Khamis, Mac 31, 2011

Bab 3 : Nilai kepimpinan



Di dalam tunggak 12 atau amalan intergriti digariskan nilai kepimpinan seperti syura, berani dan adil.  Inilah sikap yang patut ada pada pemimpin dan kakitangan awam yang bakal menjadi pemimpin.  Tetapi ketiga-tiga nilai ini sukar dimiliki oleh kakitangan awam  kalau adapun mungkin salah satu dari sikap tersebut.  Ini yang biasanya menyebabkan kekurangan  atau kelemahan di dalam Jabatan kerajaan.

Terdapat dikalangan kakitangan yang berani tetapi keberanian mereka sering di salah ertikan oleh pihak atasan.  Kerapkali pendapat yang diterbitkan oleh kakitangan bawahan disalahertikan tiada sebarang perbincangan untuk mengupas pandangan menyebabkan keputusan gagal menjadi adil dan saksama.

Aku percaya ramai yang tidak akan menerima pandangan aku ini, apatah lagi mereka yang berada di kalangan pengurusan tertinggi tapi  jika itu benar ianya telah membuktikan apa yang aku perkatakan ini.  Aku sendiri telah mengalami pekara ini dan aku tidak gentar dengan apa yang ingin aku bawa tetapi aku merasa amat kecewa dengan keputusan pengurusan tertinggi aku dan ada yang mengatakan aku akan di senarai hitamkan atas tindakan aku mengutarakan pandangan yang berlawanan dengan peandangan pihak pengurusan (periksa blog yang lalu) tapi aku peduli kerana pandangan aku semua orang tidak sempurna dan kita perlu menegur tapi teserahlah kalan nak terima atau tidak.

Di jabatan

Tiada ulasan: