Tugas di bahagian pembangunan bagi aku mempunyai cabaran tersendiri dari bahagian penguatkuasaan sebelum ini. Dulu bila kita berhadapan dengan industri kata-kata lebih mudah diterima apatah lagi bila kita bercakap tentang peraturan dan akta tetapi sekarang pelanggan kita kita berbeza. Pelanggan kita adalah agensi kerajaan dan mungkin adlah dikalangan orang yang mempunyai kuasa membuat keputusan untuk Negeri.
Menjelaskan kepada orang tidak mahu faham sangatlah susah. Tamparan paling hebat bila kita pula dikatakan tidak memahami masalah mereka. Kita faham mereka perlu memikirkan kepentingan pembangunan tetapi mereka-mereka ini tidak faham kita juga ditempat yang sama cuma berbezanya ruang lingkup tugasan kita agak berbeza. Mereka memekirkan pendapatan tetapi Jabatan aku mementingkan keseimbangan dalam semua bidang termasuk kepentingan generasi akan datang.
Manakah lebih penting dari keseimbangan kehidupan generasi akan datang?
Search more info here
Custom Search