Selasa, November 30, 2010

Kenapa Kerajaan Tak Mau Naik Gaji Kakitangan Awam?




Semalam aku terdengar hujah Tun Dr Mahathit berkaitan ekonomi walaupun aku bukanlah seorang ahli ekonomi tetapi pendapat Tun itu pernah aku sembangkan bersama kawan-kawan aku di kedai kopi.  Bukan lah maksud aku idea aku tu sama dangan TUN tapi aku rasa semua pakar ekonomi akan memberi pendapat sedemikian.


Tiada guna kalau duit kita semua simpan tanpa digunakan, aku pernah terbaca dalam satu atikel, "duit yang tersimpan tidak mempunyai nilai... ianya hanya menunjukan nombor".  Mungkin sukar difahami tapi bagi fahaman aku duit tu kalau kita simpan memang banyak segi bilangannya tetapi ianya tidak dapat dibuat apa-apa dengan itu ianya tiada nilai kecuali duit tersebut berubah tangan dalam jual beli baru mendatangkan nilai.

Memang bagus kalau menabung itu sememangnya wajib dan perlu tetapi sekiranya terpaksa atau pun terlalu takut untuk berbelanja bagai mana ekonomi dalaman negara nak berkembang? bagaimana nak ujud perkembangan ekonomi? bagaimana hendak membuat untung dan bagaimana pula negara nak membuat duit?

Kerajaan sering membayangkan masalah subsidi dan rakyat pula sering membangkitkan isu kenaikan harga barang.  Kedua permasalahan itu memang tiada penyelesaian ianya adalah benar.  Harga barang tidak mungkin akan turun akan terus meningkat apa jua cara yang kerajaan lakukan.  Kerajaan perlu halusi semuanya ada penyelesaian tetapi perlu mengetepikan isu politik berfikir secara aktif kerana negara sebenarnya telah mengalami kerugian berjuta ringgit dalam pemberian subsidi.

Dicanang setiap hari menuju negara berpendapatan tinggi tapi kakitangan awam masih yang berpendapatan terendah di ratau asia berbanding negara yang berada di rangking yang sama.








Tiada ulasan: