Sabtu, Julai 24, 2010

Kaedah pengerusan di Jabatan Krajaan

Korang Nilai sendiri ak dah tak leh kata apa pun... email sebenar tetapi nama terpaksa aku delete.... korang baca lah dari bawah ke atas sebab yang teratas tu yang terakhir.....


.................................................................................................................................

Sent: 17 Julai 2010 16:48

Subject: RE: UUP Terhempas di Kuching 6 Julai 2010
Tuan/puan

Saya telah membaca semua email mengenai perkara ini dan apabila ada pegawai yang menyatakan bahawa tidak akan menjalan tugas pemantauan melalui udara walaupun diarahkan, saya berpendapat ini akan menjejaskan tugas JAS dan memberi pandangan bahawa ini mungkin boleh ditafsirkan sebagai ingkar perintah. Saya juga minta En Ramli menyemak dengan agensi-agensi lain yang juga terlibat dengan penggunaan heli dalam tugas harian dan kaedah yang digunakan. Saya juga cadangkan supaya perkara ini dibincangkan dalam mesyuarat MBJ akan datang.

Oleh itu saya berpendapat kita berhentikan membicara perkara ini melalui email dan membawa perkara ini untuk dibincangkan dalam mesyuarat MBJ akan datang. Sepertimana yang dinyatakan oleh Dato KPAS kita memang memberi kepentingan kepada kebajikan semua anggota ***.

Pihak perkerja boleh medapat pandangan semua dan memberikan cadangan-cadangan bagi menambah baik lagi kaedah yang digunakan sekarang. Pihak pengurusan pula boleh mendapatkan amalan-amalan oleh agensi lain dan juga apa-apa kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk makluman semua.


Sekian. Terima kasih.

TKP(O)
--------------------------------------------------------------------------------


From: Azmi Khamis


Sent: 16 July 2010 22:49


Subject: RE: UUP Terhempas di Kuching 6 Julai 2010





Tuan,


Terlebih dahulu saya perlu mohon maaf kepada puan Raja Aminah , rasa bersalah pulak bila En Ramli menyoal beliu sedemikian kerana saya yang melampirkan email beliau kepada tuan, saya ingatkan tuan ikhlas untuk mendengar rintihan sekarang seolah beliau menjadi pembawa masalah. Saya tersalah tafsiran, ingatkan keiklasan puan boleh membantu sebaliknya menimbulkan masalah lain. Saya percaya puan akan kecewa jadi dengan hormat saya menyusun 10 jari memohon maaf sekali lagi.



Apa harapan saya mungkin tak penting kerana saya hanya individu tetapi apa yang kakitangan inginkan. (Sebagai wakil MBJ PPK Serawak) saya terpanggil untuk menulis apabila terbaca email diantara tuan dan PPK Roslan. Membaca seakan keadaan makin panas saya ingin menenangkan keadaan dengan mengemukakan cerita dengan kaedah yang berbeza. Kami hanya berniat untuk menyatakan yang bukan sahaja menjadi harapan PPK Roslan, saya malah ramai lagi di **S. Rasanya tidak salah kalau kita meminta sedikit tambahan selain apa yang telah ditetapkan Kerajaan. Jabatan seperti Polis, Askar dan banyak lagi yang mempunyai organisasi yang melihat dan menjaga kebajikan kakitangan melebihi apa yang disediakan oleh Kerajaan.



Kami merasakan perlu ada satu unit/bahagian/organisasi/persatuan yang melihat dan mengurus secara terperinci berkenaan kebajikan pekerja bukan hanya isu insuran tapi lain-lain juga. Seperti bekas kakitangan, balu anak bantuan tambahan sekiranya berlaku sebarang kemalangan. Tak salah kita membuat selangkah maju lebih dari apa disediakan Kerajaan dengan cara itu nama Jabatan juga baik dan kakitangan lebih merasa gembira serta selesa menjalankan tugas.
Tuan, dimana lagi tempat kami nak mengadu atau menyampaikan pandangan kami? Apa juga cadangan dan pandangan kami adalah ikhlas tapi terserah pada tuan untuk menerima atau tidak tiada paksaan. Tidak gunalah kalau kerajaan mengalakan sikap keterbukaan dalam pengurusan untuk memperbaiki servis tapi kita tidak benarn melakukannya. Setakat hari ini walaupun ketidak puasan hati itu ada, tugasan kami tetap kami sempurnakan. Tiada istilah melawan atau engkar perintah. cuma sedikit rayuan, rintihan dan bantuan yang kami pohon jasa baik Jabatan.

Sekali Lagi




Puan Raja tidak patut di persalahkan sedemikian hanya ingin membantu saya Wakil MBJ menjalankan tanggung jawab seballiknya dia dipersalahkan. Dia menyatakan secara pengalaman dan tiada sebarang penyataan kesal kepada sesiapa atau mempersalahkan sesiapa saya rasa tiada sebab beliau disalahkan. Kami tidak mengadu ke pihak ketiga atau akhbar ataupun suhakam atau SUK SS atau menteri yang boleh dianggap sebagai berniat jahat. Hanya di dalam Jabatan sahaja

Kalau berginilah saya rasa tidak perlulah saya mewakili mana-mana peringkat dalam MBJ dan patutlah banyak pekara yang disampaikan oleh kakitangan tidak kesampaian sebab wakil sendiri takut di anggap penentang kalau bersuara bagi rakan-rakan. Mohon maaf sekali lagi kepada semua sekiranya penyampaian saya membawa lebih banyak keburukan dari kebaikan.



Terima kasih.

Azmi Bin Khamis

--------------------------------------------------------------------------------
From: xxxx Jxxxx

Sent: Friday, July 16, 2010 9:00 AM

To: Azmi Khamis; Raja Aminah Raja Bakar



Abk,

Apa sebenarnya yang anda harapkan? Apakah dengan perlindungan insuran pampasan akan dibayar meskipun tidak ada kecacatan kekal/kematian? Saya rasa semua insuran hanya melindungi pencarumnya sekiranya kemalangan berlaku melibatkan kecacatan kekal / kematian, termasuk membiayai kos perubatan. Ini bermakna, faedah daripada insuran juga diterima oleh orang-orang sihat / yang masih tinggal. Kerajaan juga menyediakan perlindungan sepertimana pencarum insuran... Bezanya kakitangan Kerajaan diberi perlindungan secara percuma (perlindungan semasa menjalankan tugas), manakala insuran memberi perlindungan dalam semua keadaan (dalam tugas atau tidak), tetapi diwajibkan membuat caruman.

Walau apapun, Jabatan tidak mempunya apa-apa halangan sekiranya saudara berhajat untuk mendapat perlindungan insuran secara bersendiri, maupun secara berkelompok di kalangan rakan-rakan sejawatan.



YM Raja Aminah,

Apa sebenarnya masaalah u ni. Sekiranya ada apa-apa masalah dimana Kerajaan tidak membayar apa-apa faedah daripada kecacatan kekal yang dialami selepas kemalangan (ex-gratia), sila bawa ke muka pengadilan, atau berbincang dengan saya. Pada hemat saya, kemalangan yang berlaku ke atas puan tidak membawa apa-apa kecacatan fizikal atau kematian (jelas secara fizikal puan masih sempurna hingga ke masa ini). Apakah Kerajaan juga telah tidak bertanggungjawab membiayai kos rawatan akibat kemalangan tersebut?



Terima kasih.
--------------------------------------------------------------------------------



From: abk


Sent: Thursday, July 15, 2010 3:54 PM

To: Rxxxxxx Jxxxxxxx




Tuan


Ini salinan e mail dari mangsa kemalangan yang menerangkan nasib beliau..
Membimbangkan juga saya membacanya..

ABK




From: Raja Aminah Raja Bakar


To: Ramli Jusof; Mohd Roslan Ahmad; Tuan Haji Ismail Ithnin; Aminuddin Ishak; Roshadah Hashim; Rosli bin Zul; Rohimah Ayub; Rozita Yunus; Maheran Zaini Mustaffa; Hashim Awang; Rohimi Harun; Noraini Baharom; Aniza Haniff; Kamalulhakim Abdullah; YM Tunku Khalkausar T. Fathahi; Isman Ismail; Azmi Khamis; Norhayati Yahaya; Mohd Lokman Othman; Dr. Zainab Zubir; John Anak Rampai; Mohd Dusuki Adam; Abu Hasan Mohd Isa


Cc: Dr. Ir. xxxxxxxxxxxxx; Ir. xxxxxxxxxxxx

Salam semua,

Saya yang pernah mengalami kemalangan tak dapat apa-apa pun dari Kerajaan.
Bayaran ex-gratia hanya untuk kehilangan anggota kekal seperti kehilangan jari, badan dan kepala.
Jumlah bayaran berkadaran dengan kehilangan. Kalau hilang badan dan kepala jumlahnya besar. Masa
itu kalau kerajaan beri ex-gratia, kita pun tak dapat, sebab dapat kat waris.
Saya senyum kalau dengar bayaran ex-gratia. Senyum sebab kita tak mungkin dapat

menikmatinya lagi apabila ex-gratia diberikan.



Sekian,

Mangsa kemalangan helikopter UUP
RARB



.............................................................................................................................





From: xxxxxxxxxxxxxx
Sent: 15 Julai 2010 13:10



To: Azmi Khamis

Cc: Tuan Haji Ismail Ithnin


Subject: RE: UUP Terhempas di Kuching 6 Julai 2010
En abk,


Boleh tolong jelaskan aduan / dakwaan saudara yang bertanda merah di bawah - kejadian apa, siapa yang terlibat, apakah kecacatan yang telah dialami..... saya nak tau juga apa sebenarnya.... Yang lain tu setuju, kalau nak mati di mana-mana pun boleh mati, termasuk yang dilindungi insuran....

(xxxxxxx)


.........................................................................................



En. Roslan,


Saya pun rasa cuak jugak nak naik heli ni, dulu di penang kena gak buat sebab unit ops bakar kalau nak kira bilangan rasanya layak dapat ‘sayap sebelah’. Sekali tu heli rosak tengah terbang (engine 1 je berjalan) satu penang air port que sebab kami dalam kritikal semua flight naik turun kena stop. Rescue kena sand by… alhamdulilah selamat sampai ke darat (terimakasih Tuan Rahman)


Kita kena buat gak dah jadi tanggung jawab kita mengikut arahan. Bagi keselamatan tu tak de cara dan pilihan lain hanya berdoa ajelah, tulah ramai yang buat rondaan udara ni balik gambar tak jadi, tak dapat ambil gambar sebab asyik istigfar ngan zikir. Aku rasa kita kena lah buat kerap sikit upacara/ majlis doa selamat kat pejabat mendoakan keselamatan kita semua di pejabat. Yang bukan islam bolehlah jemput paderi ke sami yang power kita panggilkan juga tok guru mendoakan bersama.


Kita tunggulah juga bila kita dapat elaun kritikal untuk adakan majlis kesyukuran yang dah dapat elaun tambahan tu apasalahnya sama-sama sumbang sikit setiap bulan untuk keselamatan bersama tak gitu? Tapi bilalah agaknya nak dapat elaun tu? Kalau dah sama kedekut kita doa jelah kat rumah sendiri…


Bab mematuhi peraturan ini (sebab dah timbul) nak juga tahu sebab ada kemuskilan sikit.


Kalau gred 48 arah /minit kepada 44 sila hadir>> gred 44 arah 41>> gred 41 arah 38>>38 arah 32>> 32 arah 27 >>>27 arah 24>> 24 suruh 22>>>> 22 suruh 17>>> 17 suruh >>> (alah tak de dah, kalau ada gred 5,4,3,2 mesti last kali gred 1 kena buat), kalau tak buat siapa yang kena tatatertib tu? Habis takan semua kena ambil risiko tu peringkat bawah sahaja ? Rasanya kalau bab tatatertib semua dah faham maksud “ yang menurut perintah “.. tapii…. elaun ratusan kita berebut, kalau kurang sikit pun dah bising inikan kalau tak dapat atau sebahagian orang je yang dapat tapi bila bab tugas kita nak tolak….






Emmm…. pikir-pikirkanlah....


bagi aku tak kisah lakukan sebab kalau nak mati tu.. mati gak… tak jatuh kapal terbang kena langgar kapal terbangpun ada


Cuma yang dirisau PERNINGGALAN KITA yang masih hidup apa gerenti mereka dapat kalau mangsa kemalangan yang dulu pun masih tak dapat apa-apa. Tu bab mati.. kalu terbungkang kat hospital 2-3 tahun? Siapa nak jaga kat hospital? Siapa nak bawa bini anak aku lawat aku kat hosp ital..? cukup 180 hari kena berenti… lagi naya


Hehehe nasib-nasib dah nasib kita gamaknya… tuntut jelah di akhirat nanti boleh kita cover amalan kita yang tak berapa cukup


abk



--------------------------------------------------------------------------------

From: xxxxxxxxxxxxxxxx
Sent: 14 July 2010 17:01



To: Mohd Roslan Ahmad; Tuan Haji Ismail Ithnin; Aminuddin Ishak; Roshadah Hashim; Rosli bin Zul; Rohimah Ayub; Rozita Yunus; Maheran Zaini Mustaffa; Hashim Awang; Rohimi Harun; Noraini Baharom; Aniza Haniff; Kamalulhakim Abdullah; YM Tunku Khalkausar T. Fathahi; Isman Ismail; Azmi Khamis; Norhayati Yahaya; Mohd Lokman Othman; Dr. Zainab Zubir; John Anak Rampai; Raja Aminah Raja Bakar; Mohd Dusuki Adam; Abu Hasan Mohd Isa



Cc: Dr. Ir. xxxxxxxxxxx; Ir. xxxxxxxxxxx



Subject: RE: UUP Terhempas di Kuching 6 Julai 2010


Tuan/Puan,

Saya pernah berpengalaman menguruskan hal ini ketika di Kementerian Penerangan - pegawai RTM yang membuat liputan - perlu juga bersama penerbangan, mendaki gunung atau meredah lautan. Kerajaan tidak bertanggungan untuk memberi perlindungan insuran kepada anggotanya yang ditimpa kemalangan semasa menjalankan tugas. Bagaimanapun, setiap anggota perkhidmatan awam yang ditimpa kemalangan semasa menjalankan tugas akan menerima bayaran 'ex-gratia' , selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil 13/1994 dan Bil 7/2001 (Pindaan) yang diantara lainnya memperuntukkan hak kepada penjawat awam yang ditimpa kemalangan semasa menjalankan tugas, samaada melibatkan kematian atau kecacatan kekal. Jenis-jenis bayaran adalah seperti berikut:



i) Ex-gratia pukal - dibayar sekali gus
(ii) Ex-gratia bulanan - dibayar secara bulanan seumur hidup
(iii) Elaun Layanan Sentiasa - dibayar bulanan selagi tidak berupaya;
(iv) Ex gratia Orang Tanggungan - dibayar secara bulanan kepada waris.



Umumnya, faedah yang dibayar kepada anggota yang mengalami kemalangan adalah setanding dengan bayaran di bawah Skim PERKESO - (PERKESO perlukan caruman setiap bulan, tetapi Pekeliling ini tidak memerlukan caruman - faedah diterima secara automatik).
2. Saya juga pernah berhubung dengan JPA mengenai kemungkinan Kerajaan melindungi anggota yang menjalankan tugas berisiko tinggi di bawah perlindungan Insuran, dan telah dinasihatkan supaya anggota yang berminat perlu menguruskannya sendiri, atau Jabatan menguruskannya tanpa melibatkan tanggungan kewangan tambahan kepada Kerajaan.
3. Mengenai keengganan pegawai mengikut serta mana-mana penerbangan pada masa yang akan datang, saya berpendapat ianya terserah kepada Jabatan. Sekiranya jabatan mendapati perlu setiap penerbangan disertai oleh pegawai JAS, maka keengganan pegawai berkenaan boleh ditafsirkan sebagai 'engkar perintah' dan boleh disabitkan dengan kesalahan tatatertib.


Sekian, terima kasih.



xxxxxxx
--------------------------------------------------------------------------------

From: Mohd Roslan Ahmad
Sent: Wednesday, July 14, 2010 8:56 AM


To: Tuan Haji Ismail Ithnin; Aminuddin Ishak; Roshadah Hashim; Rosli bin Zul; Rohimah Ayub; Rozita Yunus; Maheran Zaini Mustaffa; Hashim Awang; Rohimi Harun; Noraini Baharom; Aniza Haniff; Kamalulhakim Abdullah; YM Tunku Khalkausar T. Fathahi; Isman Ismail; Azmi Khamis; Norhayati Yahaya; Mohd Lokman Othman; Dr. Zainab Zubir; John Anak Rampai; Raja Aminah Raja Bakar; Mohd Dusuki Adam; Abu Hasan Mohd Isa


Cc: Rxxxxx Jxxxxx; Dr. Ir. xxxxxxxxxxxxx; Ir. xxxxxxxxxxx
Subject: RE: UUP Terhempas di Kuching 6 Julai 2010



Terima kasih atas keperihatinan tuan.


Bagi saya, selepas perisitiwa ini saya tidak akan lagi menerima atau bersetuju untuk menerima tugas rondaan/ pemantauan udara kerana saya tidak sanggup untuk berdepan dengan resiko kerana ini kali kedua pengalaman / terselamat dari tragedi bersama UUP.
Kali pertama pada tahun 2002 (kalau tak salah) berama PPKKT Hashim Awang membuat pemantau di kawasan Lojing dan kami terkena "Air Pocket" menyebabkan Heli terjuman entah bebepa meter sebelum naik balik. Peristiwa terjadi semasa kami menuju ke Brinchang, Cameron Higland.

Dah 2 kali selamat, tak samggup untuk kali ke 3.

Semoga Masej saya difahami...
Cepatkan lah berbincang untuk sesuatu tindakan demi Keluarga JAS...



Terima kasih.
PPK MRBA





--------------------------------------------------------------------------------



From: xxxxxxxxxxxxx
Sent: Tuesday, July 13, 2010 4:21 PM

To: Mohd Roslan Ahmad; Aminuddin Ishak; Roshadah Hashim; Rosli bin Zul; Rohimah Ayub; Rozita Yunus; Maheran Zaini Mustaffa; Hashim Awang; Rohimi Harun; Noraini Baharom; Aniza Haniff; Kamalulhakim Abdullah; YM Tunku Khalkausar T. Fathahi; Isman Ismail; Azmi Khamis; Norhayati Yahaya; Mohd Lokman Othman; Dr. Zainab Zubir; John Anak Rampai



Cc: Rxxxxxx Jxxxxxxxx
Subject: RE: UUP Terhempas di Kuching 6 Julai 2010



Alhamdullilah

Selain pekerja perlu ada skim insuran sendiri maka MBJ Pekerja dan Pengurusan perlu fikirkan terutama mengwujudkan Skim Insuran Pekerja seperti diamalkan oleh Kastam dan Polis (kalau tidak silap)

Harap MBJ Pekerja ambil perhatian serious

Pgh Sarawak



--------------------------------------------------------------------------------




From: Mohd Roslan Ahmad
Sent: Tuesday, July 13, 2010 4:14 PM


To: Tuan Haji Ismail Ithnin; Aminuddin Ishak; Roshadah Hashim; Rosli bin Zul; Rohimah Ayub; Rozita Yunus; Maheran Zaini Mustaffa; Hashim Awang; Rohimi Harun; Noraini Baharom; Aniza Haniff; Kamalulhakim Abdullah; YM Tunku Khalkausar T. Fathahi; Isman Ismail; Azmi Khamis; Norhayati Yahaya; Mohd Lokman Othman; Dr. Zainab Zubir

Subject: UUP Terhempas di Kuching 6 Julai 2010

Assalamualaikum!
Tiada Kata yg Terucap kecuali ALHAMDULILLAH........



Sepatutnya saya terbang bersama JT Mohd Fauzi Hamdan pada tarikh tersebut tetapi ketentuan Allah mengatasi segalanya....


Petang 5/7/10 dimaklumkan UUP membatalkan penerbangan tersebut kerana tugasan lain...
Alhamdulillah.... 6 hb. Helikopter UUP dikatakan membuat Pendaratan Cemas lalu Terhempas, walaupun tiada kecederaan dilaporkan (Mengikut Gambar dalam Surat Khabar, kerosakan pada pesawat agak teruk), tetapi setidak-tidaknya tidak berulang kemalangan yang melibatkan Pegawai JXX bersama UUP.

Sekadar untuk difikr-fikirkan......
Pernah saya bangkitkan suatu ketika dahulu... Apakah Tindakan / Perancangan JXX bagi menjaga kebajikan pegawai yang berkemungkinan akan berhadapan dengan kemalangan bila bersama UUP... (Setiap penerbangan misti t/tangan borang....... kata orang sain mati).
Fikir-fikirkan.....


PPK Mohd Roslan Ahmad
Bahagian Operasi

xxxxxxxx.

Tiada ulasan: