Selasa, November 30, 2010



Isu kehilangan wang kerajaan melalui subsidi minyak kepada para nelayan bagi aku bukan pekara baharu.  Pekara sebegini pasti akan berlaku diantara manusia terutama kepada mereka yang ingin hidup senang,  samada senang dapat untung atau senang dapat duit tanpa menitikan peluh lelah.  Kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang sangat perihatin dan terlalu banyak sabsidi dan bantuan kepada rakyat semua ini memang bagus tetapi masalahnya adalah kaedah pengagihan tidak sempurna.

Satu masa dulu kita pernah dengar suara menteri dengan lantang mengatakan kerajaan tidak mampu menanggung kenaikan harga minyak dan terpaksa menaikan harga bahan mentah itu di pasaran, dimasa yang sama mengekalkan susidi (rasa menaikan kadar) untuk para nelayan.  Masa tu aku pernah bertanya kepada kawan-kawan aku apa sebab dia naikan 15 sen?

Itu kos subsidi untuk rakyat Malaysia ke? tetapi kerajaan tahuke berapa banyakk yang hilang nilai subsidi tersebut sebenarnya tidak kepada rakyat Malaysia.  Subsidi diberi bagi tujuan mengagihkan kekayaan negara kepada semua rakyat, bagaimana rakyat yang berbasikal? atau yang hanya berjalan kaki dan bermotosikal? adakah jumlah subsidi yang diperolehi mereka ini sama denagan mereka yang menaiki kereta mewah yang berkuasa tinggi yang menggunakan jumlah yang banyak? adil kah?

Masalahnya bukan subsidi tetapi kaedah pengagihannya kita tak pernah mengkaji atau kita hanya mengkaji pada dasar dan bukan secara mendalam mengenai kaedah dan kesanya.  Mengambil contoh pengagihan komputer 1 Malaysia.  Kenapa tidak semua pelajar mendapatnya? adakah yang mendapat komputer tersebut benar miskin? bagaimana pelajar yang berpendapatan sederhana di kawasan bandar? bagaimana pula pelajar dengan keluarga yangbesar mempunyai pendapatan sederhana?

Nampak semuanya simple tetapi kalau kita lihat sebenarnya ianya lebih menghala kearah politik dan bukan bantuan sebenar.  Sekiranya ingin membantu pastikan semua dapat atau semua tak dapat atau semua mendapat sebahagian.  Sebagai contoh sekiranya haraga satu komputar 1000.00 kerajaan cuma mampu agih kepada 1juta orang,  Tapi kalau diberi saguhati RM 500 pasti 2 juta orang  pelajar akan mempunyai peluang untuk memiliki dengan tambahan wang sendiri (terutama mereka yang berkeluarga besar dengan pendapatan sederhana ini).  Yang tak mahu beli terpulanglah yang penting semua mendapat peluang yang sama adil.

Isu subsidi minyak nelayan ni paling mudah diselesai dengan mengagihkan batuan bulanan dengan nilai tertentu dalam bentuk duit bagi setiap pemunyabot bantuan untuk membeli minyak.  terpulanglah kepada mereka hendak makan atau memulakan perniagaan kalau merka enggan berniaga tarik sahaja pembayaran itu cara ini lebih selamat untuk mengelakkan penyalahan guna wang sabsidi oelh orang tertentu yang mengambil kesempatan.













Tiada ulasan: