Mentor Menti telah dilancarkan di Jabatan sejajar dengan PKPA melalaui surat pekeliling kerajaan bilangan 8 2010. Sayangnya masa pelancaran dan majlis penerangan yang di jalankan aku tidak dapat hadir kerana telah bercuti panjang untuk Pulang Wilayah. Jadi aku tidak tahu apa erti sebenarnya Mentor Menti ini. Pada fahaman aku ianya adalah untuk melatih pegawai baru bagi menjalankan tugas apabila mendaftar diri.
Satu langkah yang baik aku kira kerana ilmu yang ada pada pegawai lama akan dapat di salurkan kepada pegawai baru. Seperti biasalah orang yang sering memberi pandangan serta cadangan yang berbeza akan diangap sebagai bukan pilihan terbaik sebagai seorang Mentor jadi aku tidaklah menjadi seorang pilihan.
Paling mengejutkan aku bila dinamakan sebagai Menti..... tapi tidak pulak disebut apa masalah aku sehingga aku perlu dimentikan. Bayangan pertama aku.... Buruk sangat kah aku ni sehingga 4 orang kakitangan baru masuk dan 3 orangan pegawai yang baru dinaikkan pangkat tidak memerlukan mentor sedangkan aku yang telah 15 tahun bekerja ( 3 tahun di tetapkan kepada jawatan baru ) memerlukan seorang mentor.
Mentor aku seorang pegawai baru 6 tahun bekerja berjawatan profesional dan berbeza bahagian serta jurang tugas berbeza 5 tingkat. Apa yang menjadi tanda tanya aku ini... kalau buruk sangat aku ni sepakara yang amat penting pengurusan perlu faham apa isi kandungan surat arakan JPA tersebut. Kalau tak faham sendiri mau ingatlah hasilnya akan jadi macam mana?
Sebagai prinsip Jabatan telah melaksanakan arahan tapi hanya sebagai melepas batuk ditangga (seperti penghinaan bos aku kepada aku). Mereka-mereka ini sepatutnya pelajari dengan lebih mendalam maksut dan kaedah yang patut di guna pakai. Selidik dan rancangkan terlebih dahulu, ini lah benda yang aku sering bangkitkan kerana tidak puas hati sehingga aku sendiri sekarang di kategorikan sebagai pegawai bermasalah dan tidak beretika. Mungkin mereka anggap mentor menti ini adalah progam brian wash bagi menukar pemikiran menjadi seorang obidiant.
Maklumat Tambahan dan Bahan Bacaan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan