Sabtu, Oktober 09, 2010

Kaki tangan awam perlu berubah....

Datuk Sri PM meminta agar kakitangan awam berubah dari meneruskan mantality lama....

Laporan the star:

PUTRAJAYA: Malaysia’s civil service needs to set a new standard by shifting to a new paradigm reflecting the expectations and demands of the people, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said.


“There is a need to achieve a society-centric government,” he said, adding that globalisation had accelerated the development of a modern and progressive society, making government and society inseparable.

He said to achieve this, it was important to equip the public service with a mechanism for measuring human capital and service quality to ensure they were on par with Malaysia’s development and aspirations in the world.  baca lagi

Bagi aku kakitangan awamm sentiasa bersedia untuk berubah tetapi kebanyakan jabatan bila kita ingin berubah tetapi terlalu banyak halangan.  Birokrasi dalaman terlalu banyak dan sukar untuk dipecah.  Sikap mereka yang mempunyai kuasa dan "saya yang menurut perintah" sering membuat kakitangan awam menjadi passive.

Kakitangan awam sering disergah bila cuba memberi pandangan dan ada juga dikalangan yang ingin memberi pendapat akan "diblack list" oleh Jabatan itu sendiri.  Bagi kakitangan awam kami tidak ada tempat untuk mengadu, tidak ada peluang untuk mempertahan diri sekiranya ini berlaku.  Telah lama kita merasainya tetapi tiada sebarang pendekatan untuk berubah dan akhirnya lebih ramai yang mengambil pendirian... buat aje setakat mampu....

Kalau kerajaan ingin berubah.. sistem itu sendiri perlu berubah...  sekiranya ketua menjadi orang yang lebih terbuka maka anak buahnya akan turut sama..  tetapi sekiranya ketua bersikap passif bagaimana kita yang di bawah akan berubah?

Contoh yangpaling baik.. setiapkali ada saranan kerajaan untuk memperbaikiagensi kerajaan Ketua akan mengeluarkan arahan kepada peringkat bawah dan diteruskan sehingga peringkat paling bawah... masalahnya...siapa yang nak mengerakkan perubahan itu? Ini hanya sebagai melepas batuk ditangga! dan melepaskan tanggungjawab kepada orang bawahan! Dibayar berpuluh ribu tapi tak tau bagaimana nak mengurus...baik jadi orang bawah aje..

Tiada ulasan: