Selasa, September 24, 2013

Mengukur Baju Di Badan Sendiri

Sayang benar bila aku hendak menulis hari ini, sayang kalau-kalau aku membuang masa aku tetapi tidak mendatangkan sebarang makna.  Aku dah letih menyampaikan pandangan kepada pihak atasan tetapi kerana kita ni berada jauh dibawah maka tidak ada yang menjadi perhatian.  Tapi dimana lagi tempat hendak aku luahkan pandangan  bagi menghilangkan stress kalau bukan disini.

Pagi tadi di adakan satu latihan dalam Jabatan aku dalam memberi ilmu kepada kakitangan.  Pendekan cerita latihan adalah berkaitan penggunaan Alpha Method dalam menjalankan tugas Jabatan.  Dalam perbincangan timbul satu dua permasalahan yang dibangkitkan dan  ianya sangat tersusk bila ada perkataan berunsur yang menyebut "orang lama tidak betul'.

Isunya kecil bagi aku kerana secara normal understanding boleh kita selesaikan tapi masalahnya Jabatan ingin meninggikan standard tanpa membekalkan kemudahan yang setimpal dengan standad yang ditetapkan.  Isunya hanyalah berkaitan mengekalkan sample di dalam bekas bersuhu 4 C.  Yang menjadi isu sebenarnya adalah adakan equipment yang dibekalkan mampu mencapai ke tahap tersebut atau bagaimana nak ukur suhu di dalam bekas penyimpanan?

Pertelingkahan masih dan terus berlaku bagi menegak benda yang amat sukar sekiranya menggunakan peralatan standard China untuk mematuhi standard USA.  Kalau dah Jabatan ingin menggunakan standad sedemikian maka carilah peralatan yang setimpal tidaklah kakitangan bertelagah sesama sendiri.  Dan uintuk orang baru Jabatan ni tak payah nak peningkan kepala dah kita diberikan peralatan sedemikian maka guna lainya kita serahkan kepada takdir.  Yang penting kita kena faham sampel kena di simpan pada suhu 4 darjah, air membeku pada suhu 0C dan mula mencair pada suhu 4C jadi cool boc kita boleh diterimalah.....

Aku tak taulah APHA biasanya di gunakan sebagai basic guide tapi yang lebih detail adalah garispanduan yang ditulis secara lengkap dan terperinci yang mengambil kira pekara yang tercatat dalam APHA tersebut contohnya disebalik APHA sebenarnya USEPA ada garis panduan yang lebih detail.




Search more info here
Custom Search

Tiada ulasan: