Jumaat, Julai 31, 2009

Ketelusan dan birokrasi

Sekarang Malaysia telah melangkah ke "dalam" kelompok negara maju. Bila berada dalam kelompok negara maju ini pasti KITA akan menghadapi pelbagai rintangan dan semesti rintanganya berbeza dari masa kita sedang membangun. Dalam peringkat ini kita perlu terus membangunkan negara kita dan satu faktor utama adalah EKONOMI negara. Ini adalah tanggungjawab yang amat berat perlu di tanggung oleh kerajaan tak iralah pembangkang atau pemerintah yang ada sekarang.

Kerajaan telah mencadangakan pai polisi kebelakangan ini bagi meneruskan perjuangan ini dan antaranya yang sering diperkatakan ialah 'KETELUSAN & BIROKRASI' . Aku tidak pertikaikan dua pekara ini penting dalam pengurusan kerajaan masa sekarang. Sememangnya kedua-dua ini akan memabtu perkembangan negara dengan cepat dan berterusan tetapi apat satu masalah untuk mencapai impian kerajaan ini iaitu ketelusan dan brokrasi dalam pengurusan Jabatan kerajaan itu sendiri.

Apa yang aku perkatakan adalah bukan berkaitan dengan orang awam atau pelanggan luar yang memerlukan khidmat Jabatan itu, sebaliknya pengurusan antara kakitangan dalam sesuatu Jabatan tersebut. Yang tidak berada di dalam Jabtan kerajaan mungkin tidak tahu tetapi mereka yang berada di dalamnya pasti akan merasainya. Bagai mana hendak mengubah sistem keseluruhan sekiranya ianya tidak dimulakan dari dalam.

Sabtu, Julai 25, 2009

Kaedah Penilaian Prestasi

Kaedah penilaian prestasi di dalam Jabatan Kerajaan sering dipertikaikan diatara kakitangan sendiri. Kaedah yang digunakan sejak sekian lama sebenarnya telah disedari akan kekurangannya dan tiada satu kaedah yang terang bagi mtukan markah ini menyebabkan semua Pegawai Penilai akan membuat penilaian kaedah berdasarkan kehendak hati.

Setiap pegawai penilai mempunyai kaedah sendiri (kerana tiada kaedah yang tepat)dan biasanya akan menggunakan 'rasa hati' ini akan menyebabkan penilaian bagi setiap pegawai akan berbeza walaupun pencapaian dan hasil tugas setiap pegawai itu adalah sama. Ini menyebabkan pegawai yang menilai adalah berbeza-beza ini dengan sendiri menunjukkan kegagalan penunjuk aras prestasi sebenar sesorang pegawai itu.

Memang benar ada garis panduan yang ditulis bagi tujuan memberi panduan kepada pegawai penilai, tetapi manusia tetap manusia dan manusia tidak akan sempurna masih terikat dengan perasaan marah, dengki, dendam, ego dan sebagainya. Sifat seperti ini adalah biasa di dalam Jabatan dan ianya telah menjadi pekara biasa dan telah menjadi 'mangli'.

Garis panduan memberi peluang pegawai yang dinilai berhadapan dengan ketua tetapi sejauh mana kata-kata serta penjelasan pegawai rendah ini akan diamdpenilain yang dibat oleh pegawai tersebut. Kadang kala juga berlaku pegawai yang baru bertugas 3 atau tidak sampa setahun menilai pegawai yang telah bertugas lebih lama dari beliau. Persoalanya adakah pegawai tersebut tahu atau tidak prestasi pegawai tersebut sebelum ini. Adakah prestasi pegawai serta Jabatan diukur untuk satu masa atau berterusan?

Satu dalam seratus yang mendapat prestasi tinggi serta mendapat anugerah cemerlang adalah benar-benar layak yang lain hanyalah dianugarah atas sebab kesian ataupun simpati. Dengan keadaan yang sebegini biasanya akan menghasilkan satu perasaan kurang puas hati dan mengakibatkan kualiti Jabatan tersebut akan menurun.

Aku pernah mencadangkan agar penilaian perlu dibuat secara berterusan dan bukan berdasarkan tan. Pernah juga aku cadangkan agar diadak jawatankuasa menetukan prestasi individu tetapi tiada siapa yang mendengar. Alasannya sudah ada GO