Ahad, November 21, 2010

Hipokrit dan pelakon



Hari ini aku ingin menceritakan alkisah, bila pejabat aku 'gempar' bila boss besar aku diserang demam panas dan pengsan di pagi raya haji yang lalu. Bila cerita tu heboh maka 3 buah kenderaan jabatan telah keluar bersama lebih kurang 10 orang kakitangan telah keluar bersama untuk melawat boss besar ni.

EMM.. bukan aku bersikap tak berhati perut tetapi bagi aku.. yang beria nak melawat tu sebenarnya 'hipokrit yang ada udang sebalik batu'.  Apa tidaknya kalau kaitangan yang sama ranking atau kurang rankingnya mengidap penyakit dan ada yang berjuang di hujung nyawa juga tidak pernah dilawati.  Bila boss yang sakit dah kelam kabut nak lawat, kenapa? .... ada sebab kot.

Berubahlah kawan kalaupun korang membantu mereka yang diatas tu setiap hari... mereka takkan membantu korang dalam kesusahan tetapi mereka yang rendah ni akan sentiasa berada di samping korang bila masa sahaja as long as you all sincere...

Tiada ulasan: