Rabu, Disember 22, 2021

Allah berikanlah kemudahan dan rahmat kepada saudaraku yang terkena musibah ini.

Keadaan di batu tiga, Shah Alam sesak dengan kenderaan yg berikut air sungai Damansara melimpah ke atas Jalan semalam akibat hujan turun tak berhenti dalam masa 24 jam. - NSTP/Owee Ah Chun

 Melihatkan gambar yang disiarkan di dalam akhbar Berita Harian menyebabkan aku terfikir banyak pekara.  Bagaimanakah ibu dan ayah yang terpisah dengan anak-anak dirumah?  Apakah nasib anak-anak tersebut?  Bagaimana mereka di jalan ni dah makan ke atau bagaimana keluarga mereka di rumah? selamatkah? Allah mesti resah mesti ada yang berusaha untuk melaluinya kerana berfikirkan perihal keluarga.

Keadaan banjir di sekitar Seksyen 22, Shah Alam. - NSTP/Aziah Azmee 

Pasti pemandu yang dipaparkan dalam Berita Harian pasti tidak berfikir panjang demi keluarga terus mengharung banjir ini.  Mesti dalam fikiran mereka sedang berdoa agar keluarga nya sihat serta selamat dan mungkin juga air mata kerunsingan telah mengalir keluar.  

Terfikir juga aku yang didalam deretan kenderaan dan tersusun itu mungkin anggota Bomba, Polis atau Agensi Penyelamat lain yang turut tersadai dan membimbangi keluarga mereka yang turut berada di dalam kawasan tersebut.  Mungkin ketika ini terfikir dalam fikiran mereka alangkah bagus ada pelampung atau inflated boat  dalam kenderaan.  Jiwa menyelamat mesti membara walaubagaimana diri serta keluarga mereka mesti diselamat terlebih dahulu.

Bila teringatkan isu hujan lebat dan banjir teringat aku berkaitan Hadis Rasulullah S.A.W. berbunyi lebih kurang “Ajarilah anak-anak kalian berkuda, bermain pedang, berenang dan memanah” taraf hadith ini adalah sahih  Riwayat  Imam Bukhari dan Imam Muslim.  Berapa pentingnya berenang dan tidak terfikir kita kenapa Rasulullah S.A.W.  boleh meminta umat islam ketika itu berada di padang pasir yang kering kontang.  Rupanya galakan itu terpakai hingga sekarang dimana umat Islam berada di seluruh dunia tak kira di tanah gersang atau subur.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

semoga allah menganugerahkan kebaikan keatas semua mangsa musibah ini

Search more info here

Custom Search

Selasa, Disember 21, 2021

Apa Sudah Jadi ... Banjir buruk di Lembah Kelang

Bermula 19 Disember 21 air mula naik di kawasan Lembah Kelang menyebabkan bajir yang amat etruk dalam sejarah negara. Sektor ekonomi serta awam hampir lumpuh sama sekali.  Berita sedih terus meruntun negara Malaysia terdapat mangsa yang masih tidak dapat di selamatkan lagi di kawasan masing-masing kerana kekurangan kelengkapan atau kekurangan tenaga.  Ada yang  kehilangan nyawa dilaporkan di dalam rumah sendiri. mungkin lepas ini kita kena simpan inflated boat dan pelampung dalam rumah kita.

Gambar dari Kosmo

 Biasalah bila berlaku bencana sebegini  ramai yang akan mengeluarkan kenyataan ini yang dikaitkan dengan keagamaan.  Ada yang mengatakan bencana menunjukan dunia telah hampir dengan kiamat.  Beriman dengan hari kiamat adalah wajib tetapi kita tidak perlu mengembar mengembur tentang tarikh kejadian tersebut khuatir tersalah cakap jatuh syirik.

Tidak kurang juga mengaitkan kejadian ini dengan teguran Allah kepada hambanya.  Aku lebih berminat untuk mendengar pekara sebegini kerana ianya mungkin boleh membaiki diri dan negara serta menaikan kembali keimanan diri.  Antara pengajaran yang mungkin kita boleh fikirkan :

PEMBANGGUNAN

Mungkin teguran kerana kita telah telalu banyak mengganggu eko sistem atau habitan flora dan fauna,  kita tahu semua hidupan di muka bumi ini sentiasa berzikir kepada Allah dengan pembangunan tidak terkawal maka berkurangan makhluk yang membesarkan Allah.

RUNGUTAN

Mungkin rungutan penduduk setempat yang sering merunggut dan gagal bersyukur dengan rahmat Allah menyebabkan Dia menurunkan peringatan.  Kita sering merungut tentang ketiadaan air di kawasan Lembah Kelang, dan kemungkinan semasa kita merunggut tersebut kita telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.  Kemudian Allah turunkan air hujan bagi mencuci kotoran yang ada di dalam sungai klang tersebut.

KESOMBONGAN

Mungkin kesombongan yang bermaharaja di dalam negara kita.  Mungkin kita atau pemimpin negara kita yang bongkak dengan kemajuan dan kejayaan yang di raih negara sehingga kita lupa untuk bersyukur.  Apatah lagi mereka yang berterusan menghina kakitangan kerajaan, tidak terlintaskah kemungkinan penghinaan tersebut telah menjadi satu fitnah.  Tidak semua kakitangan awam itu rosak dan masih ada yang berintegriti tinggi dan apabila kita menyebut secara umum maka ia menjadi fitnak kepada yang tidak melakukanya.

Apa jua alasan DIA hanya DIA sahaja yang tahu.  Kita tidak perlu menunding jari kepada sesiapapun kecuali memperbetulkan diri kita sendiri.  Dalam keadaan bencana ini aku sentiasa bebesar hati melihat bagaimana kita akan membantu sesama kita.  Sifat yang baik yang telah ada sekian lama di dalam hati rakyat negara kita.  Mari terus membantu sesama kita janganlah berkira apa bangsa atau agama hendaknya.  Bagi mereka yang tidak mahu membantu biarkan terpulang kepada mereka.  

Dipohon jangan memarahi pihak kerajaan mengenai bantuan kerana bilangan kakitangan, peralatan adalah terhad apatah lagi kakitangan itu juga mungkit turut terjejas dalam situasi sekarang.   Marilah kita memohon keampunaNYA dan kembali ke jalanyang benar semoga selepas ini tiada lagi bencana yang akan kita hadapi.

Gambar dari Sinar

 

 

 

Search more info here

Custom Search

Jumaat, Disember 10, 2021

Aktiviti melihat burung

Aktiviti melihat burung atau 'bird watch' bukanlah aktiviti yang asing malah telah menjadi routine kepada peminat mergas tua.  Dapat mencari atau menangkap gambar burung-burung yang berbeza malahan species yang sukar ditemui adalah satu hiburan  serta kepuasan kepada para peminat.  Bagi kita yang tidak meminati bidang ini akan menganggap burung adalah burung dan tiada sebarang keistimewa.

Seorang yang peminat melihat burung ini mungkin mempunyai sifat kesabaran yang luar biasa kalau tidak mungkin mereka akan mampu menunggu beberapa jam  untuk mencari burung-burung yang cantik.  Selain itu mereka sudah mempunyai pemikiran yang tajam untuk mengingati rupa species.  

Baru ini Jabatan Alam Sekitar telah menadakan aktiviti bird watch bagi sama-sama mempelajari mengenai bird watch

Mungkin imej 8 orang dan kawasan luar

 

Mungkin imej 4 orang, orang berdiri dan kawasan luar

 

Mungkin imej burung, kawasan berair dan alam

 Untuk laporan dan gambar sila terus ke

 

Search more info here

Custom Search

Rabu, Disember 08, 2021

Penebusan Awal GCR utk Penjawat Awam

Dalam perbentangan belanjawan 2022 oleh Tengku Datuk Sri Zafrul,  kakitangan awam akan dibayar bantuan khas sebanyak RM 700.00.  Selain itu kerajaan juga mengumumkan,  penebusan awal cuti rehat (GCR) sebanyak 80 hari dan jumlah simpanan cuti di naikan dari pada 150 hari kepada 160 hari.  Cadangan ini sebenarnya telah dibuat pada tahun sebelumnya tetapi masih belum mendapat khabar yang jelas mengenai kaedah permohonan sebenarnya.  Cadangan ini  juga di tambah baik dari cadangan belanjawan 2020 terdahulu kerana pengeluaran dikatakan adalah hanya untuk pendidikan anak-anak ataupun mengerjakan haji atau umrah.

Semakan dengan portal Jabatan Perkhidmatan Awam telah menemui satu maklum balas dari pihak JPA mengenai pekara ini yang dikeluarkan pada 6 Februari 2020.  Antara lain memaklumkan pengeluaran tersebut tidak dapat dilaksanakan selagi  pindaan ke atas peraturan yang berkaitan di dalam Peraturan-Peraturan Pencen 1980 belum dibuat. (boleh semak disini)

 Sehubungan itu semua Pejawat Awam yang mempunya simpanan GCR melebihi 80 hari dan berhidmat melebihi 15 tahun terpaksalah menunggu peraturan dipinda terlebih dahulu.  Setelah itu ,  pasti JPA akan mengeluarkan syarat-syarat serta kaedah pengeluaran yang betul.

kata lain besabarlah ye.

Search more info here

Custom Search