Jumaat, November 26, 2010

NKRA dan KPI kenapa Jabatan Kerajaan tak mencapai.....apayang di ingini


Kisah berkaitan NKRA dan KPI dah di laungkan untuk sekian lama aku rasa lebih kurang 3-4 tahun yang lalu bila Tan Sri Khor Soo Koon  di lantik sebagai Menteri yang berkaitan.  Sehubungan dengan itu pelbagai tanggapan telah di buat dan andaian (tak kira negatif & positif) yang telah di canang seluruh Malaysia sehubungan dengan itu kerajaan melalui MAMPU telah mengeluarkan pekeliling berkaitan  pekara tersebut bagi menerangkan dan seterusnya melaksanakan apa yang di hajati oleh kerajaan.

Tapi sayang sehingga ini terdapat Jabatan kerajaan sendiri tidak faham mengenai NKRA dan KPI bukan itu sahaja  malah ada Kementerian dan peringkat tertinggi yang tidak memahaminya sehingga menetapkan bidang tugas yang tidak sejajar dengan kehendak NKRA itu sendiri. Sindrom Pemindahan Tanggungjawab ini sering terjadi diperingkat Jabatan  Kerajaan di mana segala arahan yang berkaitan perlaksanaan akan disalurkan ke peringkat bawahan sehingga peringkat yang terendah, bagaimana pihak tertinggi boleh memahami kehendak sebenar NKRA itu?

Bukan setakat itu sahaja, terdapat juga Jabatan merangka KPI terlebih dahulu,  setelah program berjalan mengikut KPI akhirnya merubah polisi dan halatuju Jabatan.  Bagaimanakah KPI akan menunjukan neberkesanan polisi Jabatan dan seterusnya menunjukkan keberkesanaan NKRA?  

Baru ini aku ada sedikit pertelingkahan dengan pegawai pengurusan Jabatan aku, isunya timbul semasa mentor- mantee.  Persoalan aku adalah berkaitan norma kerja atau lebih tepat berkaitan piawai yang ditetapkan oleh pejabat berkaitan tempoh penyediaan laporan.  Pejabat menetapkan laporan perlu dikemukan dalam tempoh 7 hari selepas sesuatu tugas di jalankan.  Bagi aku & hari tiada masalah dalam keadaan biasa sehingga satu isu bila aku perlu membuat lawatan keluar kawasan selama seminggu.

Aku terpaksa melawat 8 kes dalam masa seminggu iaitu Isnin dan Jumaat, aku pulang pada hari Sabtu dan kembali bertugas di pejabat pada hari Isnin berikutnya.  Ini bermaksud 7 hari selepas lawatan aku yang pertama.  Bagaimana aku boleh menyelesaikan atau mematuhi piawai yang ditetapkan oleh pejabat? dan bila aku buat laporan lebih kurang aku telah dihina laporan buruk dan bila aku mengambil masa lebih dikatakan aku telah melanggar piagam.

Bila aku bangkitkan isu ini, mentor aku yang juga bahagian pengurusan menghentam aku dengan menyalah aku tidak mengurus masa dengan baik.  Beliau memberi alasan waktu kerja 8 jam sehari perlu di gunakan secara optimum untuk menyelesaikan tugasan tersebut dan KPI tidak boleh di ubah.  Aku tidak melawan  kerana pekara itu benar tapi dia tak tahu ianya kurang tepat dan aku boleh katakan langsug tak betul hujahnya aku patahkan dengan cara bergini:

Pekeliling Penetapan KPI dan tugasan harian bukan dikira 8 jam sehari tetapi hanya 6 jam sebagai tempoh masa optimum bekerja.  Pengurusan sepatutnya fleksibel sekiranya KPI atau piagam perlu dikaji semula kita perlu pengkaji semula samada kita perlu merubah sistem perlaksanaan atau kita perlu merubah piagam yang di buat.... itu bukan tugas aku untuk melaksanakan tetapi pihak pengurusan yang perlu fikirkan dan bukan hanya menhentam orang tanpa memikir, merancang dan memperbaiki...

Bukan kakitangan yang tidak komited tetapi sebenarnya pengurusan itu sendiri yang lemah dalam merancang dan sering mencari salah orang bawah sekiranya berlaku kekurangan dalam sistem perlaksanaan.




Tiada ulasan: