Jumaat, Ogos 06, 2010

Sejarah Berulang Lagi

Opsyen Pertukaran Jabatan

7 tahun yang lalu kakaitangan Jabatan aku di beri opsyen untuk berpindah ke Jabatan baru APMM, sebab merasakan nasib kami tak akan 'membaik' di Jabatan ni 130 orang memohon untuk bertukar... bilangan staff sokongan masa tu antara 200 orang.  Setelah di beri kata dua sebelum taklimat hanya3 orang membulat hati masing-masing dah nekad untuk menukar nasib akhirnya tidak kesampaian juga apabila semua permohonan di batalkan.

Dengan hipokritnya kami yang memohon di Chop sebagai penderhaka oleh 'PEMERINTAH' Jabatan... Hairan tul aku.. kami bukan berhenti beramai-ramai tapi masih berkhidmad dalam kerajaan kenapa kami di cop sedemikian..? kami tidak pernah menderhaka kepada negara sebalik ingin terus berkhidmat dengan kerajaan.  Masa tu pengarah pentadbiran memaklumkan beliau akan cari jalan memperbaiki Jabatan dengan janji BUSUKnya..

Seminggu lepas di Jabatan aku heboh sekali lagi kakitangan Jabatan akan diberi opsyen untuk bertukar servis secara "cader".  Tapi kali ini dibuka untuk gred 26 kebawah... sekali lagi lebih 50 % mahu menerima opsyen tersebut kerana memikirkan peluang dan masa depan yang agak baik.  Tapi hari ini, seluruh Jabatan sekali bergegar apabila desas desus "PEMERINTAH"  akan menggunakan kuasa VITOnya untuk tidak membenarkan kakitangan yang terlibat berpindah.

Kali ini skali lagi di tabur janji untuk merubah keadaan.. tapi sejauh mana benarnya? janji dulu masih belum dikotakan kini janji baru.  Adakah kami boleh percaya lagi.. ?  dalam tulisan aku yang sebelum ini aku tunjukkan bagaimana pandangan pegawai tertinggi terhadap mangsa kemalangan dan kini dia nak buat janji.  Selepas tempoh opsyen tamat.... dia kembali kepada pekara sama.. HIPOKRIT dan hanya mementingkan kedudukan dan periuk nasi mereka.  Masalah dan beban mereka yang dibawah tak payah ambil tahu sebab yang dibawah tu cuma KULI PECACAI SURUHAN yang boleh di kawal dengan KUASA  EXECUTIVE yang mereka ada.

Tiada ulasan: