Ahad, Ogos 28, 2011

Kakitangan awam dapat ganjaran lapor rasuah

Satu cadangan baru yang hebat diperkatakan dalam menangani masalah rasuah dan meningkatkan intergriti pasukan keselamatan serta jabatan kerajaan.  Ada kebaikan dan kesan kepada program menangani masalah rasuah serta ketidak tentuan halatuju program NKRA tersebut.

Ada beberapa pekara yang aku rasa menjadi kekangan bagi kakitangan awam untuk mendedahkan pekara berkaitan rasuah.  Antara isu yang sangat ditakuti oleh kakitangan awam adalah isu keselamatan diri atau keluarga kakitangan awam itu senndiri.  Sepanjang perkihidmatan aku selama 15 tahun terdapat beberapa cerita yang menakutkan aku walaupun tiada bukti yang kukuh tetapi ianya tetap membimbangkan.

Antaranya seorang pegawai kastam yang engan menerima rasuah menjalan siasatan penguatkuasaan di jeti telah dipukul menyebabkan ianya koma dan rakanya patah tangan dan kaki.

Kisah kedua seorang pegawai kastam juga telah disimbah asid kerana juga enggan menerima rasuah.

Kisah ketiga seorang pegawai JPJ (wanita) yang tidak mahu menerima rasuh telah didatangai tonto di rumah.  Di ganggu adalah anakanaknya di rumah.

Segi cerita kerana hanya tidak mahu menerima.  Kalau kita laporkan bagaimanakah mereka ini sanggup lakukan.  Memang boleh membuat laporan kepada pihak Polis , bolehkah polis mengawal rumah , anak bini kita serta diri kita 24 jam dan 365 hari?  Pesalah kecil mungkin tidak hairan lah tapi kalu kes yang melibatkan penjenayah anatarabangsa dan jenayah terancang sememangnya merka mempunyai organisasiyang juga kukuh.

Kisah Tan Beng Hock juga menjadi satu cerita yang menggerunkan kepada mereka yang hendak melaporkan kejadian rasuah.  Tan Beng Hock adalah seorang saksi dan bukan seorang OKS tapi kenapa sehingga terjatuh?  Ia kelihatan seperti satu tekanan yang tidak tertahan sehingga menyebabkan beliau bertindak diluar batasan.  Aku tak mau ulas sebab aku tak tahu kejadian nanti jadi fitnah tapi yang aku tahu cerita dua orang kakitangan Jabatan aku yang pernah melaporkan cubaan rasuah lebih 15 tahun yang lalu.

Sepulangan mereka dari pejabat BPR terus menyumpah dan kata mereka sumpah taubat aku takan laporkan lagi kejadian cubaan merasuah lagi dan bila ditanya... jawabnya....
Soal siasat saksi lebih kurang menyoal seorang persalah sehingga menepuknepuk meja.  Siap menuduh lagi aduan dibuat kerana jumlah ditawar itu kurang dari yang dikehendaki.

Cerita sebegini yang sentiasamenakutkan orang awam serta juga kakitangan awam.  Sekiranya kerajaan dapat mengubah kaedah dan tatacara pelindungan serta siasatan mungkin akan membantu dan bukan sahaja dengan GANJARAN.  Wang bukan segalanya tetapi keselamatan diri dan keluarga adalah utama.  Mungkin pemberian senjata kepada kakitangan penguatkuasa adalah satu langkah baik bagi melindungi diri dan menyediakan tempat kediaman dikawasan terkawal seperti di kem tentera tu.

Sekarang telah ada akta perlindungan saksi tapi adakah ia boleh terpakai kepada kakitangan awam?  tak mungkin kerana ianya hanyalah untuk orang awam.  Bagi aku lebih baik aku elakkan kejadian daripada aku mengadaikan keselamatan diri dan keluarga aku biarpun ganjaranya 2-3k sekalipun.. tapi kalau satu juta mungkin aku pertimbangkan kerana mungkin boleh lari keluar negara..atau buat biz besar kemudian gajikan pengawal peribadi...


http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0430&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm
http://cuepacs.blogspot.com/2010/06/cuepacs-syor-naikkan-pangkat-gaji-jika.html


Search more info here
Custom Search

Pemohonan Zakat Amat susah dan menyusahkan lagi gelap....

Aku terbaca satu e-mail yang memperburukan sistem pengurusan pengagihan wang zakat... agak menarik kerana aku juga ada mendengar rintihan beberapa 0rang kenalan aku. Ini ada kaitan dengan isu serbuan JAIS ke gereja kristian dan beberapa orang Islam yang telah murtad. Aku tak mau komen pasal murtad tapi hanya berkaitan isu Pengagihan Duit Zakat atau bantuan tabung zakat.

Seorang kawan aku asal dr Sg. Petani bekerja di Kuching dan berkahwin dengan seorang wanita keturunan Jawa Sarawak, anak kepada imam. Sewaktu aku hendak menandatangani borang potongan gaji untuk zakat pendapatan dia berkata,"abang lebih baik abang cari orang miskin dan bayar terus zakat tu kepada mereka." pelik aku terus bertanya kenapa. Jawab dia sungguh beremosi,"Bapa mertua saya kata tak guna bayar ke tabung zakat sebab ramai orang yang memerlukan membuat pemohonan tak dapat sebaliknya orang yang entah apa latar belakangnya dapat pula."
Takut kalau-kalau kita nak buat ibadah tapi akhirnya tiada apa yang kita perolehi. Katanya itulah pesan bapa mertuanya. Tapi aku fikirkan aku adalah orang luar yang bertugas di Kuching mana aku kenal sesiapa yang benar-benar boleh menerima zakat tu... jadi lebih baik aku bayar kepada lembaga zakat aja.

Beberapa bulan kemudian seorang kakitangan pejabat aku mengeluh kerana anaknya dapat memasuki universiti awam di Pahang. Berjawatan sebagai 'PION' dia tak mampu. Abang yang berumur 54 tahun tersebut nampak agak gusar lalu aku memberi pandangan.. "Abang jom kita cua mohon di tabung zakat."... Dia gelak agak besar jugak katanya Mi takyahlah ...dah dua kali pergi mohon pertama kali isi borang pastu hantar borang kata tiada pengesahan YB, cari YB.. tak de...pass tu cari lagi last dia kata tak layak.... tak sakit hati ke..?

Cerita ini ada kaitan dengan e-mail yang aku terima.. Kata e-mail tersebut beliau telah menemuramah mereka yang terlibat dalam murtad di gereja di Bangsar Selangor. Katanya salah satu sebab memohon jabatan agama islam dan zakat banyak rintangan dan susah.. Pegi gereja senang je dapat....

Jika benarlah ulasan email atau pengarangnya memang ada benarnya kalau di seragamkan dengan cerita yang aku debgar ini. Aku agak hairan kenapa berlaku sedemikian? Pungutan telah dimudahkan senang aja dengan potongan gaji dan sebagainya tapi kenapa pengagihan menjadi amat sukar? Kemana sebenarnya wang itu pergi? bagi yang tak faham mesti menganggapnya hilang entah kemana... Yang sering kita dengar bila musim perayaan sahaja diagihkan tapi hari lain bagai mana?

Zakat dah jadi macam politik pula... takut aku nak komen ni tapi itulah apa yang kita rasakan masa kini. Elok diubah sikit method yang sedia ada agar tidak berulang. Kenapa pihak gereja dengan mudah sangat keluarkan wang sedemikian tapi kita ...?

Forum berkaitan:
  1. http://tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=19900&start=120
  2. http://empayar-14.blogspot.com/2010/01/zakat-di-malaysia-mainan-para.html
  3. http://www.islamituindah.my/perkara-sebenar-ketika-pemeriksaan-jais-di-gereja-beserta-bukti 
  4. http://abunaiem.wordpress.com/2007/03/08/agihan-zakat-mufti-selangor-kecewa-dengan-mufti-perlis/


Prosedur memohon bantuan Selangor.
Kaedah pemohonan bantuan negeri Kelantan.
 Asnaf zakat / Orang yang boleh menerima








Search more info here
Custom Searc