Selasa, November 06, 2012

Kenaikan Gaji dan Kualiti Kerja

Sesuatu yang mengembirakan kakitangan kerajaan baru-baru ini apabila Datuk Sri Najib mengumumkan kenaikan gaji dan diikuti pemberian bonus.  Ini sememangnya di nanti-nantikan kesemua kakitangan awam khususnya yang berjawatan rendah atau lebih dikenali sebagai kaki tangan sokongan.  Dalam masa yang sama terdengar rungutan beberapa pihak yang mengulas dan mengutuk kenaikan tersebut.  Alasan yang biasa di gunakan ialah "KERJA TIDAK SEBERAPA TAPI MAHUKAN KENAIKAN GAJI DAN BONUS" atau "QUALITI KERJA TIDAK SEBERAMA BAYARAN NAK TINGGI"

Aku sebagai seorang kakitangan awam sedikit sebanyak bersetuju dengan ungkapan tersebut kerana aku sendiri merasakan benda yang sama TETAPI bukan semua kakitangan awam yang tidak 'efficient'.  Tapi sebagai kakitangan aku merasakan pihak awam janganlah sekali-kali menyalahkan kekitangan awam sepenuhnya kerana ada kepincangan di dalam sistem kita sendiri.  Sebelum aku mengulas panjang aku ingin menceritakan sedikit pengalaman aku ketika menjalani kursus berkaitan Jabatan di Jepun pada tahun 2008.  Selepas aku melawat negara tersebut baru aku sedar mengapa mantan Perdana Menteri Malaysia Tun pernah melancarkan  kempen Pandang Ke Timur.

Ada kelakuan orang Jepun yang  aku kira agak pelik semasa lawatan aku tersebut ketika aku dalam mebuat perjalanan menuju tapak lawatan bersama peserta lain aku menemui beberapa pekara yang luar biasa.  Aku menjalani kursus di JICA Yokohama menuju Kyoto.  Yang pelik bagi aku ketika itu ialah  penganjur membawa kami ke tapak lawatang dengan  hanya menggunakan sistem pengangkutan awam dan berjalan kaki.  Ini amat  berbeza dengan negara kita, penganjur akan berusaha untuk menyewa kenderaan yang selesa dan mahal.

Ketika aku melewati deretan kedai dan restoran makanan Jepun aku melihat beberapa orang lelaki dan perempuan berdiri ditepi jalan sambil memakai papantanda bertulis perkataan yang aku tidak faham.  Aku memerhati sahaja seketika sehingga seorang kordinator kursus perasaan lalu menegur aku.  Bila di soal kordinator aku hanya menjawab sebahagian dari mereka itu sebenarnya sedang dihukum dan sebahagian lagi mungkin sedang di'raging' jawapanya mnembuat aku terdiam memikirkannya.

Ketika aku  hendak masuk ke setesen keretapi satu lagi fenomena yang sukar ditemui di Malaysia.  Ketika itu aku melihat seorang lelaki sedang bercakap menggunakan pembesar suara ditengah-tengah medan yang kosong tanpa sesiapapun yang sedang menonton atau mendengarnya.  Beribu orang yang lalu lalang buat tidak endah.  Aku terus menaiki kawasan menunggu keretapi sebelum ketibaan keretapi aku sempat lagi menjenguk  kebawah dan ketika itu aku mendapati sudah ada beberapa orang yang sedang bersila dihadapan lelaki yang sedang berucap itu.  Keordinator yang bersama aku terus menerangkan lelaki  itu adalah seorang lelaki yang cuba untuk memasuki bidang politik dan sedang cuba mencari penyokongnya.

Satu lagi keadaan yang mengejut aku bila melihat seorang parking attendent yang sedang bertugas dalam cuaca yang sejuk.  Di parking lot yang amat besar itu aku  lihat hanya ada 3 orang bertugas.  Atendant akan berganti-ganti menjaga lalu lintas baik di luar malah di bahagian dalam parking lot.  Cuba anda fikir ketika keadaan peak bagaimana sibuknya lalu lintas tetapi 3 atendent ini berlari-lari mengambil giliran menjaga lalu lintas serta menyusun kenderaan.

Satu pengalaman yang lebih menakjubkan telah berlaku ketika jamun perpisahan kursus diadakan.  SAtu insiden berlaku menyebabkan Sake yang di jamu telah tumpah ke atas director JICE.  Ketika itu aku lihat semua orang bergegas hendak mencuci pakaian director yang dibasahi Sake.  Bagi kita, kejadian sebegini menunjukan orang Jepun kuat bodek, tetapi kordinator aku yang perasaan terus datang menerangkan kepada aku membuat aku terkejut

Katanya dalam bahasa melayu....

Orang Jepun tidak sama seperti orang Malaysia.  Orang  Malaysia akan menganggapkan ianya sebagai mengampu tetapi orang Jepun  menganggapkan dia sebagai satu penghormatan.  Orang Jepun tidak percaya pada ampuan tetapi lebih mementingkan usaha.  Direktor JICE seorang yang bermula dari peringkat bawah (juruteknik makmal) dan pengalaman dan pengetahuanya membuatkan dia dinaikan pangkat menjadi direktor.  Pengalaman dan pengetahuanya membuatkan dia dihormati semua kakitangan bawahan.  Di Jepun kami sanggup berusaha untuk berjaya tanpa mencari jalan mudah demi kerjaya yang dipilih.

Ungkapan tersebut membuat aku tersedar ada perbezaan antara prinsip kehidupan di Jepun dan di Negara kita.  Kalau di negara kita tiada siapa yang sanggup berdiri tengah sejuk hanya menerima hukuman atas kesilapan menjalankan tugasan di tempat kerja.  Tiada siapa juga akan sanggup berlarii kehulu ke hilir  hanya hendak menjaga lalu lintas ketika menjaga parking.  Tapi kenapa...?

Jawapanya  kerja atas dasar KERJAYA dan bukan sekadar MAKAN GAJI.  Di negara kita semua menganggap menjadi kakitangan awam adalah sebagai 'kuli rakyat' (kata Pak Lah) atau public servan.  Kalau dah jadi kuli kitatidak sepatutnya minta lebih dari apa yang diberi.  Tapi dari pandangan pihak pekerja buat apa kerja lebih kalau kita akan tetap berada di tahap yang sama walau bagaimana bagus dan kreatifnya kita ini.  Ini akan membuat kakitangan awam menjadi lemah semangat atau 'demotivated'.

Benar adanya kenaikan pangakat tapi cuba anda fikirkan persoalan:

  1. Siapakah yang menjalankan tugas utama dalam sesuatu jabatan kerajaan.
  2. Berapa banyakkah kenaikan pangkat yang boleh diterima oleh seorang kakitangan sokongan.
  3. Sejauh manakah seorang kakitangan sokongan boleh meningkat dalam kerjaya
Walupun memang telah ada ruang KPSL untuk meningkatkan kerjaya kakitangan sokongan ke peringkat profesional tetapi sebenarnya ia jarang berlaku terutama di Jabatan aku.  Kalau adapun yang dinakan pangkat akan dianggap sebagai pegawai kelas kedua.  

Pada pandangan aku ini semua berlaku disebabkan keegoan pegawai pangkat tertinggi yang lebih mementingkan kelulusan dari kebolehan, pengalaman dan ilmu yang ada pada kakitangan tersebut.  Polici kerajaan lebih mengutamakan kelulusan sebenarnya menjadi penyumbang kepada kualiti tugasan yang kurang berkesan.  Sebagai contoh mengambil kakitangan fresh graduate untuk jawatan profesional sebenar mendatangkan risiko besar kerana kurang pengalaman dan menyebabkan perasaan yang kurang senang dengan pegawai yang lebih berpengalamn tetapi kurang kelulusanya.

Pembukaan minda pihak kerajaan dengan memberi ruang berdasarkan kredibiliti, pengalaman membolehkan kakitangan awam merancang serta membina kerjaya yang lebih baik serta dengan sendiri membuat kakitangan lebih bermotivasi serta berusha untuk maju kehadapan.


Tiada ulasan: