Ahad, Mei 22, 2011

Satu lagi bencana Tanah Runtuh

Satu lagi tragedi tanah runtuh berlaku di Malaysia kali ini meragut anak yatim dan penjaga (warden) yang betugas menjaga mereka.  Kisah sedih yang berlaku di Highland Tower dan kawasan mewah berhampiran Bukit Antarabangsa.  Kali ini mejoriti mangsa adalah kanak-kanak , sungguh menyedihkan. Ini antara gambar yang aku perolehi dari web ianya sungguh menyayat hati... alfatihah....




Haruskah benda sebegini berulang? dimana salah semuanya ini? pasti akan ada orang akan dipersalah dari seorang kepada seorang, dari jabatan kepada agensi dan yang pasti jawapannya pasti kita tidak akan temui kerana sebenarnya salah kita semua...kau, aku, dia mereka, kita, kamu tak kira berapa besar atau berapa kecil kamu.  Kita sama-sama ada tanggung jawab ALLAH telah berpesan dalam surah albaqarah... bemaksud lebih kurang bermaksud..."Aku turun bala bencana itu disebabkan hasil tangan kamu sendiri.." jelas tidak menunjukan kepada seseorang tapi kita semua..

Semua menyumbang dalam kejadian sebegini sedar atau tidak....

Tuan tanah - ingin memajukan kawasan atas alasan mampu, tanah bernilai tinggi, lokasi terbaik atau keuntungan,
Politik - mungkin terpaksa bersetuju kerana faktor memajukan kawasan.
Pihak berkuasa - Kuasa yang bertindih dan penguatkuasaan yang kurang jelas serta tidak tepat.
Individu- Kurang faham dan tidak sensitif


Rajah diatas menunjukan keadaan tanah dari pelbagai jenis seperti liat pasir atau sebagainya.  Permukaan tanah yang pada asal dilitup dan dilindungi oleh tumbuhan, tumbuhan tersebut melindungi permukaan dengan memperkuat peganggan tanah serta membantu memecahkan molekul air menjadi lebih kecil dengan itu akan mengurangkan tenaga.   Pengurangan tenaga tersebut akan mengurangkan impak geseran atau hakisan serta mengurangkan keupayaan air memasuki kedalam bumi.

Walaupun tanah kita lihat mampat serta tidak berlubang tetapi sebenarnya tanah sebenarnya mempunyai ruang-ruang kosong yang boleh menjadi laluan air.  Bila permukaan tanah terbuka akan menyebabkan air akan mudah menyerap dan kemudian akan berkumpuldi bahangan atau ruang tersebut.  Sifat air akan terus mencari kawasan yang bertekanan rendah menyebabkan ianya akan berlaku aliran bawah tanah.   Bila air bergerah secara semulajadi iaakan menyebabkan hakisan apabila berlaku hakisan bermaksud terbentuk ruang atau rongga kosong.

Keujudan rongga ini menyebabkan permukaan serta tanah akun mula bergerak atas sebab tarikan graviti.  Jika rogga tersebut tidak diperbaiki segera ia akan menyebabkan runtuhan tebing dan sekiranya berlaku dalam ruangan yang dalam ianya akan menyebabkan runtuhan yang lebih besar.  Jadi sekiranya anda berada dikaki bukit atau cerun sekiranya kelihatan keujudan punca air mata yang belum pernah dijumpai sebelum ianya mungkin menunjukan tanda-tanda akan berlaku tanah runtuh.  Bagi tebing berbatu perubahan kedudukan batu atau kejatuhan batu-batu kecil yang luar biasa juga boleh menunjukan tanda-tanda yang kurang baik.




Search more info here
Custom Search

Tiada ulasan: