Seorang kawan aku asal dr Sg. Petani bekerja di Kuching dan berkahwin dengan seorang wanita keturunan Jawa Sarawak, anak kepada imam. Sewaktu aku hendak menandatangani borang potongan gaji untuk zakat pendapatan dia berkata,"abang lebih baik abang cari orang miskin dan bayar terus zakat tu kepada mereka." pelik aku terus bertanya kenapa. Jawab dia sungguh beremosi,"Bapa mertua saya kata tak guna bayar ke tabung zakat sebab ramai orang yang memerlukan membuat pemohonan tak dapat sebaliknya orang yang entah apa latar belakangnya dapat pula."
Takut kalau-kalau kita nak buat ibadah tapi akhirnya tiada apa yang kita perolehi. Katanya itulah pesan bapa mertuanya. Tapi aku fikirkan aku adalah orang luar yang bertugas di Kuching mana aku kenal sesiapa yang benar-benar boleh menerima zakat tu... jadi lebih baik aku bayar kepada lembaga zakat aja.
Beberapa bulan kemudian seorang kakitangan pejabat aku mengeluh kerana anaknya dapat memasuki universiti awam di Pahang. Berjawatan sebagai 'PION' dia tak mampu. Abang yang berumur 54 tahun tersebut nampak agak gusar lalu aku memberi pandangan.. "Abang jom kita cua mohon di tabung zakat."... Dia gelak agak besar jugak katanya Mi takyahlah ...dah dua kali pergi mohon pertama kali isi borang pastu hantar borang kata tiada pengesahan YB, cari YB.. tak de...pass tu cari lagi last dia kata tak layak.... tak sakit hati ke..?
Cerita ini ada kaitan dengan e-mail yang aku terima.. Kata e-mail tersebut beliau telah menemuramah mereka yang terlibat dalam murtad di gereja di Bangsar Selangor. Katanya salah satu sebab memohon jabatan agama islam dan zakat banyak rintangan dan susah.. Pegi gereja senang je dapat....
Jika benarlah ulasan email atau pengarangnya memang ada benarnya kalau di seragamkan dengan cerita yang aku debgar ini. Aku agak hairan kenapa berlaku sedemikian? Pungutan telah dimudahkan senang aja dengan potongan gaji dan sebagainya tapi kenapa pengagihan menjadi amat sukar? Kemana sebenarnya wang itu pergi? bagi yang tak faham mesti menganggapnya hilang entah kemana... Yang sering kita dengar bila musim perayaan sahaja diagihkan tapi hari lain bagai mana?
Zakat dah jadi macam politik pula... takut aku nak komen ni tapi itulah apa yang kita rasakan masa kini. Elok diubah sikit method yang sedia ada agar tidak berulang. Kenapa pihak gereja dengan mudah sangat keluarkan wang sedemikian tapi kita ...?
Forum berkaitan:
- http://tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=19900&start=120
- http://empayar-14.blogspot.com/2010/01/zakat-di-malaysia-mainan-para.html
- http://www.islamituindah.my/perkara-sebenar-ketika-pemeriksaan-jais-di-gereja-beserta-bukti
- http://abunaiem.wordpress.com/2007/03/08/agihan-zakat-mufti-selangor-kecewa-dengan-mufti-perlis/
Prosedur memohon bantuan Selangor.
Kaedah pemohonan bantuan negeri Kelantan.
Asnaf zakat / Orang yang boleh menerima
Search more info here
Custom Searc
Tiada ulasan:
Catat Ulasan