Sabtu, Julai 31, 2010

Mentor - Menti

Mentor Menti  telah dilancarkan di Jabatan sejajar dengan PKPA melalaui surat pekeliling kerajaan bilangan 8 2010.  Sayangnya masa pelancaran dan majlis penerangan yang di jalankan aku tidak dapat hadir kerana telah bercuti panjang untuk Pulang Wilayah.  Jadi aku tidak tahu apa erti sebenarnya Mentor Menti ini.  Pada fahaman aku ianya adalah untuk melatih pegawai baru bagi menjalankan tugas apabila mendaftar diri.

Satu langkah yang baik aku kira kerana ilmu yang ada pada pegawai lama akan dapat di salurkan kepada pegawai baru.  Seperti biasalah orang yang sering memberi pandangan serta cadangan yang berbeza akan diangap sebagai bukan pilihan terbaik sebagai seorang Mentor jadi aku tidaklah menjadi seorang pilihan. 

Paling mengejutkan aku bila dinamakan sebagai Menti..... tapi tidak pulak disebut apa masalah aku sehingga aku  perlu dimentikan.  Bayangan pertama aku.... Buruk sangat kah aku ni sehingga 4 orang kakitangan baru masuk dan 3 orangan pegawai yang baru dinaikkan pangkat tidak memerlukan mentor sedangkan aku yang telah 15 tahun bekerja ( 3 tahun di tetapkan kepada jawatan baru ) memerlukan seorang mentor.

Mentor aku seorang pegawai baru 6 tahun bekerja berjawatan profesional dan berbeza bahagian serta jurang tugas berbeza 5 tingkat.  Apa yang menjadi tanda tanya aku ini... kalau buruk sangat aku ni sepakara yang amat penting pengurusan perlu faham apa isi kandungan surat arakan JPA tersebut.  Kalau tak faham sendiri mau ingatlah hasilnya akan jadi macam mana?

Sebagai prinsip Jabatan telah melaksanakan arahan tapi hanya sebagai melepas batuk ditangga (seperti penghinaan bos aku kepada aku).  Mereka-mereka ini sepatutnya pelajari dengan lebih mendalam maksut dan kaedah yang patut di guna pakai.  Selidik dan rancangkan terlebih dahulu, ini lah benda yang aku sering bangkitkan kerana tidak puas hati sehingga aku sendiri sekarang di kategorikan sebagai pegawai bermasalah dan tidak beretika.  Mungkin mereka anggap mentor menti ini adalah progam brian wash bagi menukar pemikiran menjadi seorang obidiant.

Maklumat Tambahan dan Bahan Bacaan:

  1. Program Pengupayaan Kendiri KPWKM
  2. Isu dan etika mentor
  3. Proses Kerja Pementoran
  4. Pentauliahan Mentor
  5. Pekeliling 18 2005

Sabtu, Julai 24, 2010

Kaedah pengerusan di Jabatan Krajaan

Korang Nilai sendiri ak dah tak leh kata apa pun... email sebenar tetapi nama terpaksa aku delete.... korang baca lah dari bawah ke atas sebab yang teratas tu yang terakhir.....


.................................................................................................................................

Sent: 17 Julai 2010 16:48

Subject: RE: UUP Terhempas di Kuching 6 Julai 2010
Tuan/puan

Saya telah membaca semua email mengenai perkara ini dan apabila ada pegawai yang menyatakan bahawa tidak akan menjalan tugas pemantauan melalui udara walaupun diarahkan, saya berpendapat ini akan menjejaskan tugas JAS dan memberi pandangan bahawa ini mungkin boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah. Saya juga minta En Ramli menyemak dengan agensi-agensi lain yang juga terlibat dengan penggunaan heli dalam tugas harian dan kaedah yang digunakan. Saya juga cadangkan supaya perkara ini dibincangkan dalam mesyuarat MBJ akan datang.

Oleh itu saya berpendapat kita berhentikan membicara perkara ini melalui email dan membawa perkara ini untuk dibincangkan dalam mesyuarat MBJ akan datang. Sepertimana yang dinyatakan oleh Dato KPAS kita memang memberi kepentingan kepada kebajikan semua anggota ***.

Pihak perkerja boleh medapat pandangan semua dan memberikan cadangan-cadangan bagi menambah baik lagi kaedah yang digunakan sekarang. Pihak pengurusan pula boleh mendapatkan amalan-amalan oleh agensi lain dan juga apa-apa kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk makluman semua.


Sekian. Terima kasih.

TKP(O)
--------------------------------------------------------------------------------


From: Azmi Khamis


Sent: 16 July 2010 22:49


Subject: RE: UUP Terhempas di Kuching 6 Julai 2010





Tuan,


Terlebih dahulu saya perlu mohon maaf kepada puan Raja Aminah , rasa bersalah pulak bila En Ramli menyoal beliu sedemikian kerana saya yang melampirkan email beliau kepada tuan, saya ingatkan tuan ikhlas untuk mendengar rintihan sekarang seolah beliau menjadi pembawa masalah. Saya tersalah tafsiran, ingatkan keiklasan puan boleh membantu sebaliknya menimbulkan masalah lain. Saya percaya puan akan kecewa jadi dengan hormat saya menyusun 10 jari memohon maaf sekali lagi.



Apa harapan saya mungkin tak penting kerana saya hanya individu tetapi apa yang kakitangan inginkan. (Sebagai wakil MBJ PPK Serawak) saya terpanggil untuk menulis apabila terbaca email diantara tuan dan PPK Roslan. Membaca seakan keadaan makin panas saya ingin menenangkan keadaan dengan mengemukakan cerita dengan kaedah yang berbeza. Kami hanya berniat untuk menyatakan yang bukan sahaja menjadi harapan PPK Roslan, saya malah ramai lagi di **S. Rasanya tidak salah kalau kita meminta sedikit tambahan selain apa yang telah ditetapkan Kerajaan. Jabatan seperti Polis, Askar dan banyak lagi yang mempunyai organisasi yang melihat dan menjaga kebajikan kakitangan melebihi apa yang disediakan oleh Kerajaan.



Kami merasakan perlu ada satu unit/bahagian/organisasi/persatuan yang melihat dan mengurus secara terperinci berkenaan kebajikan pekerja bukan hanya isu insuran tapi lain-lain juga. Seperti bekas kakitangan, balu anak bantuan tambahan sekiranya berlaku sebarang kemalangan. Tak salah kita membuat selangkah maju lebih dari apa disediakan Kerajaan dengan cara itu nama Jabatan juga baik dan kakitangan lebih merasa gembira serta selesa menjalankan tugas.
Tuan, dimana lagi tempat kami nak mengadu atau menyampaikan pandangan kami? Apa juga cadangan dan pandangan kami adalah ikhlas tapi terserah pada tuan untuk menerima atau tidak tiada paksaan. Tidak gunalah kalau kerajaan mengalakan sikap keterbukaan dalam pengurusan untuk memperbaiki servis tapi kita tidak benarn melakukannya. Setakat hari ini walaupun ketidak puasan hati itu ada, tugasan kami tetap kami sempurnakan. Tiada istilah melawan atau engkar perintah. cuma sedikit rayuan, rintihan dan bantuan yang kami pohon jasa baik Jabatan.

Sekali Lagi




Puan Raja tidak patut di persalahkan sedemikian hanya ingin membantu saya Wakil MBJ menjalankan tanggung jawab seballiknya dia dipersalahkan. Dia menyatakan secara pengalaman dan tiada sebarang penyataan kesal kepada sesiapa atau mempersalahkan sesiapa saya rasa tiada sebab beliau disalahkan. Kami tidak mengadu ke pihak ketiga atau akhbar ataupun suhakam atau SUK SS atau menteri yang boleh dianggap sebagai berniat jahat. Hanya di dalam Jabatan sahaja

Kalau berginilah saya rasa tidak perlulah saya mewakili mana-mana peringkat dalam MBJ dan patutlah banyak pekara yang disampaikan oleh kakitangan tidak kesampaian sebab wakil sendiri takut di anggap penentang kalau bersuara bagi rakan-rakan. Mohon maaf sekali lagi kepada semua sekiranya penyampaian saya membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan.



Terima kasih.

Azmi Bin Khamis

Sabtu, Julai 10, 2010

Think Out Of Box

The issues raise by our PM. Memang benar sekiranya kita inginkan kemajuan dan kerjayaan  yang berterusan kita kenalah sentiasa merubah cara pemikiran dan cara kita menjalankan tugas.  Sekiranya 20 tahun yang lalu kita perlu kan masa bertahun tahun untuk membina 1 km longkang apakah pada masa sekarang kita masih memerlukan masa sepanjang itu?

Kita perlu berubah ... but for us to change almost 'difficult' kalau kita tidak rasional dan tidak kreatif.  Akku pernah menyaran beberapa pekara kepada pihak pengurusan malah ke peringkat tertinggi.  Nak aku tegaskan di sini saranan aku adalah ikhlas dan telus dari pemikiran aku.  Tapi adilkah kalau disebabkan saranan aku itu, aku dilabel sebagai seorang yang nak tunjuk 'teror' (di rankingkan sebagai terorist).  Seruan PM dan kerajaan aku rasakan sebagai satu saranan sahaja tapi sebenarnya tidak membuah apa makna kerana otak kita masih di 'ambang' kemajuan, konsep ketuanan masih kuat tidak seperti di negara maju cadangan dari individu akan di beri perhatian sewajarnya tanpa mengira pangkat atau status.