Ahad, Oktober 17, 2010

Budget 2011 dari pandangan mata aku



Nak komen banyak sangatpun kita ni bukan ahli ekonomi yang pandai kira.  Paling besar kita pernah kirapun sampai ke angka puluh ribu sahaja ini budjet nilai sampai juta dan bilion lagi.  Cuma aku terbaca berkaitan kata--kata antara penjawat awam dan kakitangan swasta.  Aku dah bekerja di zaman ekonomi sedangmenaik dan kemudian ekonomi merudum dan kini kembali pulih.

Bagi kakitangan swasta yang takut sangat kakitangan awam naik gaji dan dapat bonus tu aku nak citer sikitlah yer.  Kakitangan awam yang paling rendah jawatanya macam pemandu, tukang kebun, dan banyak lagi gajinya hanya 500.00 sahaja. OT susah nak dapat kalau ada pun ratesnya hanya 1.125 dari gaji pokok sama ke dengan swasta?

Pekerja Swasta sebenarnya dilindungi oleh undang-undang dan socso yang dibayar bersama pekerja dan majikan berlaku kemalangan kamu dapat semuanya, kakitangan awam kalau mati masa kerja .. RM 10 000 sahaja.  Korang tahu ke kalau kami di buang kerja tiada undang-undang yang dapat melindungi kami kecuali mereka yang berduit yang mampu melantik peguam handal?  Pencen tiada beza seperti swasta... kami tiada caruman KWSP,  kakitangan swasta 12 % dibayar oleh majikan korang dapat free 12% + faedah 30 Tahun.

Pernah kakitangan awam menangis merayu kerajaan mengurangkan gaji kakirangan swasta? kenapa perlu berdengki dengan kakitangan awam bila kakitangan awam memohon gaji lebih?  Kakitangan awam mempunyai kelullusan diplpma gaji maksimun hanya 3000 itupun setelah 25 tahun kerja tapi di swasta? 5000 kadang sampai 10000. 

Kalau kerajaan umumkan budjet ini untuk rakyat aku cuma komen terdapat ketidak adilan.... Pemberian sumbangan 500 kepada kakitangan awam nampaknya tidak adil... bagaimana sekiranya hanya seorang sahaja bekerja? dan terdapat kakitangan awam yang lakibini kerja dapat berapa?  dimanaya nilai adil dan untuk rakyat? kakitangan awam bukan rakyat?... yang senang akan terus senang yang susah akan terus susah,,,...

jawapanya senang je... NASIBLAH.....

Apa kena mengenanya penurunan cukai barangan accesori wanita dengan menjana ekonomi..? kalau turun cukaipun apa gunanya? mampuke orang miskin atau rakyat pendapatan rendah menggunakannya.  Bagi peluang pinjaman perumahan 100% tapi gaji tak naik camna nak beli?

Tiada ulasan: