Abah .. ramai yang kata penyakit ni tipu.
"Apasal pulak?" jawab aku
Tengok tahun lepas hanya berapa puluh je orang yang kena tapi kalini sampai ribu," sambung bini aku. "Dalam facebook ramai yang tulis kata bilangan pesakit tu tipu nak bagi takut supaya orang ambik vaksin dan vaksin tu sebenarnya bukan ubat," terangnya lagi
"la.. memang vaksin tu bukan ubat," jawab aku pendek.
Jenoh juga aku nak bagi tahu bini aku tentang Corona Virus, lepastu teori conspirasi Yahudi dan vaksin. Dalam tu juga timbul pulak persoalan ujian swab serta PKP. Kalau nak jelaskan pekara ini kepadaa seorangpun dah susah bagaimana nak jelaskan kepada rakyat? Apatah lagi dalam ramai-ramai rakyat Malaysia mesti ada segelintir yang terlebih pandai atau yang jenis tidak mau terima penerangan, golongan yang sengaja menimbulkankeraguan.
Macamana dia tahu bilngan akan turun dalam bulan tertentu?
Dah buat Swab test mestilah banyak yang positif kalau tak buat mesti tiada penambahan!
Lagipunmana ada ubat buat apa ke hospital.
Vaksin tu cimpaan Yahudi yang boleh mengawal manusia seluruh dunia.
baiklah hari ini aku cuba menulis sedikit mengenai virus dan vaksin mengikut pengetahuan aku. kebetulan aku ada sedikit pengetahuan mengenai 'benda allah' ini. Kebetulan juga 25 tahun dulu aku ada belajar sedikit mengenai virus dan kemudian praktikal di Institud Medical Research (IMR). Pada masa itu tempat aku belajar hanya mampu membuat analisa virus jenis T4 sahaja walaupun masa tu telah banyak virus yang diketahui.
Secara amnya Virus adalah makhluk yang paling kecil selepas bakteria, yis, protoazua dan lain lain. Hidupan satu sel dan tidak memerlukan makanan. Sistem pembiakan hidupan lain memerlukan sistem DNA dab RNA tetapi virus hanyaada RNA
Ini adalah virus Aids
dan ini pula adalah virus Corona virus
Dalam kajian virologi, hampir semua virus akan mempunya binaan seperti crown atau sesungut sebenarnya kegunaanya adalah untuk melekat pada sel perumah. Setiap sesungut tersebut hanya akan melekat pada sel khas sahaja dan tidak pada sel lain. Contohnya coronavirus hanya melekat pada sel paru paru sahaja dan tidak pada sel lain.
Selepas melekat pada sel berkaitan virus ini akan memasukan RNA ke dalam sistem sel perumah. RNA atau rebunukleik asid merupakan bahan penting dalam sistem repoduksi. RNA virus akan mengambil alih RNA perumah menyebabkan salinan DNA cell perumah bertukar menghasilkan virus baharu. Katalain sel perumah yang akan menghasilkan virus baharu. Ini adalah salah satu sebab kenapa tempoh inkubasi virus lebih lama.
Vaksin pulasatu kaedah bagi menghalang pembiakan atau menghalang serangan virus pada sel perumah. Ada vaksin dihasilkan berasas kepada halangan kepada penyantuman antena virus dan sel perumah, ada juga dihasilkan berasaskan ketahanan RNA ataupu serangan kepada sel virus sendiri.
Pada zaman aku belajardulu diketauhi virus yangmenjadi punca kepada penyakit akan dilemahkan secara kimia atau fizikal dan sel yang lemah ini adalah dikenali sebagai vaksin. Yang perlu diingat vaksin bukan ubat tetapi menaikandaya tahan kepada virus yang specifik. Zaman telah berubah maka kaedah sekarang mungkin telah berbeza dan ada pelbagai cara.
cukup untuk kali ini saya akan cuba ceritakan berkaitan pekara lain pula dalam kiriman saya yang akan datang
Search more info here
Tiada ulasan:
Catat Ulasan