Custom Search
Berbagai cara aku cuba tapi aku masih gagal untuk mendapat maklumat yang tepat ataupun maklumat yang boleh dipercayai mengenai kuantiti penggunaan minyak bahan bakar di Malaysia. Memang sukar nak dapat data statistik ni aku cuba lagi tapi yang aku dapat hanyalah angka anggaran. Angka tepat dalam negara sebenarnya adalah satu rahsia besar kerajaan. Sekiranya angka tersebut tersebar keluar alamtnya terdapat kebocoran sabit kesalahan boleh dikenakan denda yang amat tinggi dan silap haribulan.. ISA dan penjara sepanjang hayat...
Kalau data tidak tepat walau bagaimanapun kita cuba terangkan bermaksudnya hujah kita sememangnya tak tepat langsung. Di negara kita walaupun di war-warkan ketulusan tetapi terdapat banyak pekara yang masih dianggap rahsia walaupun kadangkadang pekara itu sangat penting dalam memupuk kefahaman dan pembukaan minda rakyat jelata. Ini jelas sekali berlaku dirata-rata jabatan dalam Negara termasuk Jabatan aku. Apa yang aku khuatir sekiranya data tersebut dianggap rahsia maka data tersebut tidak dapat dirujuk danseterusnya tidak dapat dicabar. Tanpa cabaran yang positif pasti akan membuat proses pengumpulan data tidak dapat diperbaiki jadi sekira ini berleluasa ia akan membawa kepada data yang sebenarnya tidak mempunyai nilai atau data palsu ataupun data yang tidak tepat.
Bukan bermaksud aku mempertikai kerja-kerja pakar tetapi aku cuma ingin menyatakan walau berapa pandai kita ini, tanpa rujukan yang kurang tepat pasti kita akan tergelincir, jadi kita seharusnya membuka maklumat sedemikian sepaya ianya dapat dinilai dan dikaji serta seterusnya dapat dicabar. Tapi mari kita cuba lihat mengikut data yang kita ada sahaja apa yang boleh kita buat selain dari itu?
Seperti yang dinyatakan di dalam warta si negara kita, Jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan mencecah 10.32 bilion dan dijangka akan meningkat kepada 20 bilion. Angka tersebut juga dinyatakan dalam bentuk anggaran sahaja dan ini bererti ianya tidak tepat. Dinyatakan juga jumlah tersebut juga adalah campuran kesemua jenis subsidi termasuk minyak, gas, gula, minyak masak, beras dan lain-lain sekali lagi kita tidak tahu pecahan tepat.
Tak mengapalah dah tak ada statistik tepat subsidi aku cuba cari statistik rakyat Malaysia 27,565,821 orang. dan 70 % adalah dalam lingkungan umur yang produktif antara 17-64 tahun. Statistik pendatang haram yang dihantar pulang ke negara asal pula adalah 1,918,146orang tetapi maklumat ini sekali lagi adalah satu anggaran dan ada juga maklumat mengatakan julah sebenar pendatang haram dan halal mencecah 5 juta orang.
Secara kasar kalau kita kira bilangan rakyat Malaysia yang menguna majoriti subsidi kerajaan adalah adalah dalam lingkungan 70 peratus dan yang selainya adalah golongan kanak-kanak dan lanjut usia yang ditanggung oleh keluarga. Ini bererti ada seramai 19 296 075 sekiranya bilangan ini dibahagi dengan jumlah subsidi yang diberikan tadi bermaksud setiap rakyat Malaysia yang dewasa akan mendapat sejumlah lebih kurang RM 534 seorang setahun.
Tetapi statistik juga menyebut bilangan rakyat Malaysia berpendapatan dibawah RM 1500 adalah pada julat 40 % (yang dikatakan berpendapatan rendah). Persoalan aku, adakah 40 % ini akan menggunakan jumlah subsidi yang dikeluarkan oleh kerajaan sama seperti mereka yang berpendapatan tinggi. Bagimana bilangan pendatang yang turut sama merasainya ditambah lagi bilangan barangan yang diseludup. Ini bererti sebenarnya RM534 yang tadi kita dapat sebenarnya tidak dibahagi sama rata antara rakyat.
Sebenarnya terdapat rakyat Malaysia yang telah mengambil hak rakyat lain dan seolah-olah orang miskin sedang memberi subsidi kepada orang kaya. Sebagai contoh 40% rakyat Malaysia hanya mampu berbasikal serta bermotosikal, jumlah penggunaan minyaknya hanya beberapa puluh ringgit sahaja sebulan. Sedangkan selebihnya iaitu 60% lagi mampu menggunakan kereta malah ada yang mempunyai kereta berkuasa besar yang menggunakan minyak beratus sehingga ribuan ringgit sebulan. In julas sebahagian subsidi rakyat miskin telah dirampas oleh mereka yang berpendapatan tinggi. Yang lebih sedih mereka yang miskin ini kemudian ditindas lagi dengan kenaikan harga barang yang sewenangnya.
Aku secara peribadi setuju dengan pemansuhan subsidi ini tetapi dalam masa yang sama kerajaan mesti memberi subsidi dalam bentuk yang berbeza dan secara yang lebih adil dan saksama sebagai contoh memberi elaun/baucar pembelian bagi setiap rakyat negara mengikut status, cuma kaedahnya perlu dikaji bagi memastikan kaedah pengagihan tersebut adalah tepat dan tidak dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Dengan ini kekayaan Negara dapat di agih secara saksama dan dirasai semua dan mengelak perasaan irihati antara golongan berpendapatan rendah dan tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan