Sabtu, April 16, 2011

Satu pagi dihari Pilihanraya DUN Sarawak



 Ini video aku ambil dari you tube menunjukan suasana pilihan raya di Sarawak.  Keadaan di Sarawak lebih baik kalau dibandingkan dengan pilihanraya di Semenanjung.  Kalau di Semenanjung hampir dengan pilihan raya lagi banyaklah pergaduhan yang kita dengar tapi di Sarawak ni cuma ada insiden kecil sahaja.  Tapi buka intu yang hendak aku ceritakan


Hari ni, di pagi semua orang bising nak mengundi di Sarawak ni aku dengan isteri membuat keputusan untuk turun ke pasar awal takut nanti pasar akan ditutp kerana orang keluar mengundi.  Aku keluar pada jam lebih kurang 6.30 pagi.  Sampai di Pasar Hari, Satok terkejut aku tengok dah ramai orang menjaja dan menjual keperluan.

Aku di sapa oleh seorang penjaja, " Abang tak mengundi?"  Aku hanya tersenyum dan memaklumkan pekedai itu aku orang 'Melaya' (perkataan merujuk kepada Semenanjung).  Aku bertanya pula kepadanya, "Kitak sik mengundi?".  Di ajawab dengan panjang lebar.

"Kalau pembangkang menang atau kerajaan menangpun kita tetap sama.  Dia orang yang kaya kita kat bawah ni bergaduh sesama kita.  Siapa pun yang menang masalah kita belum tentu dia orang nak dengar atau nak tolong kecuali masalah itu terkena batang hidung mereka atau keluarga mereka sendiri".

Aku tersenyum mendengar penjelasan pekedai tersebut sekali dengar pekedai ni memang boleh digolong kepada orang yang rugi tapi kalau didengar penjelasanya memang ada benarnya.  Apa tujuan pilihan raya dan pemilihan wakil rakyat yang sebenarnaya?  tapi berapa banyakah masalah rakyat yang didengar atau 'didendangkan di Parlimen'?

Aku tertanya juga kalau wakil rakyat dipilih sepatutnya mewakili rakyat tetapi kenapa masih ada yang bermasalah?  Masih ada orang yang susah tetapi tidak terjaga?



Sememangnya YB yang terpilih tidak mampu untuk mencari dan memeriksa seluruh pelusuk kawasan dan negeri bagi mencari masalah tetapi kenapa tidak ada saluran disediakan untuk mencapaikan pekara tersebut kepada wakil yang terpilih?  Sekiranya ada saluran kenapa pekara tersebut tidak sampai ke telinga atau pena YB?  Pasti ada kesilapan atau kepincangan dalam struktur penyampaian tersebut atau saluran yang sedia ada hanya berminat atas pekara yang menguntung diri sendiri dan bukan orang ramai.

Jadi secara tidak langsung aku bersetuju dengan pandangan pekedai tersebut.  Memang patut beliau berpandangan sedemikian setakat ini kita hanya mendengar cerita di parlimen dan DUN hanya berbincang pekara remeh temeh dan bukan yang penting sangat tentang rakyat.  Kalau tak caya dalam google search cuba tulis Parlimen Malaysia cuba dengar isu yang diutarakan lebihbayak pekara berkaitan kepentingan Politik di bahaskan dan bukan isu kepentingan negara dan rakyat kalau adapun hanya digembar gembur bagi mendatangan keuntungan politik dan individu sahaja.


Search more info here
Custom Search

Tiada ulasan: