Walau Malaysia telah melangkah ke dalam era maju tetapi aku rasakan sistem pengurusan Jabatan Kerajaan masih di takok lama. Kita perlu merubah dan berubah untuk terus membangun. Bagi tujuan itu kita pelukan terus memberi pendapat dan cadangan. Mungkin sistem pengurusan tersebut menyukarkan penyaluran idea secara bebas. Kadangkala cadangan juga bersifat teguran yang mungkin akan sukar diterima walau apapun di sini aku adalah IKHLAS...
Khamis, April 07, 2011
Kita Rakyat Malaysia Kurang Sensitif
Hari ini aku terpaksa membawa anak aku ke Klinik Tanah Putih, Kuching, Sarawak kerana dia mengalami sedikit kecederaan. Waduh susah sekalii aku nak dapatkan parking, 2-3 kali aku pusing tak juga aku jumpa last aku park je tepi kilang. Masuk dalam klinik tu fuh yoooo! Ramainyer........ Tapi alhamdullilah layanannya memang TIP TOP aku puas hati walau ada dua tiga orang pelanggan yang komplain pasal parking.
Tapi bukan itu yang hendak aku perkatakan tapi isunya mungkin orang ramai tak berminat dan aku yakin korang pun tak ambil pot. Aku sempat ambil gambar cuba korang 'nangga':
Ada korang nampak kesalahan yang berlaku disini? Pasti japanya tidak kan? Emmm memang iada salah kerana pihak Klinik tersebut mengamalkan konsep 3 R, tapi bukan begini caranya. Ini telah salah, silap dan bahaya. Bekas yang digunakan ini sebenarnya telah di sediakan khas bagi tujuan penyimpanan bahan berbahaya (bio hazards) dan bekas tersebut tidak boleh digunakan semula sehubungan itu bekas ini secara langsung tidak boleh digunakan bagi tujuan 3R.
Perbuatan ini bukan sahaja menjadi kesalahan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia malah aku yakin ianya juga menjadi kesalahan dalam garispanduan pengurusan klinik serta hospital yang juga dikuatkuasakan oleh Kemeterian Kesihatan sendiri.
Walau pun bekas itu belum pernah digunakan lagi ianya juga tidak sesuai kerana ianya membei pendidikan negatif. Sekiranya orang awam apatah lagi kanak-kanak yang melihat pekara ini pasti akan menganggap ianya tidak menjadi sebarang masalah sekiranya mereka terjumpa bahan yang benar-benar berbahaya di dalam bekas yang serupa diamasa atau tempat yang lain. Apakah kesudahanya?
Siapakah yang patut bertanggung jawab?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan