah dibuat pada tahun sebelumnya tetapi masih belum mendapat khabar yang jelas mengenai kaedah permohonan sebenarnya. Cadangan ini juga di tambah baik dari cadangan belanjawan 2020 terdahulu kerana pengeluaran dikatakan adalah hanya untuk pendidikan anak-anak ataupun mengerjakan haji atau umrah.
Semakan dengan portal Jabatan Perkhidmatan Awam telah menemui satu maklum balas dari pihak JPA mengenai pekara ini yang dikeluarkan pada 6 Februari 2020. Antara lain memaklumkan pengeluaran tersebut tidak dapat dilaksanakan selagi pindaan ke atas peraturan yang berkaitan di dalam Peraturan-Peraturan Pencen 1980 belum dibuat. (boleh semak disini)
Sehubungan itu semua Pejawat Awam yang mempunya simpanan GCR melebihi 80 hari dan berhidmat melebihi 15 tahun terpaksalah menunggu peraturan dipinda terlebih dahulu. Setelah itu , pasti JPA akan mengeluarkan syarat-syarat serta kaedah pengeluaran yang betul.
kata lain besabarlah ye.
Search more info here
Tiada ulasan:
Catat Ulasan