Tak lama dulu kita dengar program penambah baikan perkhidmatan Polis dan sebelum itu ada juga penambah baikan Skim Perubatan, ternetra dan Guru mendapat perubahan yang sama. Baru-baru ini ada penjumutan perkhidmatan Juruteknik dan penambah baikan perkhidmatan tersebut. Dalam Budget terbaharu ini telah diumumkan 81 Perkhidmatan akan ditambah baik dan Pekeliling tambah baik perkhidmatan awam dikeluar dalam bulan November 2013.
Aku merasa pelik juga, dalam Kerajaan Malaysia terdapat lebih kurang 250 skim perkhidmatan kenapa hanya 81 sahaja yang akan ditambah baik? Sekiranya diambil kira jumlah perkhidmatan yang telah di tambah baik sebelum ini tinggal lagi kurang lebih 190 skim yang masih menunggu jauh perbezaanya. Semua kakitangan diskim tersebut sedang menanti 'bagai kakitangan awam didepan TV ketika budget' atau bagai menunggu buah yang tak gugur. Kenapa kerajaan hanya mengumumkan 81 perkhidmatan akan ditambah baik.
Aku cuba semak akhirnya aku berjumpa dengan jawapanya. Mungkin tidak tepat dapi ada kemungkinana. Jumpah skim perkidmatan bagi jawatan pengurusan & professional adalah 84 dan sekiranya di tolak jumlah yang telah di tambah baik sebelum ini jumlahnya lebih kurang 81.... jadi?????
Lu pikirlah sendiri siapa yang dapat...
Search more info here
Custom Search
Tiada ulasan:
Catat Ulasan