Khamis, Disember 23, 2010

Managing Change perlu ada di Jabatan Kerajaan


 Sebelum ini aku ada menulis berkaitan sikap pihak pengurusan di Jabatan Kerajaan yang kurang sensitif dan kurang serta  jarang menjalankan tanggungjawab yang telah ditetapkan.  Mereka sering melepaskan tugasan mereka kepada orang bawah tanpa mengambil tahu objektif sebenar saranan kerajaan.  Perbuatan ini sering menyebabkan pertelagahan antara kakitangan.

Aku menceritakan sebelum ini bagaimana pejabat aku melaksanakan program Mentor Mantee bagi menyahut arahan kerajaan.  Tetapi tanggungjawab tersebut diserahkan kepada pihak paling bawah dan akhirnya menjadi kucar kacir kerana ketidak serasian dan kurang faham dikalangan kakitangan yang berada di bawah.

Kebetulan hari ini aku menghadiri satu kursus dipanggil Managing Cahange dalam kursus tersebut aku mendapati pendapat penceramah hampir sama dengan aku.  Kita perlu berubah itu lah perkataan pertama penceramah walaupun kita mahu atau tidak, samada kita bersedia atau tidak.  Tetapi perubahan akan menjadi lebih sempurna sekiranya kita dapat merancangnya.



Inilah yang aku sering perkatakan di Jabatan aku, sesuka hati hendak melaksanakan pekara baharu tanpa memperbincangkan atau menceritakan langkah maupun objektif perlaksanaan.  Perbuatan sebegini akan dilihat sebagai satu arahan dan pasti akan menimbul perasaan kurang senang kepada individu yang kurang faham tentang objektif perlaksanaan.  Lebih buruk  lagi jika  mereka ini berangapan  pihak pengurusan hanya ingin menggunakan kuasa tanpa memikir kepentinagan kakitangan.

Kebiasaan perubahan akan melibatkan kemudahan dan tidak kurang juga akan menambah tugasa harian individu.  Pekara ini sekiranya tidak dirancang akan menimbul sikap ketidak puasan hati kalangan kakitangan.  Perasaan ini sebenarnya timbul sebab individu tersebut masih belum bersedia untuk melakukan perubahan tersebut.

Mungkin pihak pengurusan terlupa pihak bawahan ini tetap manusia walaupun mereka ini hanya orang yang dikategorikan sebagai KULI Jabatan.  Apa bila mereka ini manusia maka mereka ada perasaan tersendiri.  Secara kajian manusia ini boleh dibahagikan kepada 3 gulongan  seperti proaktif, bystander ataupun inaktif.  Dengan itu kita memerlukan perancangan  bagi menggunakan ketiga golongan ini membantu samasendiri untuk melaksanakan tugasan tersebut.

Pekara inilah yang sering gagal dilakukan oleh pihak pengurusan dan benda ini lebih diburukan oleh sikap setengah golongan yang dikenali sebagai pengampu yang suka memburuk golongan lain bagi tujuan menaikan diri walaupun tugasan yang mereka laksanakan tidaklah seberapa.

Bila kita bercakap tentang pengurusan kita perlu ada beberapa pekara iaitu objektif, halatuju, organisasi dan proses penambah baikan.  Pekara sebegini buka hanya ujud sebagai kata-kata tetapi sepatutnya dalam bentuk bertulis dan mudah dirujuk bagi tujuan penambah baikan yang berterusan.  Pekara tersebut perlu dinyatakan dan diterangkan sebaik-baiknya.  Di Jabatan kerajaan pihak pengurusan sering meletakan pekara penerangan ini di bahagian kebelakang dan kadangkala tiada langsung penerangan.  Ini akan menimbul ketidak fahaman dikalangan orang bawahan dan akhirnya perlaksanaannya menjadi huru hara tanpa tujuan dan kadangkala menimbulkan masalah.

Di Jabatan aku sebagai buktinya akhirnya bila kelam kabut maka pihak pengurusan menggunakan KUASA VITOnya.  SIAPA TIDAK MELAKSANAKAN AKAN DIKENAKAN TATATERTIB..... Bodoh tul kalau diterang dan program tersusun dengan baik pasti berjaya.  Nak buat roti canai sekalipun kita kena buat perancangan inikan untuk satu Jabatan yang perlaksanaanya memerlukan banyak TANGAN DAN KAKI.



Tiada ulasan: