Setiap pegawai penilai mempunyai kaedah sendiri (kerana tiada kaedah yang tepat)dan biasanya akan menggunakan 'rasa hati' ini akan menyebabkan penilaian bagi setiap pegawai akan berbeza walaupun pencapaian dan hasil tugas setiap pegawai itu adalah sama. Ini menyebabkan pegawai yang menilai adalah berbeza-beza ini dengan sendiri menunjukkan kegagalan penunjuk aras prestasi sebenar sesorang pegawai itu.
Memang benar ada garis panduan yang ditulis bagi tujuan memberi panduan kepada pegawai penilai, tetapi manusia tetap manusia dan manusia tidak akan sempurna masih terikat dengan perasaan marah, dengki, dendam, ego dan sebagainya. Sifat seperti ini adalah biasa di dalam Jabatan dan ianya telah menjadi pekara biasa dan telah menjadi 'mangli'.
Garis panduan memberi peluang pegawai yang dinilai berhadapan dengan ketua tetapi sejauh mana kata-kata serta penjelasan pegawai rendah ini akan diamdpenilain yang dibat oleh pegawai tersebut. Kadang kala juga berlaku pegawai yang baru bertugas 3 atau tidak sampa setahun menilai pegawai yang telah bertugas lebih lama dari beliau. Persoalanya adakah pegawai tersebut tahu atau tidak prestasi pegawai tersebut sebelum ini. Adakah prestasi pegawai serta Jabatan diukur untuk satu masa atau berterusan?
Satu dalam seratus yang mendapat prestasi tinggi serta mendapat anugerah cemerlang adalah benar-benar layak yang lain hanyalah dianugarah atas sebab kesian ataupun simpati. Dengan keadaan yang sebegini biasanya akan menghasilkan satu perasaan kurang puas hati dan mengakibatkan kualiti Jabatan tersebut akan menurun.
Aku pernah mencadangkan agar penilaian perlu dibuat secara berterusan dan bukan berdasarkan tan. Pernah juga aku cadangkan agar diadak jawatankuasa menetukan prestasi individu tetapi tiada siapa yang mendengar. Alasannya sudah ada GO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan