Mohon maaf sekiranya nukilan aku kali ini menyakiti hati sesiapa, sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan buruk itu adalah kesilapan aku sendiri. Apa yang aku choretkan ini adalah berdasarkan pandangan dan pengalaman aku sendiri sama samlah kita bincangkan.
Aku suka perbandingkan antara Malaysia dengan Jepun. Adakah polisi kerajaan di Malaysia benar-benar berjaya?
Aku teringat satu ketika dulu bila Proton menandatangani kerjasama dengan Mitsubishi, ketika itu aku tertanya kenapa negara maju seperti Jepun sanggup berkongsi ilmu dangan negara yang baru membangun. Segi keuntugan aku nampak tiada apa yang lebih menguntungan Jepun dari yang akan diterima oleh Malaysia dengan perjanjian tersebut.
Setelah aku berpeluang ke Jepun baru aku sedar... POLISI DI JEPUN SANGAT KOMPLEKS DAN SANGAT TERSUSUN. Polisi kerjaan yang dibuat bukan sekadar diatas kertas tetapi berdasarkan penyelidikan yang sangat mendalam. Maklumat serta data yang diperolehi memang sangat tepat dan terperinci dan sukar untuk dipertikaikan.
Aku suka mengambil contoh kisah Proton dan Mitshubishi kerana .. aku baru nampak kenapa jepun dan mitsubishi bersetuju memindah teknologi automobil ke Malaysia. Jawapanya mungkin disebabkan teknologi yang dipindahkan itu adalah teknologi lama. Pelupusan teknologi lama oleh Mitsubisi sebenarnya akan menyebabkan industri sampingan (vendor) untuk Mitsubishi akan terpaksa berkubur bersama teknologi Orient ketika itu.
Dengan adanya Proton industri sampingan bagi teknologi engin orient masih boleh diteruskan sementara waktu. Tahukah kita berapakah kos yang diperlukan oleh industri kecil yang menjadi supporting kepada teknologi enjin tersebut sekiranya dia ingin menukar teknologi baru? Jadi dengan kehadiran Proton ketika itu industri hiliran bagi mitsubishi tidak berkubur terus dan masih boleh bertahan untuk mendapatkan penggantinya.
Di Malaysia ada polisi seperti apa bila sesebuah syarikat investor ingin menutup kilangnya dia perlu mendapatkan kelulusan dari Kementerian. Sayang sekali bila polisi kita hanya melihat kepada banifits pekerja di kilang tersebut sahaja. Polisi kita tidak melihat kepada pekerja serta perniagaan yang dijalankan yang menjadi supporting yang turut terjejas jadi ianya tidak ada kesinambungan langsung berbeza seperti di negara maju.
Cuba kita ambil contoh sekiranya syarikat mutinasional seperti Intel, Smci atu Motorola memberhentikan operasinya. Berapa ramaikah kakitangan mereka? Tidak menjadi masalah kerana kakitanganya akan terjaga dengan undang-undang tepi bagaimanapula dengan sup-con yang turut terlibat? syarikat pengangkutan yang terlibat? dan yang lain-lain lebih ramai yang akan teraniaya yang sebenarnya.
Satu lagi semasa di Jepun aku dapati kerajaan mengawal bilangan industri mega yang mempunyai proses sama. Sebagai contoh satu industri berkaitan kitar semula bahan bernilai. Bilangan industri sedemikian dihad mengikut daerah yang tertentu. Sekali pandang polisi sedemikian membuatkan menghadkan persaingan dan menganggu kualiti servisnya.
Tapi tidak sebenarnya... malah ianya lebih berkualiti kerana indusrti mega sedemikian sebenarnya memerlikan modal yang besar. Sekiranya persaingan yang banyak akan menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan bekalan dan bahan mentah. Bila berlaku kekurangan bahan mentah akan timbul pula masalah kenaikan harga menyebabkan margin keuntungan yang rendah. Ini akan menyebabkan pelbagai masalah lain yang akan timbul sekiranya dalam bidang Alam Sekitar pihak industri akan cuba mengurangkan kos yang mungkin menyebabkan persekitaran teraniaya.
Cuba bayangkan di Malaysia ada lebih kurang 50 buah premis yang menjalankan proses kitar semula sepenuhnya baik kimia maupun logam berharga. Undang-undang dunia menghalang pengambilan bahan mentah (buangan) dari negara luar sehububgan dengan itu Industri sebegini akan bergantung kepada bahan yang ada di Negara kita yeng tidak akan bertambah. Kekurangan bahan mentah membuatkan harga meningkat dan peningkatan kos membuat keuntungan yang sedikit. Persaingan sebegini sebenarnya mendatangkan banyak kerugian dari kebaikan
Polisi nagara kita perlu melihat pembangunan indusri perlu selaras dan berdaya maju. Bilangan tidak membuktikan kejayaan tetapi kualiti sebenarnya yang dinilai. Ada baiknya kalau kita membawa masuk industri berteknologi tinggi bersertakan teknologi sampingan bagi mengawal bahan buangan yang dihasilkan industri tersebut serta bilangan pemanggunan teknologi sampingan itu pula perlulah dihadkan.
Search more info here
Custom Search
Tiada ulasan:
Catat Ulasan